Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, January 8, 2015

posisi menyusu yang terbaik

Assalamualaikum w.b.t
selamat tahun baru wahai kekawanku sekalian.
pantas bener masa berlalu ye.
dan agak lama bener blog aku ni tersadai di tepian pantai tak berombak.

banyak benda aku nak kongsikan. 
selain untuk dikongsi, nanti di depan masa mudah untuk aku rujuk balik.

syukur alhamdulillah allah permudahkan aku untuk menyusu badan 
anak yang ke 2 ni.
bersyukurlah sephia nur imani.

maafkan mak novya.
walau apapun, mak tetap sayangkan novya lebih dari segalanya.

cerita kesukaran dan halangan menyusu aku 
akan aku kongsikan nanti.
dalam entry lain.
moga2 ada masa terluang dalam masa terdekat ni.

hari ni aku nak share salah satu faktor yang membantu untuk menjayakan
penyusuan susu ibu - posisi menyusu.

sangatlah penting untuk ibu dan anak berasa selesa semasa menyusu.
nak2 masa dalam pantang. seminggu pertama yang pastinya mencabar.
cabaran akan bertambah2 lagi bila susu ibu tak banyak.
 
mengikut pengalaman aku :

ini adalah 2 posisi yang amat2 amat2lah membantu ye.

CROSS CRADLE HOLD & FOOTBALL HOLD.

berada dalam posisi ini sangatlah menselesakan. 
ibu selesa, baby pun selesa.

terutamanya bila kita terpaksa duduk lama untuk menyusukan bayi masa dalam pantang.
dan sangat membantu bagi ibu2 yang mengalami masalah puting.

masa dalam pantang, posisi football sangatlah membantu aku berasa selesa semasa menyusukan sephia. 

my favourite position - football hold. 

so, kalau korang ada dengar sesape yang bermasalah untuk menyusukan baby,
please, cadangkan dorang untuk mencuba posisi2 ini.
insyaallah pasti dorang suka dan selesa.
jangan biarkan mereka berputus unser sebelum berusaha.
jom susukan bayi dengan susu ibu. yeaahh !!!

cross cradle hold

football hold


ini yang cikgu susu aku cakap :

1. Ibu yang baru lepas menjalani pembedahan cesarean. 

Posisi ini tidak menekan luka bahagian pembedahan semasa penyusuan. Jadi kita lebih selesa semasa menyusu.

(untuk yang melahirkan secara normal pun sangat membantu)

2. Ibu yang ada flat nipple / inverted nipple. 

Ramai ibu berpendapat, puting terlalu kecil atau rata dan inverted tidak boleh menyusu. Tahukah anda, sebenarnya ibu boleh menyusu dengan jenis puting begini. Pastikan ibu menggunakan posisi ini untuk memudahkan bayi melekap dengan betul. Satu tangan di belakang leher bayi dan satu tangan lagi mengampu payudara ibu. 

Dengan cara ini, kita dapat pastikan bayi menyusu dari keseluruhan bahagian tampuk hitam (areola). Bayi dapat menyusu dengan baik, ibu pun selesa.


3. Ibu yang ada breast yang agak besar atau sagging. 

Dengan posisi cross cradle dan football hold, ibu dapatkan pastikan bayi menyusu dengan betul dan dapat mengelakkan payudara ibu menutup rongga pernafasan bayi.

4. Tandem pumping.

Posisi yang sesuai kalau ibu nak buat tandem pumping. Sebelah menyusu dan sebelah mengepam. Bayi lebih fokus kepada penyusuan dan tidak terganggu dengan sesi mengepam ibu. Ibu jimat masa, sambil menyelam minum air gituh!


Zuain Ghani,
Cikgu Susu Anda.

terima kasih cikgu susu !

No comments:

Post a Comment