assalamualaikum wbt uolsss
yang cantik bagai siti nurhaliza dan kacak bagai dato' k.
alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby gegel yang ommei2,
pada 18 september 2014, 23 zulkaedah 1435h, hari khamis, pukul 7.24pg.
dengan baby seberat 2.54kg, panjang 49cm, lilit kepala 31cm.
long story mory nak sampaikan sebenarnya.
idea nak berkongsi banyak sebenarnya, tapi kekangan masa dan tuntutan kerja orang dalam pantang menghantuiku.
haih, ayat pun entah apa2 ni.
ini dapat hupdate pun sebab berkebetulan novya bukak pc nak main game.
pastu atok datang rumah, nak ikut pergi umah atok pulak.
maka terkontang kanting kebosanan kesorangan mak di rumah dengan adik sedang lena tido.
konon nak tutup pc ni, haish, tetibe terasa nak hupdate blog pulak.
kebetulan rasa macam free je ni.
tapi macam tak boleh berlama, sebab budak kecik yang ommei2 tu asik tergeliat2 je.
tido2 ayam le tew.
orang tua2 kata, tak boleh perah2 kalau basuh baju baby kecik, nanti dia asik menggeliat je.
patut la anak2 aku selalu menggeliat, sebab basuh baju dorang ngan mesin basuh.
mau nya tak tergeliat, di pusing mesin2 tu.
bosan pulek rasanya bila novya takde.
biasanya, kalau tak kalut dengan adik, kalut dengan dia.
time kalut yang hover, terasa gak stres.
tapi bila bohsan macam ni, terasa kosong je bila dia takde.
novya tidaklah menyusahkan sangat dan tidak terlalu mengahda2.
tapi bebudak, kalau tak ngengada, tak budaklah namanya.
lagipun, mak mana tak rindukan anak dia.
time dia cakap nak ikut atok tadi pun, mak dah rasa sayu.
(mak memang, emosi terlebih sokmo)
mak,
hermm...
syukur alhamdulillah ummi diberikan kesihatan yang baik,
jaga aku masa aku dalam pantang.
rasa macam, haish, aku ni dah tua bangka, tapi jaga macam budak kecik.
segan pulak rasa.
tapi kasih mak, memang gitu. anak besar dah tua bangka pun tetap dirasakan anak tu macam anak dia masa kecik2 dulu.
terima kasih ummi.
ailebiu sampai ke bulan singgah ke bintang, balik ke bumi.
hai la anak,
dah nangis dah budak kecik tu.
setakat ni la dulu entry dalam pantang ni.
point takde, membebel je lebih.
bubai.
* tercapai hajat mak nak bagi nama sephia.
masin mulut orang kata.
Ooo cik piaa piaa ooo piaaa piaaa (lagu bollywood lah pulok).
ReplyDeleteMano gambar cik sephia nyoohhh?!