Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, November 28, 2012

durian crepe delivery sedap & entry yang tak sedap

assalamualaikum w.b.t 
salam sayang saeng sobat sekalian.

(best pulak tagline maria elena : 
~ assalamualaikum... tak jawab berdosa, kalau jawab sayang...~
- ayat mengorat.

^‿^

seminggu ni aku tatau la apa yang tak kena dengan otak aku.

asyik terbantut je bila nak hupdate blog.

termenung 47 saat menatap pc.

lepas tu sambung buat kerja.
ada masa terluang jenguk balik blog.
dan sambung termenung 67 saat.

dalam otak berkata,
" apa aku nak bebelkan ni?"


mood nak membebel tak berapa nak ada sekarang ni.
rasa macam, tade apa nak diluahkan.

rasa macam nak telan semuanya.
kemam2 lepas tu telan.

macam makan durian.
nak telan semuanya.
tapi tu kalau durian yang sedap.


kadang2 diam itu lebih baik.
dari bersuara tapi isinya kosong.

kan ? 


nak habiskan satu entry ni pon
makan masa 3 jam.

biasanya jari jemari aku
yang 3/4 runcing ni laju je 
menujah bijik2 keyboard.
selari dengan idea yang mengalir
dari dalam otak yang 
mencurah2 bagaikan hujan yang turun.


sekian sahaja untuk hari ni.

hupdate paling tak best penah aku buat.
sowri.


* durian crepe sedap rupanya ye...
^_^

nak order ?
jika anda berada di sekitar bandar kota bharu,
leh call nombor ni.
siap delivery lagi hokkeeyyy...
(terms and condition apply - tiada caj dikenakan)

017-9845248
-nik

aku dapat nombor ni pon dari memberku khadijah jugak...

oh ye,
harganya RM 10.00 untuk 6 biji.


senang jugak sebenarnya nak buat durian crepe.
(statement berbaur berlagak).
tak de la, 
aku try google resepi,
nampak macam mudah je.
macam nak buat kue ketayap.

cakap senang la kan.
ce buat nak tengok jadi ke tak !

bilakah aku akan rajin 
untuk mencoba buat durian crepe sendiri?

nantikan...

sponsor by umi papa
temkiu sayang2ku.



sangatlah sedap.

durian ni telah selamat di ngap oleh aku.
dan bukanlah dibeli untuk dibuat durian crepe.



sedap.
lembut dan gebus.
walaupun crepe nya nampak macam nak koyak.
rupa bukan penentu kesedapan =)


telah di ngap oleh aku.

dan durian crepe ini bukanlah hasil air tanganku.
ni adalah durian crepe yang aku beli via delivery.

call nombor di atas jika anda berminat.
hanya untuk kawasan kota bharu
dan sewaktu dengannya.









Sunday, November 25, 2012

My Little Girl



by; maher zain 

" You are a miracle
You are a blessing from above
You brought joy to my soul
And pleasure to my eyes
In my heart I can feel it
An unexplainable feeling
Being a father
The best thing that I could ever ask for

Pre-chorus:
Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I’m so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you’ll find your way

Chorus:
You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl

You’re like a shining star
So beautiful you are
My baby girl
You light up my world
I pray that I’ll get the chance
To be around and watch you grow
And witness your first steps
And the first time when you will call me “dad”

PRE-CHORUS
CHORUS
I could spend hours watching you
You’re so innocent, so wonderful and pure
O God I can not express my gratitude!
But I’ll raise her good, ‘cause all I want is to please You
And now I pray You’ll guide her steps forever "


lagu pebret tuk karoxxx dalam kete.
lagi feeling bila novya ada kat sebelah.
mak memang, teremosi sokmo.
jiwa halus la kata kan...


Thursday, November 22, 2012

10 muharram = hari asyura


Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 24 Nov 2012) 

Antara perkara-perkara sunat dilakukan pada hari Asyura ialah;

1. Melapangkan masa untuk bersama keluarga atau belanja anak isteri,
suami dan  isteri-isteri. 
fadhilat - Allah s.w.t. akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
jika suamiku sayang membaca ini, 
jom kita makan steak ari sabtu ni.
lepas tu nak beli baju baru 2 3 helai. 
$$$$$
-sambil mata bekelip2 manje-



2. Memuliakan fakir miskin.

fadhilat - Allah s.w.t. akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
in shaa allah.


3. Menahan marah.

fadhilat - Di akhirat nanti Allah s.w.t. akan memasukkannya
ke dalam golongan yang redha. 
in shaa allah.  
hari2 biasa pon memang perlu sentiasa menahan sabar.


4. Menunjukkan orang sesat.
fadhilat - Allah s.w.t. akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
in shaa allah.


5. Menyapu atau mengusap kepala (ubun-ubun) anak yatim
fadhilat - Allah s.w.t. akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 
in shaa allah.


6. Bersedekah.
fadhilat - Allah s.w.t. akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari 
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
in shaa allah.




7. Memelihara kehormatan diri.
fadhilat - Allah s.w.t. akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
in shaa allah.

8. Mandi Sunat.
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'.
in shaa allah.

9. Bercelak.
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
in shaa allah.
tapi tak reti pakai celak. 


10. Membaca 'Qulhuwallah' hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah s.w.t. akan memandanginya dengan pandangan Rahmah diakhirat nanti. 
in shaa allah.


11. Sembahyang sunat empat raka'at.
fadhilat - Allah s.w.t. akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
in shaa allah.

lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat raka'at kerana Allah Taala'
Pada raka'at pertama dan kedua selepas fatihah di baca 'Qulhuwallah' sebelas kali. 


12. Membaca.
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini . 
in shaa allah.


13. Menjamu orang berbuka puasa.
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
in shaa allah.


14. Puasa.
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada api neraka.
in shaa allah.


In shaa allah..

Bukan semua yang tercatat diatas tu tepat. Tapi mana-mana yang elok tu ambillah ia sebagai amalan yang baik dan mana-mana yang tidak betul itu adalah kesilapan serta kealpaan manusia yang memang bersifat lemah dan baharu.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain. 
Sila share.

kopi pasta dari : blogtokwan.blogspot.com


Kejadian Besar Ketika 10 Muharram:

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan 'Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Nabi Adam a.s. dicipta.

Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan 
kerana melanggar larangan Allah.

Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan 
terselamat dari buruan Raja Namrud.

Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud

Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah 
meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya 
ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.

Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada 
tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.

Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus 
setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. 
Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

sumber : wikipedia



ni asyura yang masih dalam kawah.
time2 yang gini dah sedap nak makan ni.



acara kacau asyura 
wisma persekutuan kota bharu
tahun 2009.
aku jadi ahli jong kucha jugak.

hari sabtu ni
10 muharram 1434h
24 November 2012
aku kena gi kacau asyura kat RTC Kota Bharu.
Kononnya nak cipta 
Malaysia Book of Record sebagai
The Largest Asyura Cooking Event.

aku gak malah sungguh nok gi kijo ari sabtu.
sebab hujung2 minggu gini je la boleh kelik
kapung jengok mok ayoh.
nok tubik derrak nga tok laki dan anok.

tape la, 
ku ikhlaskan hati ini.
demi Allah Ta'ala.






semoga mendapat manfaat kepada kita semua.
amin...




Wednesday, November 21, 2012

produk berkaitan israel


Senarai barangan yang perlu diboikot!

Senarai produk yang secara langsung atau tidak langsung bersangkut paut dengan USA dan Israel. Mari kita BOYCOTT. Kerana setiap tahun hasil-hasil keuntungan dari barang ini dihimpun untuk membeli senjata dan tiap-tiap tahun juga meraka meyerang umat Islam di Palastien.


Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds  - Burger King - Pizza Hut (checked)
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid (olo, aku suka air minute maid. ok, takkan beli doh pasni. ingat !) , Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat (ermm... ingat!), Perrier, Libby, Nescafe, Maggi (tomyam cup sedap... haduh... beli mamee la pulok. ruski pedas sangat) , Buitoni, Nestea, Friskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation (bukan jenama susu cair ke ni? la... tak tau pon. ngat dari malaysia) , Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney (pasni tak beli baju jenama disney untuk novya. ingat !) , Kartun

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
- aku beli baju pasar malam je 

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits (jacobs weetameal sedap... ok2. ingat !) , Danone yogourt, HP foods, LEA & PERRINS, Sant, Galbani, Danao, Danette
- novya suka tengok iklan oreo

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
- nasib baik tak jadi beli bedak revlon.
miyami pon ok tau...

Syarikat : AOL Time Warner Produk
Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier (tak sangka) , Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline (tak sangka jugak) , Redken, La roche-posay, Carson

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex (nasib baik libresse... dan avail) , Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders (ala... aku pakai ni. achaner tu ? habiskan yang dah ada dan jangan beli lagi lepas ni. ingat !) , Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix (peberet... ingat !) , Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen Dazs, Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg's, Canderel, Levi's, Raid, Heinz (yang makanan bayi dalam balang tu e?)  dan Smucker’s.

beranikah anda berubah? sebahagian jenama ni dah selalu kita gunakan..

------------------------------------------------------------------------------------

* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara
Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi.. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.

* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?
Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

kopi pasta dari helangsenja.blogspot.com .


banyaknya barang kegunaan harian kita 
adalah berkaitan dengan israel.
yang mana syarikat dorang adalah antara penyumbang terbesar 
untuk kemajuan israel.

macam maggi.
sedapnya....
maggi tomyam.
(air liur aku sedang mengkecur.)

produk keluaran nestle.
ye jugak ???

banyak sampaikan kena bawak list bila nak gi shopping.
supaya tak terbeli.
kan?

kan bagus kalau kat kedai2 tu letak terus tag.
barang israel, barang non israel.

ada tak kedai yang langsung tak jual barangan 
keluaran syarikat yang menyalurkan 
keuntungan dorang kepada israel ?

jika ada mohon gitau ye.

insyaallah kita sama2 la beringat ye.
mungkin dengan pemboikotan yang 
sedikit ni, dapat memberi saham kepada kita di akhirat kelak.
semuanya kerana Allah Ta'ala. 
Lilllahita'ala.

aku sendiri rasanya tak mampu nak 
 berhenti terus dari terus membeli 
barangan2 ni,
tapi kita cuba secara perlahan2.

yang paling aku ingat sekarang 
maggi, kit kat, air minute maid
aku takkan beli.
 ingat sebab ni adalah antara pebret aku
 dan selalu beli.

cakap senang la kan ?
tape2...
insyaallah.
sak gadduh...
slow and steady.
insyaallah berjaya.

gambarajah kat bawah jugak menunjukkan logo
syarikat yang bersekongkol memberi keuntungan 
mereka kepada israel.

meh tengok !



suami aku suka beli halls.
kena bagi ingatan ni.
glade pon ? kat umah memang pakai ni...
pantene pon ?


produk P&G?
FAB
TWIESTIES.
kalau produk ni memang berlambak2 la kat pasaran.
haddooii...
MILO pon.
NESVITA pom.
yang nest2 tu memang la... keluaran NESTLE.


TESCO ???
why ? 
aku suka g tesco.
sebab ruang parking banyak, 
ruang dalam pon luas.
tade berlanggar troli.
oh no...

7 ELEVEN.
suka singgah beli kat sini.
mudah.
novya pon nampak je 7E kat ketereh
mesti cakap "yi air adik"
beli air adik - air vitagen.

CALTEX ???
aku selalu isi caltex kat ketereh.
sebab ada pam attendant yang tolong isikan minyak.
pah guane ni ?
Petronas la pulok.

HP ???
kat opis ni PC aku guna brand hewlett packard.
nok wat guono. 
laptop aku pon HP sebenarnya.
sebab orang kata brand HP ok.

DELL, NOKIA, IBM,
MOTOROLA, INTEL INSIDE ???

AVON ???
biar bettiikkk...
betol ke ni ?




dah lama tak beli KIWI.
sejak tak menyarung kasut hitam.


jom kita cuba bantu rakyat Palestin.
insyaallah.
demi Allah Ta'ala dan saudara seagama kita.

jika tak dapat buat secara drastik,
lakukan secara sistematik tapi boombastik =)

good luck uollss and iollss.