Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, September 17, 2014

cita-cita saya : suri rumah tangga sepenuh masa

Assalamu'alaikum w.b.t
Selamat hari rabu sahem2 yang sudi menjengah blog kursdus ku. 
sempat lagi ye mencuri masa hupdate blog.
sepatutnya aku luangkan masa yang berbaki ni untuk setelkan kerja2 kat opis ni.
sebelum berjimba2 di rumah selama 3 bulan. 

wahhhh... gumbira sangat kot bila guna istilah berjimba2 tu ?

apakah ? aku memang gumbira kalau dapat cuti lelama.

vintage sangat housewife ni.

nampak tak tajuk entry hari ni ?
dedulu time sekolah rendah, cikgu rajin sangat tanya pasal cita2.
masuk sekolah menengah, cita2 entah ke mana, cinta pulak yang datang.
hihi...

masa sekolah dulu list cita2 paling fofular adalah cikgu, polis.
masuk darjah 6 upgrade sikit : bisneswoman.

suri rumah bukanlah satu kerja atau sesuatu yang kita perlu cita2kan.
sebab ia lebih kepada satu tanggungjawab.
kalau tak dicita2kan pun ia tetap akan terpikul di bahu kita.
- sejurus selepas kita bergelar isteri.

akhir2 ni semangat nak kejar cita2 sebagai suri rumah makin membuak2.
sesambil drive balik keje, 
time tu la masa yang paling best nak verangans, 
membuat perancangan masa depan untuk jadi suri rumah.
seronok sebenarnya melayan perasaan ni. 
hehe...

shuben aku dah sedia maklum tentang cita2 aku ni.
dah lama dah mengadu domba pasal nak berhenti kerja
dan nak jadi suri rumahtangga.
mujurlah shuben memahami.
tapi...
dengan keadaan sekarang, mungkin masih belum sesuai lagi.
banyak faktor dan perkara yang perlu difikirkan.

tapi, 
harapan untuk mencapai cita2 tu insyaallah akan tiba.
jika allah bagi rezeki yang bertambah baik untuk suami.

tapi, (tapi lagi)
kompim2 akan ada pihak2 tak berwajib yang akan menentang
dan tidak bersetuju dengan keputusan aku untuk berhenti makan gaji
dan jadi surirumah.
alamklumlah, aku kerja sebagai gomen servant.
makanya, faktor2 kerugian seperti bakal tak dapat pencen
(aku amik skim pencen, kenapakah dulu tak terfikir nak amik kwsp je) 
dan tak dapat gaji bulan2 akan dibangkitkan. 
nak2 sekarang ni bukan mudah nak dapat kerja, nak jadi gomen servant. 
orang lain susah2 nak dapat kerja, kita nak berhenti mudah2.

dan ayat2 seperti,
kita orang perempuan ni kena ada jaminan dalam hidup kita.
kalau apa2 jadi, kalau kita tak kerja, macam mana nak tanggung hidup.
dengan anak2 lagi.
sekarang ni adik kasih abang sayang.
nanti kalau laki tinggalkan kita ke, jadi apa2 ke.
macamana?
kalau kita dah ada keje sendiri ni ok la sikit.
bulan2 tak banyak pun, masuk jugak sikit2.

sepertinya kebergantungan kita adalah pada kerja kita semata2. 

hermmm...
ayat ni selalu amat aku dengar, dan memang aku tak nafikan kebenarannya.
hidup ni penuh rahsia. kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang.
so, ayat di atas adalah benar dan tak dinafikan benar sama sekali.

tapi, (bertapi2 nampaknya hari ni)
aku tetap tekad nak berhenti kerja dan jadi suri rumah.
waahhh.... ayat kompiden tahap tertinggi.

bila difikir2, mungkin rezeki kami akan lebih berkat bila aku
jadi suri rumah tangga.
sebab aku, aku tau aku kerja bukanlah bagus yang amat.
kalau bagus, takde lah curi masa hupdate blog.
muwaaahahahaaha !

kunci sekarang adalah berkat.

semangat waja untuk jadi surirumah bertambah berbunga2 bila
baca post maghia kat fb.


"The switch i made from an engineer to a housewife + entrepreneur wasn't at all easy. It was scary! I took a huge leap of faith and memang tawakkal pada Allah. I decided to resign after a lot of praying and istikharah. I asked for signs, and i saw plenty.. My heart and mind was completely surrendered to Allah, and i was confident that Allah will give me what i need. And what i needed was His Barakah.

Nak resign senang. The aftermath tu yang susah. So many different people tak boleh terima why i, at a young age, would stop climbing the career ladder. Dah la keje engineer kan. "Susah sangat ke keje engineer?", "suami suruh ke?", "boleh ke nak hidup?" Dan macam macam lagi. Tu takpe. How they treated me yang buat i rasa sedih.

People think that i became a housewife because i am not smart enough to work professionally. And then when i added that i have an online shop, La Kayena, sume blur
Yes i know, La kayena isn't famous or anything. Tapi... Ini sumber rezeki saya. Bila i tambah yang i am doing my masters, well. So what? That degree cert, that gold medal, proves nothing.

I'm still a housewife. To some people, housewife tu option pencen. Means orang tu dah tak ada kemampuan untuk kerja ikut office hours. Hehehe! Padahal mampu jeee. Cuma prefer not to

In the end, it comes down to how i take all this in. Everyone is entitled to have opinions, so who am i to stop them kan? I wanted Allah's barakah. I wanted a platform for helping people. I wanted raise my child(ren) and be as close as possible to them. I got all that. So people's perception isn't important. What is, is that have my amanah to take care of.

I wanted to be a Professional Mukmin (ikut Ustaz Pahrol. Hehe ) and wallahu'alam, perhaps this is how i can be one.

So my dearest sweethearts, let's become the generation that doesn't judge people based on their job. Housewife ke, cikgu tuisyen ke, so what. Cara orang cari rezeki yang barakah adalah berbeza. Kita bersangka baik dan doakan je ya sorry lately banyak bercerita tengah tengah malam. Ihikss!"

tapi, dia takpe la.
somi keje dah sedap, dia pun ada bisnes sendiri. 
marketing pun mudah sebab dia kan orang fofuler.
giteww....

tapi sebenarnya,
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
aku pun boleh berjaya jadi surirumah dan dalam masa yang sama 
kerja dari rumah.
amik upah jait sarung bantal ke, tampal lencana sekolah bebudak ke,
jual nasik pagi ke.
waahh. verangans. 

ok, entry ni akan kekal jadi entry semata2,
untuk tempoh 5 6 tahun dari sekarang.
atau mungkin kalau jadi kenyataan bila aku amik pencen awal kot. 

takpelah, 
yang penting kita berangan dulu.
dari angan2 akan jadi kenyataan nanti.
bersama dengan usaha sekali.

sekarang ni pun memang aku kerja sebagai suri rumah tangga.
part time job sebagai setiausaha.

nak jadi suri rumah sepenuh masa pun kena berusaha ye.
hermmm....

sekian saja entry angan2ku di hari rabu.

- entry ni lebih kepada nak bagi hint pada shuben.
bahwasanya cita2 aku nak jadi suri rumah sepenuh masa 
tak pernah pudar.

=)

Monday, September 15, 2014

rasa macam dah nak bersalin.

Assalamu'alaikum w.b.t
Selamat Hari Malaysia - besok.
kalau bersalin besok cun jugak kan ?
sama tarikh ngan kak long la nanti.
16112010
16092014

diam tak diam dah tak lama masa waktu untuk aku melahirkan nih. 
26092014 just around the corner.
haish... debaran makin terasa.
tanda2 pun dah makin ada. 

mula ahad lalu, start cirit birit, yang mana merupakan salah satu tanda nak bersalin. 
sebenarnya bukanlah sakit cirit-birit.
tapi buang air besar macam cirit birit. 
lebih mudah dan tiada lagi semelit.

sesetengah orang akan alami pembuangan air besar camni seawal 2 minggu sebelum nak bersalin. 
aku tak tau aku untuk berapa lama. sebab masa novya dulu rasanya takde pulak tanda2 yang cirit birit ni. 
atau aku yang dah lupa. hermmm... dulu takde blog, tak tulis dalam diari. maka tak berapa nak ingatlah kan.

selain dari itu, dalam minggu ni aku rasa kedudukan baby makin ke bawah. 
terasa macam nak keterbawah je duduknya. 
buang air kecik tak yah cite la. memang kerap dan kadang2 rasa, alahai, malasnya nak ulang alik gi toilet.

kalau duduk lama2 atau baring lama2, time nak bangun terasa la sakitnya.
lenguh dan macam sengal2 kat bahagian pelvis. 

sekarang ni, masa duk menaip ni, 
terasa jugak. kejap2 baby mengeras.
kejap2 bila mengeras tu, senak kat bawah.
belakang terasa lenguh2. 
cuak jugak sebenarnya ni. 

orang kata kalau dalam tempoh sejam tu rasa rasa kontraksi dalam 5 minit sekali, 
dah boleh ke spital.
tapi seeloknya jangalah berlengah2 sangat nak ke spital.
kelam kabut nanti, susah jugak.

kak long pun sebenarnya dah tak sabar sangat nak jumpa baby.
tiap2 malam cium baby. gosok2 perut mak. 
"nanti baby tubik moyek2 deh."

tunjuk mainan kat baby la, konon2 bercakap ngan baby.
sambil pegang kakak,
"hai baby, nama saye kakak".
sambil tayang kakak kat perut mak yang membuncit.

harap2 kak long akan jadi kakak yang pengasih penyayang pada adik2.

selamat berjaya untuk aku.
mak boleh !!!
(dalam ati ada sekelumit rasa berdebar dan kegerunan - 
yang kalau boleh memang aku nak buang jauh2). 
positif, positif, positif.



doa Nabi Yunus - insyaallah membantu memudahkan proses bersalin.


dalam pada itu, 
aku nak mintak mahap banyak2 kepada pembaca blogku yang kudus ni, 
kalau ada setiap patah kata aku dalam blog ni mengguris hati korang.

dan kepada kekawan yang berada di alam maya dan realiti, 
maafkan salah silap yang dilakukan secara tak sengaja, 
yang sengaja rasanya tak de kot.
tak terniat pun nak saja2 sakitkan ati korang.

semoga allah permudahkan proses bersalin dan berpantang aku. 
selamat datang anak september !

Monday, September 8, 2014

dah masuk waktu

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat datang september yang penuh debaran. 
dup dap dup dap.
dah seminggu masuk september. 
haishh... debaran betul ni.

kalau dikira2 aku dah boleh bersalin bila2 masa je.

semalam debaran terasa lebih sikit sebab tentibe rasa macam nak beranak.
what the feeling ?
sebenarya aku dah lupa macamana rasa sakit nak beranak tu.
4 tahun berehat dari merasa pengalaman bersalin, mau nya tak lupa.
nak2 aku ni pesen insan yang mudah lupa dan tak berapa nak simpan memori lelama.

belum abis pantang dah lupa terus.
siriyes, lepas je luka2 bersalin tu sembuh, dah tak terasa kepedihan dan kesakitan tu,
maka aku lupa terus macamana rasa sakit bersalin tu.
terus rasa macam, "eh boleh bersalin lagi ni."
masa nak bersalin tu bukan main cakap kat shuben, 
"sakitnya, taknak bersalin doh."
hihi...

apa yang aku boleh ingat, feeling tu tak berapa best sangat.

ni yang terasa macam berdebar jugak ni.
tapi kita tak boleh biarkan ketakutan menguasai kita.
nanti akan menambahkan kadar kesakitan semasa nak bersalin.

tips untuk mengurangkan sakit semasa kontraksi bersalin :
- FIKIRKAN YANG KITA SEDANG BERJIHAD.
- ALLAH BERIKAN GANJARAN YANG BESAR KEPADA IBU2 
YANG MELAHIRKAN ANAK.
- PERASAAN TERUJA NAK LIHAT ANAK YANG KITA KENDONG 9 BULAN TU. 
TAKKAN TAK HEKSAITED KAN ?
- POSITIF, POSITIF, POSITIF.
- SEMUANYA AKAN SELAMAT.
tips ni aku reka sendiri. untuk menyedapkan hati aku. hiihi...

tapi kalau korang google, memang banyak tips2 yang dikongsi. 

dan kalau aku, jangan sesekali tengok video orang bersalin.
ngeri mak. buat hatiku lagi gundah gulana ada la.
nak2 kalau video yang macam susah je baby nak keluar.
kalau yang baby sekali push terus keluar, tu rasa tenang sikit.

kalau orang lain aku tak tau. yang jenis bertabah dan berani boleh la.

untuk anak ke2 ni, aku rasa persediaan yang aku buat terlampau lewat
berbanding masa anak pertama.

masa anak pertama, barang2 baby dan mak dah siap standby masa bulan ke7.
lengkap dengan beg ke hospital dalam kete.
2 bulan beg2 tu bertengggek dalam kete di usung ke sana sini.

untuk anak kedua ni, 
masuk bulan ke 9 baru terhegeh2 nak angkut beg masuk dalam kete.
baru je semalam beli pampers untuk baby.
dan masih lagi sedang memikir2 dan mengemas2 barang2 keperluan yang perlu disediakan.
ujung minggu baru ni dah siap longgokkan barang2 yang nak dibawa ke rumah ummi, untuk keperluan sepanjang pantang.
keperluan shuben dan novya belum kemas lagi.
harapkan machang dengan melor tu dekat je.
boleh la shuben ulang alik amik barang yang terlupa.

tapi yang harus tidak dilupakan, 
pastikan barang2 tu aku ingat aku letak kat mana, 
dan pastikan barang tu mudah untuk shuben aku jumpa.
sebab sifat suami2 memang stended, 
susah nak jumpa barang yang dicari.
cari punya cari, tak jumpa.
last2 isteri2 jugak yang nak kena amik.
saje le tew nak manjew2... katanya.

masuk bulan ke 9 ni,
tetibe mode rajin ter'on' dengan sendirinya.
aku sendiri heran.
kenapakah selama 9 bulan ni, 
di minit2 terakhir ni baru nak datang mode rajin.

bermula ari selasa lepas, sampai ari ni, 
mode nak mengemas dan mengemas menjadi2.

balik dari klinik petang selasa tu, 
entah macamana ada kekuatan dalaman yang datang tiba2,
maka terlaksanalah projek amalan 5s kat rumah.


rupa2nya selama 4 tahun aku menghuni rumah tu,
benda yang terasa macam banyak sangat tersimpan tu bukanlah harta yang berharga.
apa yang banyak dan bertimbun adalah kotak2 dan barang2 yang,
"eh, apesal la aku simpan benda2 ni.
tak de fungsi pun."

kebanyakan kotak2 adalah kotak2 kasut, kotak mainan novya, 
kotak botol susu, kotak beli barang online,
kotak minyak mestika pun hado aku simpan. 
apakah aku ni ?
plastik cantik, plastik jabir rokrak supit gelenya pun aku simpan.


memang tabiat aku dari dolu2 lagi sebenarnya suka menyimpan.
menyimpan kotak2 atau apa2 barang yang aku beli.
tag yang kat baju pun aku simpan.

masa sekolah rendah, 
tugas aku beli barang basah kat pasar.
sebagai upah untuk diri aku, 
aku belikan vitagen.
bekas air vitagen yang dah abis tu pun aku simpan.
susun dalam lemari.
apa jenis penyakit aku pun taktau.
last2 benda2 tu sume buang jugak. 

selonggok. 

selonggok lagi. 
masih dalam proses memenuhkan kotak ni dengan sampah sarap.

ruang bawah tangga berjaya dikosongkan dengan banyaknya.
dan separuh ruangan dalam bilik belakang tu berjaya dikosongkan. 
menjadikan bilik itu berguna sebagai sebuah bilik yang luas.

malam ni hajat dihati nak 5S kan tingkat atas pulak.
gambate !

alhamdulillah allah bagi kudrat untuk aku kemas2 barang yang tak perlu 
dalam rumah tu sebelum kedatangan orang baru.

harap2 dengan kerajinan mengemas ni,
membantu untuk memudahkan proses bersalin nanti.
orang tua2 pesan bila dah nak sampai masa tu, 
rajin2kan diri kemas rumah, cuci tandas, cuci longkang.
baru mudah nak beranak.
katanya la.
tapi sebenarnya memang bagus pun.
maklumlah nanti badan kita nak kena rehat sepanjang pantang.
dah kemas rumah awal2, takdelah rasa serabut nak piki pasal rumah yang berselerak.

baiklah, takat ni dululah catatan kemengandungan aku untuk kali ni.

insyaallah kalau besok tak bersalin dan ada masa, aku hupdate lagi.

nak cite pasal pergi mengurut, pasal hari kombokesen shuben,
pasal kak long yang makin hari makin teruja nak jumpa baby.