Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Showing posts with label review produk. Show all posts
Showing posts with label review produk. Show all posts

Wednesday, January 18, 2017

Willow - a new mom’s breast friend

Willow’s wireless pump may be a new mom’s breast friend
cun !



seksaited sangat bila nampak pam ni lalu di wall fb.
lebih seksaited bila suami share dekat wall aku.
paham jiwa sangat.

sebab dia tahu macam mana aku struggle nak mencukupkan demand dak iman dulu.
pam sambil memandu semasa balik kerja adalah rutin harian.
dan renyahnya, herm...
berhenti di tepi jalan depan tanah perkuburan adalah rutin.
disitulah stesen aku memakai kelengkapan mengepam.
kat situ je nampak macam line clear.

selalu berangan2 untuk guna pam yang tepek je kat breast,
boleh buat kerja lain tanpa perlu risau susu tertumpah,
corong tercabut dan sebagainya.
yang penting orang tak tau kita tengah mengepam.
sebab agak mencabar bila terpaksa mencari masa untuk ke bilik solat
untuk mengepam setiap 2 jam.
2 jam sekali memang hilang dari meja.
segan jugak.
tapi tu la, demi memenuhi hak amanah allah,
aku kuatkan hati, pekakkan telinga.
tapi mujurlah rakan2 sekerja aku sangat2 menyokong dan
tak pernah sekali pun sampai ke lubang telinga aku
ayat2 merungut bila aku takde kat meja kerana pergi mengepam.

gila x support ?
kementerian kesihatan kot.
kementerian yang seharusnya menyokong penuh dan 
mempromosikan penyusuan susu ibu.

haih,
sebenar2nya sebetul2nya setepat2nya inilah pam idaman semua2 ibu2 bekerjaya
yang berjuang mengekalkan supply untuk memenuhi demand si anak.

pertama kali tengok, kagum sangat.
akhirnya impian mimpi angan aku dan semua ibu2 menyusu menjadi kenyataan.

aku pernah berangan untuk mengepam sambil berlari2 anak 
sambil menjawab panggilan telefon,
sambil pergi fotostat surat, sambil pergi makan kat kedai - wahh... hover sangat ni.

jangan pelik jika ada ibu2 menyusu berkongsi pengalaman mengepam sambil memasak,
sambil iron baju, sambil duk buat kerja kat ofis pun ada ye.
dengan membawa 1 beg kecil di bahu yang berisi pam.
dengan bahagian dada terselimut la.
takde nye nak bagi nampak terdedah berbenjol kat breast kan.
kami pun tau segan.
- memang tak pelik.
sebab aku sendiri pernah buat.
hahaha !
struggle tahap ninja.
uteq sumteq - anda tahu anda siapa dalam cerita ini. 
haha ! - sifu. 

baiklah, 
pam yang baik adalah pam yang dapat mengosongkan breast 
dengan sebaik2nya.
kerana breast perlu dikosongkan sekosongnya 
bagi menghantar signal kepada otak untuk memaklumkan
demand susu diperlukan untuk sesi seterusnya. 
jika masih tersisa susu dalam tangki, 
maka susu baru yang akan masuk adalah sedikit. 
dan jika ini berterusan, maka penghasilan susu baru akan berkurang, 
kerana tangki sedia terisi. 
lama2 tangki penuh dan susu baru tidak terhasil.

humang aih ...
panjang aku explain harap korang faham. 

dia macam gini, 
macam tangki air. 
kalau dah ada isi takkan kita nak isi lagi kan. 
gitulah jugak dengan breast ibu menyusu.
sebab tu kena sentiasa pastikan breast dikosongkan setiap sesi 
mengepam. 
sesi menyusu direct pun kalau rasa macam ada lagi,
bolehlah marmet atau pam.

macam mana nak tahu breast kosong, 
biasanya ia akan terpancut lagi susu tu bila lepas pam.
maka eloklah kita marmet hingga keluar susu yang menitik2 je. 

eh, 
panjang pulak cerita. 
aku cuma nak cakakp ni je, 
sehebat2 selawa2 sepraktikal si willow ni, 
adakah ia dapat mengosongkan breast sebaik2nya. 
adakah suctionnya terbaik dan terselesa. 
adakah suctionnya sebaik lacte duet. 
adakah ia betul2 berfungsi sebagai sebaik2 pam susu. 

harapan aku, 
ia memenuhi segala kriteria pam susu terbaik, 
agar setanding dengan harga
dan juga inovasi reka bentuknya. 

rm 1900 hokkeiii...
memang tak terbeli la kalau aku. 
kan. 

mak setia dengan lacte mak la. 
walau renyah dengan bermacam karenah. 

tapi kalau ada rejeki dan jodoh, 
teringin jugak nak try si willow ni. 
tapi kena tunggu review pengguna dulu la, 
ok ke idok. 
berbaloi tak dengan harganya. 

ok, 
antara ciri2 si willow adalah : 

1. wireless - jelas sangat kan. 

2. tubeless - jelas sangat. 

3. susu ibu yang terpam akan dikumpul dalam storage bag. 
storage bag ni macam storage bag biasa yang boleh diguna sekali sahaja. 
bpa free, ready use. 
cuma bentuk sahaja berbeza. 
macam gitu. comel kan. 
macam donat. 
storage bag ni dapat menampung sehingga 4 oz . 
didatangkan bersama dalam 1 set willow dengan 25 pcs storage bags ni. 
tapi kalau dah habis, boleh beli. 
ada terjual accecoriesnya. 
lepas pam boleh je terus simpan dalam peti. 

4. pam ni tersedia dengan battery yang bertahan selama 2 hari. 
tapi aku rasa ia mungkin bergantung kepada 
kekerapan penggunaan. 

5. pam susu ada bluetooth. canggih betul.
lepas ni boleh la try cipta pam susu berwifi. 
kehkeh...
bluetooth ni berguna untuk kita install app yang mana kita 
boleh connect dengan smartphone kita.
yang mana (lagi)  kita boleh track dah berapa banyak susu dah terkumpul 
- susah kan kalau asyik kena intai.
juga boleh simpan data tarikh susu dikumpul, dan berapa 
lama setiap sesi. 
tapi buat masa sekarang apps ni tersedia untuk iOs saje. 
android masih diusahakan. 

6. pam ini sunyi senyap timpas. 
gituu...
tak de la sunyi. 
tapi tiada bunyi getaran burrzzzzzzzz.. 
yang akan buat orang pandang semacam je.
tiba2 bunyi burrzzz entah dari mana kan. 
tengok2 bunyi kat breast. 
hah, awkward. 

7. ada butang untuk level suction dan butang on off di kedua2 cup. 

inside willow's box. 
*Coffee, goldfish, succulents, and citrus not included.

https://www.willowpump.com/

 "I was impressed with how easy it was to open up each pump to get the milk, 
and how intuitive the interface is. 
After just two tries, I was familiar enough to turn on, 
reset and then retrieve each bag of milk without any guidance from the rep. 
That simplicity is a nice touch, considering that a device
 meant to relieve stress from a daily routine 
should really not be frustrating to use."
https://www.engadget.com/2017/01/05/willows-smart-breast-pump-hands-on/

haih, 
memang menggoda jiwa. 
tak pasti bilakah si willow ni akan masuk pasaran malaysia. 

tapi lambat lagi kot nak menyambung 
musim2 perjuangan mengumpul stok. 

insyaallah 2018 jika allah rezekikan.
=)

http://www.theverge.com/circuitbreaker/2017/1/5/14174564/willow-wireless-breast-pump-wearable-moms-ces-2017

Thursday, December 15, 2016

layan line camera

Assalamualaikum wbt.
selamat hari kamis yang manis. 

bahagia rasanya kerja minggu ni. 
hari ahad kerja, 
senin selasa coti, 
rabu kames kerja, 
jumaat sabetu coti. 

kalau tiap2 minggu dapat cuti macam ni, 
indahnya. 
banyak masa boleh lepak2 kat rumah. 

berkat cuti panjang kami.
lepak2 kat rumah je. 
tapi dapat jalankan operasi kemas mengemas mega. 
lapang sikit rasa hati. 
buang mana2 yang tak perlu. 
yang dah lama simpan tapi tak pernah2 guna. 

sejak layan pinterest ni memang semangat nak 
organized dan kemas2 berkobar2.
tapi semangat je la yang berkobar2.
pelaksanaan tak berapa kobar lagi. 
verangan dulu, tindakan kemudian ye. 
hihiihi...

aku spesis insan yang suka simpan2. 
bagi aku tiap benda tu ada nilai nostalgia dia.
beli kasut kotak pun simpan. 
sebab bagi aku ada nostalgia pada kasut dan kotak tu. 

kalau tengok list2 yang ada kat bawah ni, 
kebanyakan benda yang patut di buang tu, 
memang aku sayang nak buang. 
memang semua benda aku simpan. 
penyayang tak aku ?

kejadian kemas2 pada hari cuti lalu 
telah membuka pintu hati aku 
untuk membuang beberapa benda yang sememangya patut 
aku buang selama ni. 

tapi, 
bila suami aku join sekali sesi mengemas kali ni, 
ada beberapa benda yang aku nak buang, 
tapi beliau tak nak buang. 
so dalam dilema jadinya. 

tapi akhirnya, 
ada benda yang dia mengalah untuk buang, 
ada benda yang aku aku mengalah untuk buang. 



tuala lama, baju lama - kalau jenis serap air, 
sayang oi nak buang. boleh buat kain lap kat dapur.  
talipon lama - yang ni memang kami tak pernah buang. 
kami simpan dalam satu kotak. sekali sekala kami tilik2
tengok bertapa telah kami membajiri ke arah kemajuan teknologi.
hihi..
buku2 majelah2 memang kami tak buang. 
baju anak2 yang tecik dan memang tak muat nak pakai 
aku simpan lagi. 
nak bagi diorang tengok bila dewasa nanti.
nostalgia tu. 
dan ada beberapa lagi benda yang aku pun tak hingat.
kertas2 dan resit2 dan entah apa kebenda kertas yang taktau fungsinya
pun memang banyak 
tersimpan dalam rumah kami. 
entah pape rasanya bila simpan begitu banyak resit dan kertas yang, 
entah. 
jenis sayang sangat nak membuang. 

kertas2 lukisan contengan anak2 memang kami tak buang. 
nak bagi dorang tengok bila dorang dewasa nanti - jugak. 
nostalgia kan....

di bawah ini pulak gambar2 yang memang taknak buang. 
jadi tepek sini. 
sebab blog ni wujud memang untuk tepek kenangan2 
supaya senang aku nak tilik balik. 

dah bezaman layan line camera, 
tapi tak pernah cuba yang pesen macam ni. 
enjoys rupanya. 

merahnya kaklong dan kakngah. 
ni pakai filter ruby. 

scene berebut takhta. 

kaklong nampak agak mugheh. 
tongkat sakti berjaya dirampas oleh imanis. 
ini filter rainbow.

wah. teruja dapat sepahkan cd dalam kete. 

ayah merenung ke luar jendela. 
melihat kebesaranNya. 
kata najwa latif. 


yang ni agak scary. 
dan imanis sangat tak suka bila keluar muka macam ni.  

cantik imanis bertudung. 
dan mak, agak menakutkan. 
muka lagi besar daru badan. 







onyonyonyo....
ommei ayah. 

alahai comelnya anak2 kucing...

ini paling scary. 
haha !







paling tomei..

hi, saya uchiha sakura. 
cun tak ?

itu sahaja yang nak dikongsi dan ditepek
untuk hari ini. 

selamat bercoti jumaat dan sabetu !  


Tuesday, November 15, 2016

lookisslah catalogue


                                           
lukislah oi...

9 Easy-peasy steps:

1. Kindly request your kids to bring out the t-shirt and markers provided in the box.

2. Place cardboard / old newspaper inside the t-shirt.

3. Stretch and flatten it out. Hold it with cloth pegs.

4. Let the kids colour the picture on the shirt, using the shirt marker given.

5. Print out any picture related to the theme, and put it inside the shirt.

6. Let them trace it with the marker, and if they don't know how to draw or what to draw, show them!

7. If they would like to doodle something out of the box, go for it! After the doodling and your kids are satisfied, allow the ink to dry for a while.

8. Then, iron it so that the ink penetrates the fabric and thus last longer.

9. Let the kids wear it with pride! Kids not satisfied? Get the rest of the LOOKISSLAH collection!




buat secara berjemaah mesti serunak kan. 

ini koleksi untuk tema dinosaur.






















ada mak2 ayah2 yang mintak nak adakan size untuk dorang jugak. 
insyaalah di masa hadapan mana tau 
boleh buat complete kit untuk satu keluarga. 
mesti dabel bahagia kan. 

oh, 
1 kit tu mengandungi 1 tema yang sama dengan saiz yang sama. 
RM 159.00

namun !
demi mengambil kira keluh kesah 
pelanggan yang mempunyai anak2 yang berbeza umur, 
dan minat yang berbeza, 
jantina berbeza, 
maka nantikan,
year end bonanza !



kekal melekat like page aku ye. 
untuk update terbaru.

walau kekadang aku tak sempat nak hupdate.
tapi takpe, 
#siscuba dear =)