Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, February 19, 2013

collagen dust toujours skin + organic aid moisturizer

Assalamualaikum w.b.t.
salam kasih sayang.
moga korang sihat walafiat ye.

hari ni aku nak share sesuatu yang mungkin akan mengecewakan 
beberapa insan yang telah membaca review aku tentang 

jika difahami dan diteliti, 
korang akan perasan yang aku selalu memuji2 kebaikan 
dan keberkesanan 
organic aid vitamin e moisturizing.

malah dalam entry vs beliau dan hada labo,
beliau telah berjaya memenangi hati aku.

terutamanya bab menghilangkan parut.

baiklah, 
senang cite aku pendekkan bebelan aku.

aku rasa,
yang menyebabkan parut menghilang adalah 
kerana collagen dust toujours skin,
dan bukanlah 
organic aid vitamin e moisturizing semata2.

kenapa ? apa buktinya ?

buktinya ada di perenggan bawah ini.
(drama la pulak...).

kebetulan masa kali pertama aku beli organic aid vitamin e moisturizing,
aku baru je beli collagen dust kak nani rostam.
so, dengan rajinnya aku campurkan sedikit 
collagen dust dalam organic aid vitamin e moisturizing.

lama2 bila dah pakai selalu,
aku nampak hasilnya memberangsangkan.
tu yang aku beriya2 buat product review pasal organic aid vitamin e moisturizing.
yang mana aku menyatakan 
ia mampu menghilangkan parut.

tapi...
(buat muka sedih, dan korang akan bertanya,
tapi apa ?
-dialog sama yang selalu digunakan dalam drama2 malaya.)

tapi...
sebenarnya aku baru menyedari yang sebenarnya,
yang menyebabkan parut menghilang adalah 
bukan kerana organic aid vitamin e moisturizing
semata2.
rupa2nya ia adalah kerana kandungan collagen dust yang
aku tambahkan dalam organic aid vitamin e moisturizing tu.

kenapa ?

sebab baru2 ni aku beli organic aid vitamin e moisturizing
untuk yang kesekian kalinya 
kerana stock yang sebelumnya dah habis.

kebetulan pulak masa tu muka aku tengah
bermasalah.
tiba2 jerawat rajin nak menyinggah kat muka.
yang tak best, berparut.

dan, 
aku seperti biasa sapu organic aid vitamin e moisturizing kat 
muka setiap hari.
tapi kali ni sedikit berbeza sebab aku tak 
tambahkan collagen dust.
sebab terlupa.

lebih kurang 2 minggu duk tempek 
organic aid vitamin e moisturizing kat muka
yang berparut angkara jerawat.
pada satu hari aku terpiki,
kenapa tak pudar2 jugak parut jerawat ni ?

takkan sebab aku tak tambah collagen dust kot.
kemudiannya, aku dengan rajin tabur la sedikit collagen dust dalam 
organic aid vitamin e moisturizing dan beberapa hari kendian,
aku mula perasan parut jerawat dah nampak pudar sikit.

so, 
aku membuat kesimpulan,
collagen dust yang membantu memudarkan parut,
bukanlah organic aid vitamin e moisturizing semata2.



review ikhlas dari hati tiada unsur keuntungan.
harap dapat membantu. 







12 comments:

  1. dh ramai org cakp..produk ni bagus kan..but dya lm mencubai nye lagik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput la coba cik dya. bak kata pepatah melayu, alah membeli menang memakai.

      Delete
  2. anem pun parut hilang sket. tp xtau la sebab collagen dust atau hada labo whitening essence. sebab dah lame makan collagen dust cam xde kesan pape pun. tibe2 pakai hada labo whitening essence nampak parut jerawat kurang. tp ntah la. so skg pun dah konfius. baru ingat nak try collagen lain plak lepas ni bila xnampak pape perubahan dgn collagen dust

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeehe... sama la kita. masalah jugak kan bila banyak sangat guna produk berbeza2. sampai confuse yang mana satu yang berkesan. ok la anem makan jugak, macam saya tak makan pun collagen dust tu. asik terlupa nak amal. hanya tambah dalam produk kecantikan je.

      Delete
    2. ni baru habis sebotol tp xtau nk continue atau nak cuba brand lain. sbb macam sama je. sbnrnye bila pk blk collagen dust ni xla mahal sebab sebotol rm170 boleh tahan sebulan lebih. macam brand kat luar dalam kadang2 15-20 paket je tapi harge dah 70-80. lebih kurang sama je sbnrnya

      Delete
    3. tu la pasal. lagipun yang best pasal collagen dust kak nani ni, collagen dia pure. klu yang dah packing2 tu, mungkin kuantiti collagen tu takde la banyak mana dalam sepeket. sebab dah campur ngan bahan2 lain.

      Delete
  3. baca blog awk nie rasa mcm nak try jgk lah..heheee...teruja sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput cuba cik ija. insyaaAllah berkesan. tapi kena amalkan selalu. dan biasanya kesan yang betul2 berkesan kita akan rasa dalam jangka masa panjang =)

      Delete
  4. Replies
    1. Untuk Maklumat Lanjut sila EMEL shinarostam@yahoo.com dan sebarang pertanyaan ringkas boleh menelefon 0123959779 - copy paste dari blog kak nani rostam =)
      atau toujours.my@gmail.com

      Delete