Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Showing posts with label pejuang susu ibu. Show all posts
Showing posts with label pejuang susu ibu. Show all posts

Wednesday, January 18, 2017

Willow - a new mom’s breast friend

Willow’s wireless pump may be a new mom’s breast friend
cun !



seksaited sangat bila nampak pam ni lalu di wall fb.
lebih seksaited bila suami share dekat wall aku.
paham jiwa sangat.

sebab dia tahu macam mana aku struggle nak mencukupkan demand dak iman dulu.
pam sambil memandu semasa balik kerja adalah rutin harian.
dan renyahnya, herm...
berhenti di tepi jalan depan tanah perkuburan adalah rutin.
disitulah stesen aku memakai kelengkapan mengepam.
kat situ je nampak macam line clear.

selalu berangan2 untuk guna pam yang tepek je kat breast,
boleh buat kerja lain tanpa perlu risau susu tertumpah,
corong tercabut dan sebagainya.
yang penting orang tak tau kita tengah mengepam.
sebab agak mencabar bila terpaksa mencari masa untuk ke bilik solat
untuk mengepam setiap 2 jam.
2 jam sekali memang hilang dari meja.
segan jugak.
tapi tu la, demi memenuhi hak amanah allah,
aku kuatkan hati, pekakkan telinga.
tapi mujurlah rakan2 sekerja aku sangat2 menyokong dan
tak pernah sekali pun sampai ke lubang telinga aku
ayat2 merungut bila aku takde kat meja kerana pergi mengepam.

gila x support ?
kementerian kesihatan kot.
kementerian yang seharusnya menyokong penuh dan 
mempromosikan penyusuan susu ibu.

haih,
sebenar2nya sebetul2nya setepat2nya inilah pam idaman semua2 ibu2 bekerjaya
yang berjuang mengekalkan supply untuk memenuhi demand si anak.

pertama kali tengok, kagum sangat.
akhirnya impian mimpi angan aku dan semua ibu2 menyusu menjadi kenyataan.

aku pernah berangan untuk mengepam sambil berlari2 anak 
sambil menjawab panggilan telefon,
sambil pergi fotostat surat, sambil pergi makan kat kedai - wahh... hover sangat ni.

jangan pelik jika ada ibu2 menyusu berkongsi pengalaman mengepam sambil memasak,
sambil iron baju, sambil duk buat kerja kat ofis pun ada ye.
dengan membawa 1 beg kecil di bahu yang berisi pam.
dengan bahagian dada terselimut la.
takde nye nak bagi nampak terdedah berbenjol kat breast kan.
kami pun tau segan.
- memang tak pelik.
sebab aku sendiri pernah buat.
hahaha !
struggle tahap ninja.
uteq sumteq - anda tahu anda siapa dalam cerita ini. 
haha ! - sifu. 

baiklah, 
pam yang baik adalah pam yang dapat mengosongkan breast 
dengan sebaik2nya.
kerana breast perlu dikosongkan sekosongnya 
bagi menghantar signal kepada otak untuk memaklumkan
demand susu diperlukan untuk sesi seterusnya. 
jika masih tersisa susu dalam tangki, 
maka susu baru yang akan masuk adalah sedikit. 
dan jika ini berterusan, maka penghasilan susu baru akan berkurang, 
kerana tangki sedia terisi. 
lama2 tangki penuh dan susu baru tidak terhasil.

humang aih ...
panjang aku explain harap korang faham. 

dia macam gini, 
macam tangki air. 
kalau dah ada isi takkan kita nak isi lagi kan. 
gitulah jugak dengan breast ibu menyusu.
sebab tu kena sentiasa pastikan breast dikosongkan setiap sesi 
mengepam. 
sesi menyusu direct pun kalau rasa macam ada lagi,
bolehlah marmet atau pam.

macam mana nak tahu breast kosong, 
biasanya ia akan terpancut lagi susu tu bila lepas pam.
maka eloklah kita marmet hingga keluar susu yang menitik2 je. 

eh, 
panjang pulak cerita. 
aku cuma nak cakakp ni je, 
sehebat2 selawa2 sepraktikal si willow ni, 
adakah ia dapat mengosongkan breast sebaik2nya. 
adakah suctionnya terbaik dan terselesa. 
adakah suctionnya sebaik lacte duet. 
adakah ia betul2 berfungsi sebagai sebaik2 pam susu. 

harapan aku, 
ia memenuhi segala kriteria pam susu terbaik, 
agar setanding dengan harga
dan juga inovasi reka bentuknya. 

rm 1900 hokkeiii...
memang tak terbeli la kalau aku. 
kan. 

mak setia dengan lacte mak la. 
walau renyah dengan bermacam karenah. 

tapi kalau ada rejeki dan jodoh, 
teringin jugak nak try si willow ni. 
tapi kena tunggu review pengguna dulu la, 
ok ke idok. 
berbaloi tak dengan harganya. 

ok, 
antara ciri2 si willow adalah : 

1. wireless - jelas sangat kan. 

2. tubeless - jelas sangat. 

3. susu ibu yang terpam akan dikumpul dalam storage bag. 
storage bag ni macam storage bag biasa yang boleh diguna sekali sahaja. 
bpa free, ready use. 
cuma bentuk sahaja berbeza. 
macam gitu. comel kan. 
macam donat. 
storage bag ni dapat menampung sehingga 4 oz . 
didatangkan bersama dalam 1 set willow dengan 25 pcs storage bags ni. 
tapi kalau dah habis, boleh beli. 
ada terjual accecoriesnya. 
lepas pam boleh je terus simpan dalam peti. 

4. pam ni tersedia dengan battery yang bertahan selama 2 hari. 
tapi aku rasa ia mungkin bergantung kepada 
kekerapan penggunaan. 

5. pam susu ada bluetooth. canggih betul.
lepas ni boleh la try cipta pam susu berwifi. 
kehkeh...
bluetooth ni berguna untuk kita install app yang mana kita 
boleh connect dengan smartphone kita.
yang mana (lagi)  kita boleh track dah berapa banyak susu dah terkumpul 
- susah kan kalau asyik kena intai.
juga boleh simpan data tarikh susu dikumpul, dan berapa 
lama setiap sesi. 
tapi buat masa sekarang apps ni tersedia untuk iOs saje. 
android masih diusahakan. 

6. pam ini sunyi senyap timpas. 
gituu...
tak de la sunyi. 
tapi tiada bunyi getaran burrzzzzzzzz.. 
yang akan buat orang pandang semacam je.
tiba2 bunyi burrzzz entah dari mana kan. 
tengok2 bunyi kat breast. 
hah, awkward. 

7. ada butang untuk level suction dan butang on off di kedua2 cup. 

inside willow's box. 
*Coffee, goldfish, succulents, and citrus not included.

https://www.willowpump.com/

 "I was impressed with how easy it was to open up each pump to get the milk, 
and how intuitive the interface is. 
After just two tries, I was familiar enough to turn on, 
reset and then retrieve each bag of milk without any guidance from the rep. 
That simplicity is a nice touch, considering that a device
 meant to relieve stress from a daily routine 
should really not be frustrating to use."
https://www.engadget.com/2017/01/05/willows-smart-breast-pump-hands-on/

haih, 
memang menggoda jiwa. 
tak pasti bilakah si willow ni akan masuk pasaran malaysia. 

tapi lambat lagi kot nak menyambung 
musim2 perjuangan mengumpul stok. 

insyaallah 2018 jika allah rezekikan.
=)

http://www.theverge.com/circuitbreaker/2017/1/5/14174564/willow-wireless-breast-pump-wearable-moms-ces-2017

Sunday, October 9, 2016

anak september mak masuk tahun ke2

lama tak menulis gaya shahpaskal. 

1. assalamualaikum wbt.
salam kasih sayang kepada yang membaca.

2. pagi tadi mak terbelek post2 lama.
terbaca kisah budak noya yang satu masa dulu, 
satu2nya permata hati mak. macam2 hal cik noya mak ye.

3. teringat pulak pada permata hati ke2 mak, dak iman.
jika dibelek2, tak banyak sangat mak ceritakan kisah imanis mak.

4. jadi hari ni mak nak catit kisah dak iman.
sebelum ingatan mak dimamah usia. 

5. ini cerita terbaru. 
baru sahaja beberapa hari lalu.
pada satu malam di mana entah kenapa hati mak berasa ingin bersedih. 
mengingati akan berbagai2 hal.

6. biasalah, 
ada masanya kita rasa hanya nak menangis sepuasnya.
nak hilangkan rasa resah di hati.

7. sedang dak iman leka bermain, 
dia datang pada mak.
gayanya seperti nak ajak mak bermain2. 
masa tu air mata mak menjejes. 
tak sempat nak cover tengah bersedih. 
tapi bagi mak takpelah. 
bukannya imani faham mak nangis ni.

8. kaklong pun ada tertengok mata mak keluar air mata.
dan kaklong wat biasa je. 
nampak air muka kaklong berubah bila tengok mata mak merah dan 
keluar air mata. 
tapi nampak dari raut wajah kaklong, seperti serba salah nak tanya ke nak buat taktau.
kaklong hanya tersenyum kelat. 
sambung main ipad.

9. iman ajak main. mak layankan je.
lepastu dia pergi tinggalkan mak. 
sambung main ipad.

10. tiba2 di datang lagi. 
kali ni dia datang dekat mak. 
dia pandang tepat ke mata mak.
tiba2 dia duduk atas ribaan mak, 
dan tangan nomey2 dia memegang pipi mak, 
dan berkata, ''nape mak ?''.

11. aduuuhhh....
bertambah2 air mata mak menjejes. 
subhanallah. 
hati imani, salah tanggapan mak.
dia tahu hati mak tengah sedih.

12. mak jawab, 
takde ape2.
dia senyum pergi sambung main balik.
dan mak, 
masih lagi tengah bersedih. 
masih dalam keadaan nak menangis lagi.

13. sekejapan, 
iman datang lagi.
masih macam tadi. 
duduk atas ribaan mak, 
dan tangan nomey2 dia memegang pipi mak, 
dan berkata, ''nape mak ?''.

14. sekali lagi hati mak cair. 
imani ni selalu layan drama ke ?
kenapa sweet sangat ni ?

awak baru cukup umur 2 tahun kot.

15. mak jawab dengan sebak,''tade ape2 sayang mak''.
mak peluk iman ketat2, lama2.
sekali lagi mak terpaku.
imani balas pelukan mak dengan erat. 
mak dapat rasakan telapak tangan kecik dia menepuk2 bahu mak.
huwwaaaa !!!
mak taktau mak nangis sedih ke nangis gembira. 

16. ''iman tahu ke mak sedih ?"
"erm,...", jawab imani sambil masih peluk mak.

17. mak macam kompius jap. 
imani ni umur berapa tahun ?
mak yang umur 29 tahun rasanya tidaklah sepeka ini terhadap keadaan sekeliling.

18. dan usai berpelukan dengan imani,
tiba2 rasa sedih tu hilang.
gundah dalam hati tiba2 lenyap.
yang ada perasaan berbunga2, bahagia, bangga.

19. terima kasih imani.
pinjamkan bahu kecik saat mak perlukan.

20. time tu bahu besar ayah takde. 

21. ya allah, subhanallah. 
ini kot yang selalu diceritakan oleh ibu2 menyusu tentang kehebatan bonding.
ikatan ibu dan anak yang melekat dalam hati masing2.
terima kasih imani, bagi mak rasa perasaan ini. 

22. alhamdulillah.
terima kasih allah. 




muka sebijik2 tiru kaklong.

princess sephia.

masa ni dia duk sibuk membebel2 kat pokok.
menggosok2 daun pokok dan berkata, ''kesian pokok...''
tiru puteri purut. 
yang cite kartun puteri limau tu. 
kalau tak tahu carilah dalam youtube. 



hari jadi imani.
kaklong buatkan kek khas untuk imani.

hadiah hari jadi dari mak untuk imani.
potong rambut imani senget benget =p

muncung cakap banyak.

ini gaya mulut tok abah ni.
imani je boleh buat.
dan suka buat. 

hadiah hari jadi 2 tahun dari imani untuk kaklong kesayangannya. 
cakaran di wajah. 
bertabahlah kaklong.
kaklong budak baik.
sangat2 baik. 

Monday, September 26, 2016

si manis imanis

Assalamualaikum wbt.

salam kasih sayang buat semua. 
semoga semua dalam keadaan baik. 
didekatkan dengan aura2 postif, dipisahkan dari aura2 negatif.

dunia sekarang perlukan kasih sayang, budi pekerti dan hormat menghormati. 
spread love and positivity. 
mak penat sangat dengan dunia sekarang dengan manusia2 yang terlalu banyak menghukum.
terlupa untuk melihat hikmah di sebalik kejadian. 

mak rasa la kan, 
perjalanan menyusukan iman banyak mendidik hati mak untuk jadi manusia yang lebih baik.
mak rasa hati mak jadi lebih kuat menerima ujian. 
hati mak lebih tenang, memandang sesuatu dalam keadaan positif. 
mak rasa jiwa lagi kental dan gagah. (sila tambah emoji lengan sadow di sini).
mak rasa mak jadi manusia yang lebih rasional bila diuji. 
kena tambah dalam list manfaat menyusukan bayi nih. 

ok lah, 
merujuk kepada tajuk di atas.
dah macam buat surat rasmi pulak. 
mak membelek2 blog tadi dan ternampak label paling banyak entry adalah
novya delisha munawwarah. 
dan sephia nur imani berada di tangga ke.. entah. 
agak terbawah. 
bukan sebab mak tak sayang manman. 
yelah, masa mak buat blog ni memang mak nak tujukan kepada anak2 mak. 
dan masa tu hanya ada kaklong. 
dan masa itu masa mak agak banyak di meja opis. 
sedangkan semasa iman ada, 
masa mak banyak di meja opis, 
dan terpaksa dibahagikan dengan masa ke surau untuk 
membuat projek juta2 - kumpul stok ebm untuk iman. 

iman janganlah pulak berasa kecik hati ye. 
malah iman patut rasa bertuah. 
lebih bertuah dan beruntung dari kaklong.
mendapat susu ibu yang terbaik yang allah rezekikan untuk iman. 
sedangkan kaklong, hanya beberapa kali je dapat rasa nikmat susu mak. 
mungkin hanya 2-3 kali kenyang. 

maka imanis mak, 
janganlah sesekali rasa iri hati dengan kaklong. 

sekarang iman dah berumur 2 tahun. 
sesi mengepam mak dah kurangkan. 
jadi insyaallah masa di meja akan lebih, 
insyaallah sempat la kot mak hupdate blog dan bercerita tentang iman pulak. 

mak harap janji mak ni tak tinggal janji. 
tapi kalau blog ni berhabuk semula, 
mahapkan mak. 
kita berusaha, allah jua yang menentukan.

itu saja catatan mak untuk iman.
semoga baik2 je iman dengan nekma.
be good imanis.

wajah kakngah kawasan. 



selfie raya 2016.

mak, ayah dan kaklong sayang iman terlalu banyak.

Wednesday, January 13, 2016

makanan pertama manusia

Assalamualaikum w.b.t

salam kasih sayang, kasih sayang, kasih sayang.

sejak semalam otak aku rasa macam hurghh !!!
penat. 
penat dengan manusia.
manusia yang hati penuh dengan perasaan menilai.
suka menilai sesuatu dengan pandangan hati sendiri.
menilai tu satu hal.
menilai dari sudut yang tak pasti. 

pandang sesuatu dengan ilmu.

susu ibu adalah makanan pertama semua manusia.
semua manusia perlu diberi susu ibu di awal usia. 
susu ibu makanan pertama manusia. 

sungguh, masyarakat kita sakit. 
sangat sakit.

aku doakan ibu2 menyusu tabah dan bertambah kuad. 
jangan sesekali mengalah. 
bia apa orang nak kata. 
kita berjuang untuk hak anak kita.
selagi kita berpegang pada ajaran agama kita.
semoga allah bukakakan pintu hati ibu2 lain untuk susukan anak dengan susu ibu.

semoga allah bukakan pintu hati suami2 untuk menyokong penyusuan susu ibu. 
semoga allah bukakan pintu hati masyarakat kita untuk faham susah senang perjuangan ini. 



semoga kita tidak menjadi punca berlakunya fitnah, 
dan bukan juga penyebar fitnah. 



* sebenarnya isi post ni jauh terpesong dari coretan asal. 
tapi takpelah, cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik. 
kerana kata2 itu doa. 

* pasal page yang memanaskan isu ni, aku ok je.  
aku sangat tak ok bila ada yang memburuk2kan ibu2 menyusu. mengaitkan hal yang tidak berkaitan dengan isu asal.  
kesihan... semoga allah bagi rezeki mereka susukan anak mereka dengan susu ibu.


Wednesday, May 13, 2015

kembalikan semangatku !

Assalamuálaikum w.b.t

type assalamualaikum tu dah berjam.
nak type isi karangan lagi la,berhari2 baru keluar idea. 

maaf atas tajuk yang agak patriotisme.

ayat biasa, banyak benda nak bebel, banyak benda nak kongsi. 
tapi kekangan masa sangatlah tak mengijinkan.

rindu pulak jaman dedulu, 
rajin hupdate blog,
rajin tulis review,
rajin buat research (research ko... reseach google je), 
rajin hupload gambar bertubi2,
rajin kongsi petua, 
rajin kongsi resepi (bunyi macam rajin masak),
dulu yang rajin. 

sekarang ni aku bukan tak rajin.
tersangatlah rajin. 
aku rasa, lebih rajin dari dulu.

sekarang aku rajin pam susu,
rajin pam susu,
rajin pam susu, 
dan rajin pam susu.

hidup aku sekarang berfokus dan bermatlamat untuk pam susu.
bukak mata, piki nak pam susu, nak kumpul susu.
nak kata obses tak jugak.
yang sebenarnya berjuang !

berjuang memberikan hak kepada yang sepatutnya.
anak aku berhak dapat susu ibu.
jadi sangatlah tidak bagus jika aku tidak berusaha untuk memberikan hak tersebut.
kerana hanya aku yang dapat berikan hak tu.
takkanlah ayah dia pulak nak bagi susu kan..
wakaka!

hati tengah gundah gulana sebenarnya ni.
hasil tuaian dalam minggu ni agak merudum.
entah kenapa. 
musim kot.
ada beberapa orang geng2 menyusu complaint susu merudum jugak. 

kalau stok EBM penuh satu peti, 
takde la nak gundah sangat hati ini.
ini, stok EBM sendu bagai melukut di tepi gantang.
tapi tetap bersyukur sebab ada jugak stok. 
dari tade langsung.

alah, macam tak pernah lalui detik suram,
susu merudum, stok EBM langsung takde.
pernah terpaksa balik hantar susu waktu rehat.
40km pergi balik.
demi mencukupkan hak anak.

jadi, 
takat susu merudum, stok EBM ada (walau sendu),

apa ada hal !


bak kata orang muda jaman loni,
wat lek wat pisss r.

yep, 
hati kena tenang, no no stress.
mak boleh !
mak boleh !

walau hati masih jugak gundah.
ramadhan hampir tiba, stok EBM sendu.
memikirkan bila puasa susu akan merudum.

herm.. 
masih gundah jugak sebenarnya. 




boleh ko setaro ni ?
"percaya pada diri, dengan harapan dan keyakinan...yeahh yeaahh !"

i'm  a fighter and i wont give up !


Tuesday, March 17, 2015

rindu sangat waktu dulu, namun waktu ini amat indah

Assalamuálaikum w.b.t
salam kerinduan sedalam lautan hindi wahai kekakak kekabang.
rindu yang tak bertepi bak seluas laut china selatan jugak pada blog aku ni.
lama gilers kot tak hupdate blog.

ada bukak jarang2, sesambil intai blog kengkawan.
tahniah uolls berjaya hupdate blog.
komitmen beginilah yang kita perlukan.
teruskan menghupdate blog anda tanpa alasan tak munasabah.
sebab aku rajin baca blog.
nak hupdate je tak berapa rajin.

ari ni terbelek post lama.
terimbau kenangan membesarkan novya.
blog ni terwujud pun sebab novya.
catatan membersarkan novya.
walaupun, terkadang tak tercatat. tak sempat hoi.
sibuk sangat bunyinye kan ?

haih,
banyak sangat nak kongsi.
terutamanya pasal breastfeeding.
walaupun aku tak capai tahap kejayaan menyusu sampai 2 tahun lagi,
sebab iman baru masuk 6 bulan 
(mak boleh menyusu iman sampai 2 tahun, berusahalah !),
banyak pengalaman yang banyak sangat mengajar aku tentang breastfeeding.
kunci utamanya adalah ilmu.
betul, ilmu pengetahuan sangat2lah penting.
dalam apa2 perkara pun, ilmu adalah kunci kejayaan.

buku ni adalah peneman setia aku sepanjang hamil dan selepas melahirkan iman.
sentiasa aku letak disisi sepanjang tempoh pantang.
sebagai penguat semangat dan sumber rujukan. 

carilah ilmu. 
kalau takde ilmu, korang takkan paham apa yang korang nak perjuangkan.
dalam konteks breastfeeding,
kalau korang takde ilmu, mudah sangat korang digoyahkan dengan 
anasir2 yang mendorong korang patah semangat untuk menyusu.

ketahuilah, menyusui anak bukan sesuatu yang mudah, 
walau bukan untuk semua ibu.
tapi kebanyakan ibu2 menyusu akan melalui detik2 yang sukar.
masa detik2 yang sukar inilah ilmu itu sangat2 membantu
memberi kekuatan kepada kita supaya tidak mengalah.

apa saja kata2 yang mematahkan semangat kita,
dapat kita tepis dengan gagah.

bila detik sukar itu ?
bagi aku, 
detik sukar aku adalah seawal hari pertama melahirkan 
sephia nur imani.

usai misi siap kemas2 apa yang patut lepas proses bersalin yang aku 
lalui secara solo - suami tak sempat masuk, 
sephia nur imani datang.
masa tu terus aku suakan breast supaya dia dapat 
belajar menghisap.
ye, masa tu susu ibu adalah sangat sikit.
aku pun kompius, susu ni keluar ke tak.
tapi aku bagi je iman latch on - untuk rangsang susu keluar. 

malam pertama bersama iman amat menguji jiwa. 

bermalam di hospital, tak de sape2 teman. 
misi cakap tak boleh sape2 teman, waima mak sekalipun. 
disaster !

malam tu iman menangis, 
10 minit je tido, pastu menangis. 
pastu tido 10 minit pastu nangis.

ya ampun, tekanan yang amat malam tu.
mak2 lain steady je baby dorang tido lena, so dorang pun tido lena.
mujurlah baby dorang tak nangis bila dengar iman nangis.

adakah iman lapar, adakah susu aku tak keluar, 
adakah adakah adakah. 

sebetulnya, aku sendiri kekok untuk menyusukan iman.
nak duduk pun tak berapa selesa.
menjadikan sesi penyusuan satu sesi yang tak menyeronokkan.
dan iman sendiri masih belum mahir untuk melekap dengan cara yang betul.

ditambah lagi dengan masalah anatomi tubuh aku yang 
agak tidak membantu untuk iman latch on dengan betul.



kerana itulah ilmu itu penting. 

balik rumah, aku cuba posisi2 menyusu yang aku tahu. 
dan, akhirnya aku jumpa posisi terbaik untuk aku. 
paling menyelesakan aku rasa. 


 football hold. 

sangat2 disarankan untuk cuba posisi ini jika korang rasa kekok nak menyusukan baby. 

walaupun dah jumpa posisi yang menyelesakan, 
iman masih menangis dan sepertinya tak kenyang. 
atau mungkin iman belum selesa dengan udara dan persekitaran duniawi ini.

3 hari aku mengurut, usaha untuk mengeluarkan susu. 

pada hari ke2, 
mak bidan tukang urut tu dah suruh aku beli susu tepung. 
katanya kesian anak lapar ni. bagi susu tepung la dulu.
helllooowww !!! susu tepung tu appa yaa ?
aku pekakkan telinga je. 

aku tetap susukan iman sejam sekali,
seperti yang sepatutnya. 
supaya otak dapat signal, aku perlukan susu.

mujurlah, syukurlah, alhamdulillah,
masa aku bersalin, kakak aku yang sulong balik kampung.
dia masih menyusukan anak yang bongsu.
dengan baik hati akak aku susukan iman.
maka iman, ketahuilah yang awak itu anak susuan moklong.
awak terhutang rezeki padanya. 

alhamdulillah hari ke 3 susu keluar. 
walaupun tak banyak, aku yakin, cukup untuk perut iman yang cenonet itu. 

2 minggu pertama selepas bersalin, 
perjuangan penyusuan susu ibu aku amat menjerihkan. 
tidak mudah, dan mudah sangat untuk putus asa. 

tapi, kerana aku dah bertekad, sejak aku gagal breastfeeding novya, 
jika aku diberi rezeki untuk dapat zuriat lagi, 
aku akan susukan anak aku.
walau apa cabaran, aku akan kuatkan semangat.
kerana itulah aku kuatkan semangat, 
walau ada suara2 yang meragui aku dan bertanya, 
ada susu ke tak tu. 

alhamdulillah, 
selepas 2 minggu pertama, 
perjalanan menyusu semakin baik. 
walaupun masih belum mudah, tapi agak tenang.
malah aku semakin yakin,
aku boleh menyusukan iman.

esok, 
genap umur iman 6 bulan.
6 bulan yang sangat hebat bagi aku. 
pencapaian terbaik yang pernah aku capai dalam hidup aku.
ye, sangat terbaik. 

setiap ibubapa kat muka bumi ni nak bagi yang terbaik untuk anak dorang.
masa anak belum lahir lagi kita dah planning nama yang baik2, 
nak besarkan dengan cara yang terbaik, dan bagi makan yang baik, 
nak anak kita jadi yang terbaik.

aku bersyukur sangat2 allah bagi aku peluang, rezeki, kekuatan pada aku
untuk aku berikan benda asas yang paling terbaik untuk iman. 
kejayaan menyusukan iman secara eksklusif untuk 6 bulan pertama.

aku bertekad untuk meneruskan penyusuan ini sehingga iman capai umur 2 tahun.
itu adalah target umur paling minimum.
jom kita berjuang. 

untuk ulangbulan 6 bulan pertama kejayaan menyusukan iman secara eksklusif ni, 
aku nak ucapakan juta2 jutaan terima kasih sayang 
kepada semua insan2 yang menyokong perjuangan aku ni.

suami, en. hishamudin. 
banyak sangat2 sokongan yang diberikan. 
sangat2 banyak. 
meringankan urusan kerja rumahtangga, 
meringankan urusan membesarkan iman, 
melayan karenah novya, melayan karenah mak novya, 
memahami betapa uci perlukan sokongan padu. semoga sokongan itu tetap padu sehingga kita berjaya untuk 2 tahun yang pertama pulak. 
kita sama2 telah berjaya bagi yang terbaik untuk iman. 
we did it bebeh !

ummi (walaupun kadang2 ada kata2nya yang menggoyah semangat aku), 
nekma(sangat menyokong dengan penuh padu).

sumteq ku, yang tahu niat suci murniku ini sejak 4 tahun yang lalu, 
setiap hari bertanyakan soalan yang sama, yang menjadi soalan wajib perbualan kami.
sama2 lah kita berjuang untuk memberikan yang terbaik untuk anak kita. 

kawan2 seperjuangan yang memperjuangkan susu ibu untuk anak2 ibu,
kawan2 tidak seperjuangan yang memahami dan menyokong perjuangan ini.
kawan2 opis, yang tolong coverline masa aku khusyuk pam stok, bagi ruang untuk aku simpan ebm dalam peti opis, 
 bos2( rugilah kalau kerja jabatan kesihatan, tapi takde kesedaran tentang hebatnya susu ibu) , pemandu2 kereta dijalanan. 
dan semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung.

dah macam buat ucapan anugerah oscar dah ni. 
well, ini lebih dari oscar. 

oh ye, juga kepada selebriti2, orang2 dalam pesbuk, page2 berkaitan breastfeeding.
terima kasih untuk ilmu dan kata2 semangat.

terkadang, 
masa aku lemah, 
aku google je, 
untuk naikkan semangat. 
sangat membantu. 
cubalah. 




perjuangan penyusuan aku masih jauh. 
baru 1/4 jalan. 
semoga allah permudahkan perjuangan aku dan semua mak2
yang berpenat lelah untuk menyusukan anak. 

insyaallah semoga beroleh ganjaran pahala dari Allah. 

aku pernah gagal menyusukan anak pertama, 
kegagalan tu buat aku tekad,
ingin merasa manisnya kejayaan menyusui anak sendiri.
alhamdulillah aku diberi peluang merasai kejayaan ini.

untuk ibu2 yang belum berjaya, 
berusahalah sehabis tekad.
set dalam minda -  susu tepung hanya tepung. 
tegarkah kita nak suakan tepung pada anak kita. 
sedangkan kita boleh berikan sesuatu yang hebat untuk anak kita.
susu ibu adalah sesuatu  yang hidup, terkandung kasih sayang. 


untuk yang tak berjaya selepas berusaha, 
Allah adalah sebaik2 perancang. 
kita sudah berusaha berikan yang terbaik untuk anak2 kita. 
Allah maha mengetahui. 


"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, 
banyakkanlah susuku untuk bayiku,
permudahkanlah perjalanan untuk menyusukan anakku 
agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah, seberapa banyak susu yang akan aku perolehi hari ini, 
penuhilah ia dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu.
semoga dengan keberkatanMu, 
susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. 
amin...  "




#novyasephia

mak sayang dedua, tetiga ngan ayah.
xoxo