Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, August 11, 2014

perosak gambar - photoboom

assalamu'laikum w.b.t
rentetetan dari semangat hupdate cerita raya semalam,
hari ni bersambung lagi dengan gambar2 raya.
masih gambar yang lebih kurang sama ngan semalam punya.
tapi yang ni disaster sikit.
ada makhluk2 perosak dalam gambar.
jamang sekarang kalau pesen gambar2 yang dirosakkan ni
diistilahkan sebagai photoboom.

kalau dedulu, tak de nak kesah pun 
kalau tetiba muncul orang yang tak sepatutnya dalam gambar.
atau kalau yang mungkin kesah bila ada entiti dalam gambar.
yang tu memang jadi cerita la.

kalau korang pernah baca cerita2 yang macam :
budak lelaki ni amik gambar kat jeram, pastu lepas dia balik
dia pergi cuci gambar tu (zaman dulu kan amik gambar pakai kamera yang pakai kodak/filem, 
hantar ke kedai gambar untuk "dicuci")
tengok2 dalam salah satu gambar yang di amik tu ada gambar entiti.
lebih kurang macam rupa bentuk hantu... huuuu... serem.

entah betul itu hantu atau tak, wallahuallam.
cane dorang tau tu hantu, dorang pernah ke tengok hantu ?
wallahuallam.
ada yang berpendapat tu kesan dari proses mencuci filem masa nak dijadikan gambar.
entahlah.

tapi gambar2 aku ni alhamdulillah tiada kaitan dengan mana2 entiti.
mereka2 semua adalah manusia yang masih sihat walafiat dan bernyawa.

yang "memotoboomkan"(pemunah bahasa)
gambar ni adalah anak jiran kami.
dia duk intai nak masuk beraya, sambil dukung anak buah dia.
oleh kerana sinaran cahaya mentari yang menerangi,
dan kerana gerakan pantasnya, maka camera cabuk kami 
tak mampu menangkap elok zarah tubuh beliau. 

novya dengan pose mengantuk atau mungkin mata terkatuk.

tetiba tersadarku dari tidur. 
say hi!
mama ngan aunty kekal pose cun.

mak datins dengan pose cun ala2 model terlajak laris.
kenapakah aku tengok umi makin slim dari tengoh sekarang ni. 
oh ye, untuk makluman uollss ummi memang pengguna produk terlajak laris.
boleh la nanti nak minta testimoni, kita buat review.
novya sekodar menumpang di tepi bahu. 

yang ni model baju raya ke apa.
sebenarnya nak amik gambar adik aku je. 
eh, tetiba shuben aku pulek yang memang duduk kat situ, 
pose elok pulak.

yang ni memang ommei. 
yang pakcik kacak berbaju ijau tu, 
kenapakah ? begitu terkesima sekali setelah menyadari beliau telah 
tertangkap bersama2 dalam gambar ini.

siapakah si cantik bertudung fink itu ?
hiho...
yang belah kanan tu adik lelaki aku.
inilah gara2 nak amik gambar tapi tak reti duk diam.


pose hakak tu memang lejen sangat.
apakah motip akak memotoboom gambar kami ?

gambar kenangan masa gi bukit gambar waterpark dulu, tahun 2011.

ini sajo gambar yang nak dikongsi pada hari ini.
semoga ia dapat memberi sedikit senyuman pada korang yang sudi membaca.

#keepboycott
#fightforgaza
#justiceformh17

Sunday, August 10, 2014

bila raya kena ada bunga api

 sambungan cerita hari raya yang bahagia tadi,
ni cerita main bunga api dengan bahagia pulak.

tempek gambar je ye.
caption tak tau nak tulis apa.

gambar jelas menunjukkan novya dan bebudak tu seronok bahagia dapat main bunga api.

entiti...





picha yang hover happy.










main bunga api takleh duk diam2.
jadi gambar memang akan jadi blur dan bergerak2.
melainkan korang guna camera bijak pandai yang dapat capture 
gerakan pantas dan laju. 
ini pakai tepon cap ayam kampung je. 

hapuslah air matamu di hari raya

 Assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari ahad. 
hari ni terasa macam terlebih kenyang. 
setelah berjaya menelan nasik dagang, satay nasik impit dengan kuah sate, buah2an dll.
hari ni opis kita wat jamuan raya, tapi macam tak berapa nak raya pon.
sebab dalam menu takde pun biskut raya. 
bila tiada biskut raya, jadi manalah ada rayanya, kan?

acane perasaan korang lepas baca tajuk entry kali ni ?
syahdu penuh sendu tak ?

drama radio kisah raya novya muncul lagi tahun ni.

kalau korang masih ingat entry raya kami untuk tahun2 sebelum ni,
semuanya sendu penuh kesyahduan.
apa tidaknya, ketiga tahun berturut2 novya buat hal di pagi raya.

alhamdulillah tahun ni novya jadi budak sangatlah baik di pagi raya.
bangun pagi siap2 pakai baju raya. 
dah tade nangis2, meraung2 nak balik rumah, taknak naik beraya, nak tido ke apa ke.

yela, umur dah nak masuk 4, takkan nak wat perangai lagi.
cecukuplah dengan drama tangisan di pagi raya tu.

untuk memendekkan cerita dan menjimatkan sel2 otak dari perlu berpiki,
let's cekidaut gambar raya kami. 

bangun pagi, gosok gigi,
minum susu, pakai baju raya....

posing secara berjemaah sebelum 
menuju ke surau untuk solat sunat hari raya.
ok, novya pun ikut gi solat sesama jugak.
good girl.

huwaargghhh !!!
ok, terserlah kemengantukan tu.
tapi sebab hari tersebut jadi good girl, tak de meragam2.

wat lek, wat peace.

usai solat, berserabai molek. 

novya ikut je masa orang duk solat.
tertonggeng2, pastu time sujud, sujud kejap, pastu intai2, kot2 orang dah bangun.
sepupu dia yang cakap, sebab aku tergerak ke saf depan.
so novya stay saf belakang dengan geng bebudak sepupu sepipi dia.
nasib baik tak cari mak. 
kalau tak, pantang mak takde depan mata, "mana mak...?".
dah besar rupanya anak mak ni ye. 

wat lek wat peace lagi

dani umur 6 tahun, puteri 5 tahun, novya 4 tahun.
tapi aku tengok, sama kecik sama besar je dorang ni.


pose berjemaah selepas solat raya.
tapi macam makin kureng dari yang masa sebelum gi solat raya tadi.
sebab ada beberapa orang menyinggah rumah jejiran untuk beraya.

bahagio molek novya pun. 

dengan penuh kasih sayang mama ikat rambut novya.

ha, baru commmelll...
mama dan cucu2 dan anak buah kesayangannya. 




duhai bonda, 
duhai ayahanda.
ampunkanlah kesalahan ananda.

tahun ni takde gambar bertiga bersama novya.
kemain kerek taknak amik gambar ngan mak ayah.
maka mak ngan ayah je la posing. 
tapi ni je yang hadooo..
dorang ni saje je nak sabotaj.

selfie la sikit. 
hummmaakkk aiiihh...
macam bulat, macam cumel je kami. 
hikhik.

atok dan cucunda ommei2. 

mok ude dan mak noya.
photoboom kaki sape tu ?

kekonon nak wat love.
macam takjadi je. 


anok kesayangan ayoh. 

set2 tokey nih.

bersama big boss. 
set tokey kayo2.

aku bersama tengoh yang sokmo vogeh.

ok, memang tak pelik kalau tengok novya buli puteri.
walau novya nampak lemah lembut bicara, sopan santun geraknya.
kaki buli ni. 
tapi dia berani buli puteri je. 

tapi buli manjer je2. 
takde la sampai meraung2 budak tu. 

salah seorang pesakit mental yang semakin bertambah sekarang ni.



pose ala2 kumpulan nasyid, al jawaher.
ummi tido la pulok. diksa pun. 

ha, yang ni boleh buat cover album.

 novya bersama anak2 tengoh. 

budak ommei yang berjurus ni.
harap2 aku pun dapat baby berjurus cani jugak.
senang mak nak jaga.

headband ommei tu dari Comenya babyku.
nak copy link takleh pulok.
line FB slow lepas pukul 2.
kalau nak cari headband baby yang ommei2, 
sila la belek2 page dorang.
tokey page dia baik ati, mudah wat kira ye. 
hehe...

kalau ada depan mata, memang selalu kena cubit2 pipi tu.
yang budak kecik tu la, bukan yang tuo tu. 

ummi ngan ciksu aku tengok dah macam wanita umno. 

selfie sekeping.

anok beranok tengoh. 

kenapa ummi sokmo tertido time amik gambar ?

tahun ni takde gambar reramai.
mana yang nak masuk je ada.
yang taknak masuk, dikira tak payah.

sekian sajo gambar raya kami.
terima kasih novya sebab jadi budak baik.
novya memang budak baik sokmo.

#fightforgaza