Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, November 15, 2016

lookisslah catalogue


                                           
lukislah oi...

9 Easy-peasy steps:

1. Kindly request your kids to bring out the t-shirt and markers provided in the box.

2. Place cardboard / old newspaper inside the t-shirt.

3. Stretch and flatten it out. Hold it with cloth pegs.

4. Let the kids colour the picture on the shirt, using the shirt marker given.

5. Print out any picture related to the theme, and put it inside the shirt.

6. Let them trace it with the marker, and if they don't know how to draw or what to draw, show them!

7. If they would like to doodle something out of the box, go for it! After the doodling and your kids are satisfied, allow the ink to dry for a while.

8. Then, iron it so that the ink penetrates the fabric and thus last longer.

9. Let the kids wear it with pride! Kids not satisfied? Get the rest of the LOOKISSLAH collection!




buat secara berjemaah mesti serunak kan. 

ini koleksi untuk tema dinosaur.






















ada mak2 ayah2 yang mintak nak adakan size untuk dorang jugak. 
insyaalah di masa hadapan mana tau 
boleh buat complete kit untuk satu keluarga. 
mesti dabel bahagia kan. 

oh, 
1 kit tu mengandungi 1 tema yang sama dengan saiz yang sama. 
RM 159.00

namun !
demi mengambil kira keluh kesah 
pelanggan yang mempunyai anak2 yang berbeza umur, 
dan minat yang berbeza, 
jantina berbeza, 
maka nantikan,
year end bonanza !



kekal melekat like page aku ye. 
untuk update terbaru.

walau kekadang aku tak sempat nak hupdate.
tapi takpe, 
#siscuba dear =)

lookisslah ke loo-kiss-lah ? ke lu-kiss-lah ? lukislah !

Assalamulaikum wbt
yang manis dan tampan. 

hari ni aku nak cerita pasal satu barang baik.
it is very barang baik. 

jika korang ada sedia maklum, 
yang mana sudi memfollow insta aku lah khususnya, 
(ayat perahsan disitu - bajet ngat ada followers), 
aku ada post tentang #lukisannovya. 
yang aku sangat2 banggakan. 
hasil seni tangan novya. 
cik noya mak yang akan masuk tahun ke 6 besok. 

eh, 
dah 6 tahun ye. 
bunyi angka 6 tu macam dah banyak sangat. 
macam dah sesuatu yang besar. 
rasa baru je 2 3 hari lalu 
dia datang peluk mak dan cakap 
ayyyang mak...
eh,  untuk kali ke 2, 
rupanya itu kisah 4 tahun dulu. 

baiklah, 
berbalik kepada tujuan.
sebagai mak yang menyokong usaha anak2
melukis dan berkerja dengan pensil, pensil warna, pen
dengan kertas dan dinding, 
maka aku rasa produk ni sangatlah sesuai dengan jiwa aku. 

aku rasa boleh pergi. 
eh, kali ketiga.
yak boktam, tertubik ayat kelatam pulak. 

lookisslah ni apa benda sebenarnya ?

ia adalah 1 kit yang akan membahagiakan kanak2. 

1 kit yang mengandungi:
3 helai high-grade cotton tshirt 
3 batang fade-proof fabric marker 

untuk buat apa ?
untuk bagi kepada anak2 
supaya mereka conteng, lukis, warnakan, 
baju2 tersebut dengan marker pen tersebut. 
dan sarungkan, 
pakai dengan bangganya.

haaa !
kalau cenggini lah barangnya, 
aku yang kanak2 remaja ni pun berasa teruja sangat. 
bangga weh dapat pakai baju lukisan air tangan sendiri. 


 inilah rupanya. 



boleh bubuh otograp kat baju. 
bangga keh.


LOOKISSLAH is a high-quality product because:
.
LOOKISSLAH shirts menggunakan high-grade cotton (COTTON PREMIUM):

👕 100% Cotton Fabric
👕 Friendly to Kids’ skin
👕 Sejuk dan menyerap peluh
👕 Tidak gatal pada kulit
👕 Tidak berkedut
👕 Tidak mengendur atau mengecut setelah dibasuh berulangkali
.
LOOKISSLAH markers pula menggunakan marker yang direka khas untuk doodle diatas tshirt:

👕 Water-proof dan Fade-proof (warna tidak pudar setelah dibasuh berkali-kali)
 👕 Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh, suhu sehingga 60’C.
👕 Dakwat marker adalah pigment-ink, mudah menembusi fabric dan kekal padanya.
. 👕 Marker tahan lama dan boleh digunakan berulangkali.
👕 Marker adalah water-based, lead-free & xylene-free. 
Tidak merbahaya kepada kesihatan anak-anak, dan mesra alam sekitar!


ada 4 pilihan tema :
motocycles
dinosaurs
flowers
cupcakes

apa rasionalnya lookisslah ni wujud di pasaran ?

💞 Ia direka khas untuk meransang imagination skills anak-anak

 💞 Dapat membantu menajamkan fine motor skills, hand-eye coordination dan kawalan otot serta anggota anak-anak

 💞 Meningkatkan kemahiran kognitif dan daya berfikir anak-anak

 💞 Membantu meningkatkan keyakinan diri dan intra-personal intelligence anak-anak, apabila mereka bebas berkarya dan memakai karya mereka sendiri

. 💞 Membantu minda anak untuk lebih fokus dan memanjangkan focus span mereka ketika beraktiviti

. 💞 Membantu anak-anak mengenali potensi diri, menzahirkan setiap imaginasi yang bermain di minda mereka, dan mengekspresi emosi ke dalam bentuk lukisan dan warna.
.
Haa.. power rangers tak?

mana nak beli lookisslah yang power rangers sangat ni ?
haih, 
sudah terang lagikan nak suluh. 

beli dengan aku. 
hihiii...

ejen sah dibumi kelantan.
tapi pelanggan dari mana2 bumi pun aku terima.
dari planet namek pun aku terima.

sesudilah like fb page aku ye
rempah asli kelantan kaksu. 
eh, nama page macam tade kaitan.
hikhok. 

yelah kaksu korang ni kalau boleh semua benda yang 
berpekdah nak jual.
selain jual rempah yang ummpphh waalllah, 
aku jugak jual baju menyusu - dah nama pejuang susu ibu kan. 
sekarang jual baju conteng2 pulak. 

dan jika sudi follow le insta shop aku
rempah kaksu.
pun macam tak sesuwei kan...
hihi...

tengah memikir nak rebranding ni.

baiklah, 
itu jelah nak bebel nak share untuk hari ni. 

lookisslah;
stimulating childrens imaginations beyond limitations
=)


Thursday, November 3, 2016

kebergantungan kepada Al Baaqii

assalamualaikum wbt.
salam penuh kasih sayang. 
untuk sesiapa yang membaca.
semoga rahmat dan kasih allah sentiasa bersama kita. 

kasih allah terlalu banyak pada kita, hambaNya. 
terlalu. 

kita sebagai manusia yang mempunyai hati,
ingin dikasihi dan disayangi. 

dan yang kita cari adalah kasih sayang dari kalangan kita sendiri - manusia. 

walau kita tahu, 
manusia sama saja seperti kita. 
tidak kekal lama. 
apa saja yang ada pada manusia takkan kekal lama.
takkan sesekali. 

orang tua yang kita sayangi akan pergi selamanya. 
entah mereka, atau kita dulu yang akan pergi. 

anak2 yang kita kasihi akan tinggalkan kita, 
bila masanya tiba. 

suami/isteri yang saling mencintai, 
juga akan pergi.
berpisah hidup, berpisah mati. 

kawan2, saudara2 kita, 
yang saling sayang menyayangi, 
suatu hari akan pergi, 
takkan selamanya ada bersama kita. 

kita tahu pada satu masa, akhirnya 
yang ada hanya aku, diri aku. 

tapi kenapa kita masih mendambakan sesuatu dari yang bernama manusia ?

kasih sayang manusia takkan kekal lama. 
kita tahu, 
hati manusia berbolak balik, 
berbelah bagi.
mungkin juga boleh berpaling tadah. 

kita juga tahu, 
- tapi mungkin kadang kita terleka atau terlupa, 
yang kekal pastinya Allah. 
Allah itu sendiri bersifat kekal - baqa'.

dan kita juga tahu, 
kasih sayang Allah terlalu banyak. 
ya rahman, ya rahim.
maha pengasih, maha penyayang. 

berapa banyak nikmat yang Allah selalu berikan pada kita dengan penuh kasih sayang ?
terlalu banyak. 
dan kita, terlupa untuk bergantung harap padaNya. 

sedangkan Dia yang menakluki segala2nya. 

bergantunglah sepenuhnya pada Allah.
bermohon meminta dan berdoa padaNya. 

isikan ruang kosong dalam hati kita hanya untukNya. 
kerana ruangan kosong itu dicipta sememangnya untuk kita isi 
dengan iman dan ketakwaan
kepadaNya. 

catatan ini untuk aku sendiri. 
#siscuba