Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, July 31, 2012

resepi ayam goreng buttermilk

Ini adalah resepi asli dari cik anna olson.

kalau taleh bukak, 
ni aku siap2 copy paste untuk korang.

happy cooking !


Crispy on the outside and and juicy on the inside buttermilk fried chicken! A perennial favourite!

Ingredients

For the Marinade

  • cups buttermilk
  • tbsp Dijon mustard (umah aku tade benda alah ni)
  • 1-1/2 tbsp fine salt
  • teaspoons ground black pepper
  • 1/2 teaspoon cayenne pepper (umah aku tade benda alah ni)
  • 3-1/2 lb (1.75 kg) fryer chickens, cut into equal pieces

For Frying

  • cups all purpose flour
  • tablespoon baking powder
  • tablespoon coarse salt
  • teaspoon ground black pepper
  • cups peanut or canola oil for frying



Directions

For the Marinade

  1. For marinade, whisk buttermilk, mustard, salt and peppers. Pour over cut-up chicken, cover and refrigerate for at least 6 hours and up to a day, stirring occasionally.

For Frying

  1. For frying, whisk flour with baking powder, salt and pepper in a large flat dish. Lift chicken pieces out of marinade and, without shaking off excess liquid, coat with flour. Let chicken sit in flour, turning occasionally, while heating oil.
  2. Pour oil into a large, heavy-bottomed pot or pan, so that oil only comes halfway up the pot. Heat oil over medium-high heat until it reaches 350 F (180 C) (a fryer thermometer is a great tool here). Add 4 pieces of chicken to the pot and reduce heat to medium-low. Fry chicken for 5 minutes, adjusting the heat so it hovers between 280 F (145 C) and 300 F (150 C) (oil should be constantly bubbling) then turn over. Fry 7 minutes more then turn chicken again, frying about another 3 minutes. Transfer chicken to a paper towel-lined baking sheet to drain (and check for doneness by opening chicken or using a probe thermometer to read 175 F).
  3. Return oil heat to 350? F (180 C) and repeat process with remaining chicken. Cooked chicken can be transferred to an unlined baking sheet and kept warm in a 250 F (120 C) oven. Serve warm or chill overnight and serve on a picnic!

Monday, July 30, 2012

Ayam goreng buttermilk


Ce teka...
Jadi ke tak ayam goreng buttermilk aku ?
Seperti yang aku cite kat sini ?



Jejeng.... Jeng.... Jeng... Jejeng....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeng jeng jeng...





Jadi....
Hehe...
Sedap lagi.

Isi ayam masak dengan cantek.
Rangup diluar dan lembut isi di dalam.
Rasa macam letak kelapa dalam ayam goreng ni.
Lemak2 gitu.



Kalau isi ayam dipotong dadu,
boleh jadi pop-chicken.
Lagi sedap kot.


* kau tau cikjah, memang ada iras2 rasa kfc.


buttermilk ?

apa benda buttermilk nih?

ari jumaat lepas, nonton AFC.
bulan2 pose ni nonton AFC.
saje je nak menguji tahap keteliuran.
dapat tengok makanan  pon dah rasa kenyang.
haha...

tengok cik anna olson masak.
dapurnya yang chantek,
barang2 dapurnya yang berkilat,
sume bahan ada dalam rumah dia.
dah macam kedai runcit.
aku pun nak macam tu.

dia masak simple je.
yang memikat selera aku
ayam goreng dan puding roti.

ayam goreng memang penah goreng la kan.
tapi yang dia buat ni spesel sikit.
ayam gorang buttermilk, macam ayam goreng keepci.

puding roti pon pernah buat.
tapi dia buat puding roti mentega kacang dan jem.
nampak sedap.

aku dengan gatal rajinnya teringin la nak makan ayam goreng buttermilk yang macam dia buat tu.
entah rasa apa entah buttermilk aku pon tatau.
aku hagak rasanya masam.
walaupun aku tengok tekstur macam susu je.

esok harinya, dengan gagah aku mintak bantuan penyelamat :
 MR. muscle !!!. hoohoo (gelak macam papazola).
google la.

makanya..
buttermilk nih boleh buat sendiri di rumah ye.
hooohoo... dalam peti ada lagi saki baki susu kotak.
so apa kata aku coba buat. kan?

tapi...
macam kompius jap.
ada yang kata pakai fresh milk, ada kata pakai full cream milk pon boleh,
yang pakai heavy cream pon ada.
aku keliru... makin keliru... aku makin keliru... (nurul & ajai).

aku menepikan rasa ragu2 dan terus mencoba.
jangan takut mencuba.
betol la orang2 tua/orang tua2 cakap,
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

menuju ke peti dan....
   gini caranya aku buat buttermilk. cik jah boleh la try buat sendiri kat rumah ye.
1 cawan susu (suhu bilik,  tapi aku terlepas baca yang ni, jadinya suhu peti sojuk la susu aku tu).
1 sudu besar jus lemon atau cuka (aku gunakan cuka je. kalau umah cikjah ada beribu2 lemon boleh la pakai lemon. lebih semulajadi gitu...)

kacau dan biarkan selama 15 minit.
dah boleh digunakan.

dan aku dengan rajinnya dan beraninya (konon. kalau tak jadi malusnya)

memerap beberapa potongan ayam dengan
  2 ulas bawang puteh
 1 cm halia,
 1 sk serbuk kari ayam/daging
 1sk garam (tapi aku rasa macam tak perlu kot...)
 secubit serbuk kunyit
sedikit lada hitam
sedikit ketumbar

tumbuk manje dan gaul bersama ayam.
curahkan buttermilk tadi dengan penuh kasih sayang.
perap selama 6 jam.
6 jam cikjah...

tapi ayam aku tu dah lebih dari 6 jam terperap dalam peti tu.
macamana kaedahnya tu?
nampak gaya petang nanti kena goreng ayam tu la buat berbuka.
isunya... jadi ke tak ayam goreng buttermilk aku tu nanti,
kalau tak jadi, kena ada lauk backup la. kaedahnya...

masa nak goreng tu, cikjah kena gaulkan
2 cawan tepung gandum (bergantung kepada kuantiti ayam)
1sb serbuk penaik - tips untuk merangupkan gorengan.
1sb serbuk kari

kalau ada rempah ratus yang beratus2 boleh cikjah tambah.
kalau keepci ada 11 rempah ratus rahsia, cikjah lawan dia.
buh 31 rempah ratus rahsia.
Silap2 nanti cikjah bolhe kayo dan glemeres macam pak cik keepci tu.

gaul mesra, panaskan minyak.
pastikan minyak betul2 panas.
celupkan ayam dalam tepung tadi
dan goreng. deep frying ye.
so digalakkan guna periuk.

goreng sampai kekuningan.
(macam la tak biasa gorang ayam).

tips untuk lebih sedap dan rangup :
sebelum cikjah masukkan ayam yang telah bersalut tepung tu ke dalam minyak,
amatlah bagus jika cikjah biarkan ayam tu sekejap dalam pinggan/bekas kering
bagi memberi ruang kepada ayam dan tepung tu untuk mengering sedikit.

waahh... macam dah pandai.
siap bagi tips lagi kat cikjah.

harap2 akan menjadi la ayam buttermilk aku dalam peti tuh.

Ganbar kejadian :



Sunday, July 29, 2012

biskut raya impian di hari raya

waaahhh....
tajuk dah macam nak raya besok kan?
melampau kot. puasa baru 9 hari, 
dah sibuk piki pasal biskut raya.

ala, orang lain tu,
belum tau bila puasa dah mula cari baju raya.
tapi tu tak dikira melampau.
bukannya tak sabar nak raya.
bimbang tukang jait tanak amik tempahan.
 - alassan !

kembali kepada topik kita.
dah macam rancangan meja bulat pulok.

saje je gatal nak kongsi biskut impian hatiku di pagi syawal.
biskut ni kalau tak raya pon boleh makan.
kalau kau rajin buat, kau boleh makan.
kalau kau malas buat, kau tunggu la raya, 
ada tuan umah hidang biskut tu, makanlah kau.

tahun ni aku tak pasti lagi samada berbancuh sendiri 
atau bertunjuk2 di kedai saja.
bergantung kepada suasana dan keadaan.
cabaran aku sekarang, si anak dara aku tu.
pantang bunyi sikit, mula la nangis.

bunyi blender, mixer dan vacuum memang dia pantang.
aku pun tak paham.
lemah semangat ke apa.
bunyi guruh petir takyah cakap la.

nampak gaya, buat biskut yang tak pakai mesin la. 
kita pakai tangan je.

orait... ni biskut impian di pagi syawal aku.



tade la banyak pon.  
ini je...

tart nenas harus ada.
paling aku suka tart nenas sulong (my eldest sister).
gebus dan bersembur dalam mulut.
aku pernah buat raya tahun lepas. 
tahun ni tak buat lagi.
harap2 menjadi lagi.
resepi sila amik kat sini : 


filling tu korang buat la jem nenas sendiri

almond london, bukanlah pebret sangat. 
pebret suami.
aku suka sebab ada kacang dan coklat tu.
tapi biskut ni aku tak pernah buat sendiri.
tempah dengan member opis.
sudah 3 tahun berutut2 buat tempahan dengan akak ni.
tahun ni beliau pregnant, tapi masih semangat wat biskut raya.
moga2 babynya rajin macam maknya =)

semperit a.k.a biskut dahlia.
harap2 ada macik2 yang hidang biskut ni.
lagi best kalau home made.
pure rasa butter.
sedapppnyaaa.....

biskut arab, gebu di tangan, cair dimulut.
buat sendiri aje.
malah tidak melibatkan apa2 mesin.
novya pon takkan susah hati.
tatau la kalau nanti dia sibuk nak tolong mak jugak.
tolong la sangat kannn..


cornflakes madu,
juga harus aku makan.
sendiri buat sendiri makan juga.

biskut yang mudah2 ni boleh la aku buat.
kalau bahan dah 5 6 jenis agak malas sebenarnya.
leceh.
aku suka yang simple mimple, no pimple.
heehee...

* balik keje nanti singgah kedai beli kulit popia nak buat 
popia simpul kashih shayam =)





Saturday, July 28, 2012

Friday, July 27, 2012

Jika nak pandai kena la belajar

Pesanan tidak bertaja untuk hari jumaat yang mulia ini.
Selamat berpuasa 7 ramadhan1433H.

* Entry hari ni agak singkat.
Sebab ada budak kecik yang jeles bila tengok mak sibuk pegang telepon.



Or

Thursday, July 26, 2012

Jom Shopping di Zalora

sedap je sebut perkataan Zalora. 
kalau nak buh kat nama anak pompuan hagak2 boleh tak?
tapi kena kaji selidik dulu maknanya tu.

dah 2 kali aku soping kat Zalora.
kali pertama soping baju novya.
3 helai sekali rembat. 


sign up emel korang, then diorang akan hantar voucher bernilai RM 20.00.

sebenarnya aku tergoda dan terpedaya dengan tawaran voucher tu.
kena beli belah dengan harga RM 80 ke atas baru boleh guna voucher tu.
tapi boleh campur2 la. 
macam beli biskut raya pulak. 
"3 10, boleh campur2 !"

banyak pilihansssss.
yang best kasut2 yang cantik2.
minah2 stiletto memang akan rambang mata la.
hajat aku memang nak beli kasut la kan, 
tapi akibat kerambangan mata yang serius,
aku tukar hajat dihati ku itu kepada
membeli baju untuk novya terchenta.

untuk kali yang kedua ni,
dorang bagi voucher pulak lagi sekali.
baik ati nya dorang nak habiskan duit aku.
huuhu...


surprise la sangat kan?
bukak2 emel ada orang bagi voucher free.
dah dasar pembeli belah tegar, 
pantang tengok promosi murah2/murahan,
mesti terguda.

kali ni aku beli baju untuk novya.
novya lagi....
tape la. 
segala2nya untuk novya.

shipping percuma,
harga dah termasuk tax.
shipping dalam 1-2 minggu.
tapi hari tu aku dapat dalam 5 hari kot....

selamat bersoping di Zalora !

* memula aku kenal Zalora masa baca entry si Hanis Zalikha


khasiat sayuran jenis buah

kenapa korang tak suka makan sayur ?
makanlah sayur.
sayur tu bagus tau...
lagi pahit lagi bagus.
yang pahit itu penawar, yang manis itu racun.

aku sendiri pon... tak suka makan sayur.
heeehee...
tambah2 kalau sayur yang pahit.
tapi ulam pegaga aku makan tau.
cicoh nga budu.
perghh... nyakuk molek.
nasik tamboh 3 pingge tok sero. 

idop pade make hok ni jah. nikmat tak terkata. alhamdulillah...
sabarlah hati, ambo poso ni. 

meh kita amik tau sikit sebanyak khasiat sayur.
kali ni kita amik tau khasiat sayuran jenis buah.
kebanyakan dari sayuran dari jenis ni aku boleh telan.
sebab tak berapa pahit.
malah boleh dimakan mentah2.

cekidaut...


TOMATO


warna merah pada tomato disebabkan oelh likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semulajadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan badan.
- boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. 
- kandungan airnya yang tinggi lebih dari 90% menjadikannya sebagai diuretic yang baik untuk mengalirkan toksin keluar dari badan ketika berdiet.

TIMUN


- mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat.
- juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
- biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti yang berkesan untuk merawat kanak2 kecacingan.
- biji timun juga dapat merawat sakit tekak akibat batuk (campurkan sedikit biji tumun dengan sedikit garam dan berkumurlah beberapa kali sehari).

PERIA

yang ni aku surrender. taleh nak makan. paaiiitt !!!
sayur yang sangat pahit, tetapi berkhasiat sebagai penawar.
- mengandungi vitamin A, thiamine, riboflavin, vitamin C dan mineral seperti besi.
- mengandungi beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin serta beberapa alkaloid.
- sering digunakan untuk mengubat penyakit kencing manis.
- kajian saintifik ke atas kulit peria mendapati warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai nasunin yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik.

LOBAK MERAH


- mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita.
- mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi.
- mengandugi sebahagian serat dan karbohidrat juga sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine (banyak gilewww khasiatnya).

CILI 

cili padi a.k.a lada burung, kenyek dalam budu sedap molleekk !!!

lagi kecil cili itu lagi pedas rasanya.
- kepedasannya bergantung kepada kandungan capsaisin/capsaicivoids di dalamnya.
- lima komponen capsaicin di dalam cili iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin.  susahnya nak eja...
- komponen2 inilah yang membantu melancarkan sistem peredaran darah di bahagian tangan, kaki dan jantung manusia.
- rasa pedasnya meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme untuk melandarkan peredaran darah.

UBI KENTANG


- kaya dengan kandungan potassium, vitamin C, karbohidrat kompleks, fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar)  dan pengawalan tekanan darah.
- mengandungi potassium yang jumlahnya 2 kali ganda dari buah pisang.
- juga mengandungi protein, zat besi, vitamin B1, B2 dan B3.
- jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%.
- sangat sesuai untuk mereka yang mengalami kekurangan gula dalam darah yang menghidap darah tinggi.
- semasa pembentukan zat besi dalam darah, ubi kentang adalah merupakan sumber yang terbaik. 
- menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin dan kalsium yang tinggi.

sumber maklumat: rapi 15 Julai 2012
sumber foto : google 






Wednesday, July 25, 2012

penyelamat aku

dia adalah penyelamat aku.
apa sahaja yang aku minta,
pasti akan tertunai atau dipenuhi.
99.9% (macam iklan sabun mandi) jawapan yang diberikan 
pasti memuaskan hati aku.

maruko's happy face .
*novya minat gileww kat budak nih (tiba-tiba).

dialah insan (insan ke?) yang banyak berjasa.

tanyalah apa sahaja pada dia.
hal rumah tangga, hal anak pinak, hal ilmu pengetahuan,
dan lain-lain hal.
pasti dia akan bantu memberi jalan penyelesaian.

terutamanya dalam karier (berkalibernya perkataan ni) aku.
bila bosses mintak maklumat tertentu (boss tau mintak, aku pulak menggelabah),
aku akan rujuk kepada dia.
jari-jemari ku yang 3/4 runcing ni pasti akan menujah ke arah papan kekunci 
dan meminta bantuan dia.
biasanya dia akan bagi jawapan yang memuaskan. 
dia sangat menyelamatkan aku.

time kaseh banyak2 kerana sudi bantu aku,
sememangnya dikala aku susah.
time senang2 aku suka jugak mintak bantuan dia.
cari2 resepi, tips2, ilmuwan berguna. 
semuanya ada. 
tingggal aku je nak pilih mana satu yang boleh pakai.

terima kaseh

=)

kenapa la tiba2 aku baik ati nak puji google ari ni ?

selepas kejadian2 menggelabah atau menggeletar atau meroyan 
untuk tahu sesuatu dalam kadar segera.
kot...

happy googling !


Monday, July 23, 2012

wajah suci yang mencuri hati suchi

wajah sape lagi kalo bukan budak yang bernama  
Novya Delisha Munawwarah binti Hishamudin.
Mak makin rindu kat kamu bila mak terpaksa tinggalkan kamu untuk pergi keje.
asik teringat je keletah kamu.
sekarang dah pandai macam2...

face reactions yang tak tersangka kamu boleh buat.
muka2 nakal, kelip2 mata, jelingan tajam, muka konon2 cover nak gelak, 
mulut kejap muncung kejap senyum, buat muka selebet bila mak panggil 'baby.."
tak sanggup nak bayangkan.
makin rindu ah ding dong !!!

vocabulary pun dah semakin meningkat.

pronunciation dah semakin jelas.

bila mak sebut sesuatu pekataan tu, dah boleh sebut dengan jelas.
seperti ;
strawberry = toh-he-yie
coconut = coconut (sangat jelas)
tangga = kako (pelik bunyinye)

setiap suku kata akan cuba disebut.
bila panggil kakak dah tak sebut tatak... 
sekarang dah boleh sebut dengan sangat jelas kakak.  
k yang keluar dari tekak, bukan dari lidah.


dah boleh membina ayat. 
seperti ;
   nak thuthu (susu)
   ayah, tengok 
   ayyang mak (dengan suara manja taleh blah)
walaupun struktur ayat kadang2 berterabur.
seperti ;
   air nak
   aipek nak

novya oh novya....

versi berwajah girang dan galops

versi berwajah sopan

   * kau kunci hatiku... didalam hati mu =)
(sambil hati didada menyala2, macam otomen daa..)
 

Sunday, July 22, 2012

berita gembira untuk kita

berita gembira lagi ? 
hari tu kan dah berita gembira.
berapa kali nak gembira ?



al kesahnya semalam berSMS dengan member lama.
beshpren masa sekolah. 
dah lama sangat tak jumpa. 
keep in touching pon tak.
walhal masing2 ada nombor tepon masing2. (banyak masing2).

macamana boleh tiba2 TERcontact beliau?
semuanya hasil kerja tangan novya, yang memandai unlock telefon mak,
dan mendial nombor tepon sesape yang dia sendiri pon tatau.

dalam berborak2, bertanya khbar, tertanya la soalan cepu mas- 
dah ada ke belum?
biasa la kan, bila dah kawen mesti soalan tu yang akan diterima.

aku pon penah mengalaminya dulu.
bohsan dan penat nak menjawab.
yang tak besh bila dorang respon dengan jawapan yang sangat menyakitkan hati.
contohnya "tak subur ke? saya dulu lepas kawen terus melekat. biasa la, baka subur".
ada jugak yang macam ni "tak reti buat ke? hiihii ".
dan beberapa contoh lain yang memang tak sedap didengar.

lama kelamaan aku terima ngan hati terbuka.
lantak korang la nak cakap apa, dah Allah taknak bagi nak wat cane.
umi selalu cakap, kalau allah memang tanak bagi, buat la macamana pon tetap tak dapat.
kalau Dia nak bagi, makan nenas air tebu pon tetap akan melekat jugak.
sume tu keje Dia. yang penting kita dah usaha.

dan sekarang bila member2 yang alami perkara yang sama macam pernah aku alami,
aku bagi jawapan yang membina.
yang penting kita jangan stress, teruskan hidup dengan gumbira.
kalau makin kita piki, makin kita tertekan, makin susah nak melekat.
abaikan kata2 nista manusia2 yang tak berjiwa halus tu.
dorang cakap sedap, ce dorang yang rasa, baru dorang tahu.

aku dikira ok la jugak. lebih kurang 2 tahun je kot menanti.
mungkin sebab kami duk berjauhan kot. 
jumpa pun hari minggu je.
suami dengan rela hati bertandang tiap2 minggu dari kelantan ke putrajaya.

dalam tempoh tu, entah berapa hinggit duit berhabis untuk beli Urine Pregnancy Test (UPT).
dan semuanya kuar 1 garis je... 
pantang lewat sikit terus beli UPT kat farmasi.
sebab kita mengharap sangat kot. 
sampaikan ternanti2 next period. 
alhamdulillah 3 bulan lepas aku dapat pindah balik kelantan,
terima berita gembira.
masa tu sangatlah suka ko !

"untuk yang kesekian kalinya,
janji ngan suami nak test awal pagi la.
tapi aku terlupa looo...
sedikit keciwa suamiku. beliau siap tunggu aku depan pintu tandas. 
huuhuu...
muka agak masham pagi tu. hehehe... merajuk la konon.
oleh kerana tamau keciwakan beliau,
aku test kat opis.
sampai je opis masuk toilet, terus test.
Makanya !!! terasa nak meloncat2 dalam toilet.
huii..huii...
gumbira tak terkata. 
keluar 2 line ko...
pagi tu, 1 opis heboh dengan berita kegembiraan aku.
sukanya tak terkata.
alangkah indahnya kalau masa mula2 dapat tau aku pregnant tu,
suami ada bersama. kan?
silap2 aku ditimang2. hehee... 

aku sangat suka mengulang ingat kenangan bahagia tu.
tersenyum sokmo bila ingat2 balik.
UPT yang positif tu masih aku simpan lagi =)"

aku 2 tahun je.
ada member opis aku, 6 tahun ko.
lama tu... selama 6 tahun tu macamana la dia nak menepis mulot2 celopar kan?

sebenarnya ada hikmah dan sebab allah tak bagi lagi rezeki anak tu. 
yang kita mungkin tak nampak.
allah kan maha mengetahui.

macam member opis aku tu (yang di atas), dia dah habis sambung belajar.
ni tahun akhir dan tahun ni pregnant.
maha kuasa allah kan?
konvo nanti boleh bawak baby sekali.
seronok kan?

janganlah berhenti berusaha, berdoa.
selebihnya serahkan kepada yang Maha Mengetahui.

Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, 
tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." 
(Surah Al-An'am : 59)

dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Khatir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdullah, 
daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, 
"Sesunggunya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, 
tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah swt."

Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud,

"Sesunggunya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.  
Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenarnya-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu mengandung).  
Dan tiada seorang pun yang betul2 mengetahui apa yang akan diusahakannya esok 
(sama ada baik atau jahat); 
dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati,  
sesungguhnya Allah amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Pengetahuannya. " 
(Surah Luqman : 34).



perot tecik. walaupun masa ni dah pregnant 7 bulan.
novya, tengok tu. kamu dalam perot mak.




Friday, July 20, 2012

niat puasa di bulan ramadhan

dah hampir sangat menjengah bulan ramadhan.
dah stahun tak jumpa kan?
meh refresh niat pose ;-)


doa untuk berbuka pulak...

Wednesday, July 18, 2012

berita gembira untuk kita

akhir2nya ni tak putus2 aku dapat berita kegembiraan. 
berita kawan2 mengandung. 
ada yang anak sulong yang dah bertahun2 berusaha akhirnya Allah bagi juga (yang ni memang happy sangat2 la kan. aku sendiri pon jadi semacam bila dapat tau berita ni, ase kembang kempis dadaku, sebaknya didada.),
anak sulong yang menanti hanya selama 2 3 bulan.  bunting pelamin orang kata, kan?
 anak kedua selepas anak sulong dah berumor 1 atau 2 tahun, yang memang dah sesuai untuk tambah anak lagi, 
anak kedua selepas yang kedua sebelum ni gugur, 
anak ke5 yang tiba2 terjadi dan tak disangka2 akan ada lagi (yang ni memang agak mengejutkan la dan pastinya menggembirakan jugak). 

kat opis aku ni belum putus2 lagi orang mengandung. 
bersambung2 je staff pompuan cuti bersalin. 
apa nak heran, dah bapaknya ada, mestilah jadi anaknya. kan? heee...

macam2 kesah orang mengandung ni. 
soalan paling top yang akan ditanya bila kita tau orang tu mengandung adalah :  

ada alahan ke tak ?

sampai muntah hijau ko !

kebiasaannya ibu2 mengandung akan merasa perbezaan pada hormon dia. 
rasa macam nak demam, penat.
pagi2 akan rasa loya, dan mengantuk. 

alhamdulillah masa aku pregnant dulu tade la alahan sangat pon. 
muntah memang tade langsung.
cuma ada sekali laki aku muntah dan demam kure2.
yang aku perasan, di awal kemengandungan tu, aku tak lalu makan pagi.
tanak makan kat kedai, rasa macam kotor je sume kedai tu.
pastu bangun pagi nak gi keje terasa sangatlah malas. mengantuk yang amat.
time driving lagi mencabar, entah macam mana perasaan mengantuk tu melampau2.
sampaikan aku rasa macam nak pejam je mata sambil kete bergerak.
nasibku agak tak bertuah. 
suamiku kerja hala ke hulu, aku ke hilir.
so tak dapat la mintak laki aku hantar gi keje. 
aku pon tanak menyusahkan beliau.
maka ku gagahkan hatiku memandu dalam keadaan mengantuk.
bahaya woo!! 
pernah aku hampir terbabas.
entah macamana boleh terlelap, sekejap je.
bila aku bukak mata, kete dah menuju ke bahu jalan. nasib baik tade kete dan jalan lengang.
nasib baik jugak aku tangkas dan pantas. ceewwaaahhh !

untuk makluman ye, masa mengandung, perasaan wanita tersebut akan menjadi lebih sensitip.
kepada sume suami2, sila fahami situasi ini.
bukan bini anda nak mengahda-ngahda, tapi memang gitu lumrahnya.
jangan sampai isteri tuan2 rasa berbekas di hati dengan tindakan tuan2.  
ia melibatkan perkembangan otak anak anda.

sebenarnya pemikiran ibu masa mengandung sangat berkait dengan otak bayi dalam kandungan.
aku pernah terbaca satu info. untuk membantu otak bayi dalam perut berkembang dengan baik, antara yang boleh dilakukan adalah buat latihan matematik. 
otak mak yang berfikir sesuatu yang baik amat memberi kesan yang baik kepada bayi dalam perut. 

hah, boleh ko setelkan??? 
tapi masa aku pregnant tade pulak aku buat latihan math.  
main word search ada la.  tengok transformers, tengok jamie oliver (buat aku terliur). 
laki aku yang rajin wat latihan.
sebab beliau tengah study masa tu.
harap2 berjangkit jugak la kepintaran tu kepada novya. hee...

sebenarnya banyak amalan2 yang boleh dilakukan semasa pregnant bagi membantu membentuk janin yang baik.
korang google je. 
haaaahaa!!!

pengalaman mengandung aku tade la teruk sangat. 
tade alahan dan berat badan naik dengan ok je.
cuma kandungan gula dalam darah je naik.
2 kali dipaksa minum air glukos yang agak meloyakan tu.
untuk kali ke2, aku buang air tu dalam sinki, minum sikit je. 
jahat tak ? heee...

rindu sangat nak merasa mengandung lagi. 
insyaallah akan ada rezeki untuk aku nanti.
amin...


* novya dah bersedia ke nak jadi kak long ???







Tuesday, July 17, 2012

erti kata ramadhan


seperti kebiasaannya, pada hujung minggu aku akan pulang ke teratak ayahanda.  
salah satu sebab aku beria2 nak keje di kelate, supaya mudah nak  menjenguk umi papa, menanyakan kabar adinda2, dan aku sangatlah bahagia bila berada di kampung =)
selain dari kerana sebab utamanya = dapat duk serumah ngan suami terchinta. ngehh...ngeh...

walaupun tiap2 minggu aku balik, 
umi sokmo akan tanya nak makan apa, atau dia sendiri yang akan masak spesel2 punya.
itulah mak. kan? 
seronok dapat kumpul sama2 pastu makan2, cerita2, gossip2. 

sebenarnya dalam entry ni aku cuma nak kongsikan maksud perkataan RAMADHAN
tercetusnya isu ni bila adik aku sibuk2 duk tanya ayahanda maksud nama dia.
aku pulak tak bertanya pon maksud nama aku sebab yang aku tau nama aku ramadani 
sebab aku lahir bulan ramadhan. memang betol pon...
ayah aku cakap perkataan ramadhan tu ada maksudnya jugak.
maksud ramadhan ni panas.
panas, yang membakar nafsu dan dosa2.
dalam hati aku... "ouh... "
tak sangka pulak itu maksud nama aku.
selama ni tak terpiki pon nak cari maksud perkataan ramadhan.
tapi kenapa maksud ramadhan tu panas ye. 
kenapa tak bermaksud baik ke, sabar ke. sebab kan bila orang berpuasa kena banyak bersabar dan berbuat baik.

MAKANYA !!...
aku menggoogle dan mencari fakta maksud perkataan ramadhan.
inilah hasilnya.... (Asik2 publish entry hasil carian google je =P )

Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra'-mim-dha' bermaksud :
"ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya".
Ramadh bermakna kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari. 

Al Raghib menyebut : "Ramadhan dari perkataan ramadh iaitu teruknya kesan panas matahari".
kata Assamin Al Halabiy tentang sebab  dinamakan ramdhan : 
kerana kebetulan pada masa puasa mula difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. 

Ada pula berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.

Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa' menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan : 
"dikatakan ramadhan kerana ianya membakar dosa2 dan menyahkannya".

ada kaitan ke dengan sikap aku yang cepat panas? 
tapi walaupun cepat panas, tapi cepat pulak sejuknya.
panas2 kuku je... huiii...hui...

kita pon dah hampir nak menjengah ke bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni.
so aku mintak ampun dan maap kepada anda2 yang sudi membelek blog aku ni.
kot ada salah silap dari kata2/ayat2 aku samada secara live atau siaran tertunda. 
jugak dari gerak geri aku. kot2 ada yang tercubit tercuit mana2. 

semoga ramadhan akan memberi 1001 satu kekuatan untuk kita
menempuh kehidupan di bumi Allah ini. 
amin....

* kenapa taleh tempek gambar ?





Sunday, July 15, 2012

Tutorial : cara pasang iklan nuffnang

aku menulis blog untuk meluahkan isi hati dan berkongsi sesuatu dengan insan yang sudi.
thannx to you, yang sedang membelek2 blog saya  =)

tapi sambil nyelam tu kita tangkap la ikan sekali. kan ? kan ? 
dah orang lain pasang iklan, aku pon nak la jugak. 
baru la nampak ada class gituwww... 
horait...


entry ni khas kepada insan2 yang masih tak tahu macam mana caranya untuk masukkan iklan nuffnang.
mentang2 la aku dah berjaya pasang banner nuffnang lam blog, 
dengan muke bangga.
tu pun setelah aku menanya sedikit berbanyak kat kawanku yang manis, 
cikji (timo kasih mok nik =).
 katanya aku kena godek2 la baru tau cane nak wat. 
so dengan sepenuh hati, aku godek2 dengan bantuan en. go0gle. 

ini yang aku jumpa 

Panduan bagaimana mendaftarkan blog dan memasang iklan nuffnang dalam blog. Jika belum mendaftar dengan Nuffnang sila ikut panduan bagaimana cara mendaftar dengan Nuffnang di cara daftar akaun nuffnang.

1. Daftar dulu dengan Nuffnang untuk mendaptkan akaun sebagai publisher iklan. Jika sudah ada akaun log masuk melalui nuffnang.

1.1 Setelah log masuk dalam muka utama Nuffnang, klik Blog Manager untuk mendaftarkan blog:


1.2 Dalam ruangan Add New Blog yang dibuka isi maklumat Nama Blog, Alamat URL Blog, Pilih Bahasa dan klik Add New Blog:


1.3 Dalam muka berikutnya isi maklumat mengenai diri anda dalam Section 1:


1.4 Dalam Section 2 isi maklumat mengenai pembaca blog anda, dan jangan lupa klikSubmit:


2. Untuk mendapatkan kod skrip iklan klik Add Ads:


2.1 Ada tiga (3) jenis iklan yang diberi:

2.1.1 Leaderboard (728 x 90) - salin kod skrip yang diberi untuk dimasukkan dalam blog. Iklan ini sesuai dipasang di bahagian footer blog atau dibahagian bawah header blog:



2.1.2   Iklan Skyscrapper (160 x 300) - salin kod skrip yang diberi untuk dimasukkan dalam blog.  Iklan ini sesuai dipasanga di bahagian sidebar kiri atau sidebar kanan blog:


2.1.3 Iklan Large Rectangle (336 x 280) - salin kod skrip yang diberi untuk dimasukkan dalam blog.  Iklan ini sesuai dipasanga di bahagian sidebar kiri atau sidebar kanan blog di permulaan atas:


3. Log masuk ke dalam papan pemuka blogger untuk masukkan kod skrip dalam blog.

3.1 Pilih Layout | Page Elements:


3.2 Pilih satu Add a Gadget bahagian sidebar blog:


3.3 Dalam tetingkap Add a Gadget pilih HTML/JavaScript
:



3.4 Paste masukkan kod skrip iklan Nuffnang dalam ruangan Content | Configure HTML/JavaScript: 




sumber yang berguna ni dari  http://calipso-tutorialblogger.blogspot.com/.

Suka untuk diingatkan ada beberapa perkara yang digalak dan perlu dielak. 
bila kita dah pasang nuffnang ni, niat dihati mesti untuk jana pendapatan kan ?
tapi mestilah dengan cara yang betul ye. 

Perkara yang digalakkan 
  • Dapatkan maklumat terkini Nuffnang daripada blog nuffnang, Facebook dan Twitter ! Kami menganjurkan pelbagai peraduan, tayangan wayang dan promosi hebat yang eksklusif untuk ahli Nuffnang. Kami juga menganjurkan parti yang hebat, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti pengumuman terkini dari sumber-sumber di atas.
  • Jadilah sebahagian dari komuniti innit, laman agregator blog daripada Nuffnang. Innit dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang dan di situ anda boleh berkongsi topik yang anda rasa menarik serta membaca artikel-artikel menarik daripada komuniti Nuffnang. Ia juga merupakan tempat yang baik untuk menjalin persahabatan :)
Perkara yang perlu dielakkan. 
  • Terdapat satu perkara yang amat dilarang bagi setiap ahli Nuffnang, iaitu melakukan aktiviti click fraud.Click fraud didefinisikan sebagai perlakuan memanipulasi bilangan klik yang diterima unit iklan di dalam blog (contoh: klik unit iklan di dalam blog secara berulang-ulang, menukar alamat IP komputer sendiri, atau meminta pihak lain melakukannya). Anda dibenarkan untuk klik pada unit iklan sendiri sekiranya berminat dalam produk/perkhidmatan yang disiarkan, tetapi ia adalah satu kesalahan sekiranya anda ingin memanipulasi bilangan klik kerana ini melanggari terma perkhidmatan Nuffnang.
  • Ahli yang didapati terlibat dalam aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas dengan menarik semula pendapatan mereka, atau digantung keahlian sekiranya kesalahan itu berulang. 
    • - :( :( :( We're not happy when we have to ban bloggers or revoke their earnings because of click fraud, so play nice, okay?

aku dah berjaya wat.
selamat berjaya untuk korang