Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, January 18, 2015

tangisan di sekolah. lagi ?

Assalamua'laikum wbt.
minggu baru aura baru semangat baru.

18/1/2015 - kalau congak memudah, maknanya hari ni iman dah genap 4 bulan.
alhamdulillah mak masih berjaya menyusukan iman dengan susu badan secara ekslusif.
semoga berjaya ebf sampai 6 bulan. dan menyusu hingga iman 2 tahun.
gambate !

makin seronok main ngan iman sekarang ni.
ketawa dah mengekek2.
muka sejibik sejiban macam kaklong.
kalau tersenyum tersengih memang koyok tepek serupa.

3 hari sebelum genap umur 4 bulan, 
iman berjaya menaiktaraf kebolehan diri dari berbaring
kepada meniarap.
tahniah iman !

hari ni hari ke6 kaklong ke sekolah.
kaklong pindah ke bangunan baru sebab bangunan asal agak crowded. 
jadi terpisah kepada 2 tempat.

maka mungkin beralih tempat baru, dan teacher yang baru2 nak kenal,
maka nampak kaklong agak jakun sikit pagi tadi.
berdrama air mata lagi hari ni.

sebenarnya teacher tu memang dah mengajar kaklong sebelum ni,
tapi oleh kerana sibuk nak siapkan classroom baru, 
maka tak banyak masa sempat diluangkan bersama.

nama teacher kaklong teacher syida.
teringat pulak kat cikgu syida yang gelemeres satu tika dulu.

nampak suasana kat tempat baru macam lebih best. 
lebih luas dan berada di tingkat bawah. 

harap2 kaklong berseronok di sekolah.
mungkin minggu ni teacher dah mula mengajar.
takde la rasa bosan ke sekolah - senaman, mewarna, tengok upin ipin, tido mandi solat balik.
harap2 minggu ni dapatlah mak tengok kaklong bawak balik hasil kerja kaklong kat sekolah.

haih,
nak selit gambar, takde amik gambar.
talipon demam teruk, sesi bergambar dah lama terhenti.
huhu...

4 comments:

  1. Replies
    1. thanks =)
      tapi tak berapa happy lah bila anak nanges gi skolah ni. huhu...

      Delete
  2. siye ko k.long.xserasi bersama lagi la tu..phni gk ari minggu pn ajok nk g skoloh.

    ReplyDelete