Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, January 15, 2015

air mata di pagi sekolah

assalamuálaikum wbt.
selamat hari sedih.
huhu...
minggu januari yang penuh kesedihan.

hari2 anak iolss menangis kat sekolah.
sedih sayu hati mak.
kenapakah kaklong awak begitu tegar menangis di sekolah ?
janglah terlalu rindukan mak.
macamlah mak tinggal awak kat sekolah sampai malam.
ratu air mata betul la kaklong ni.

balik sekolah semalam,
masih menangis.
acaner tu.
teacher cakap kaklong join aktiviti ngan teacher dan kawan2,
tapi bila time teringat kat mak,
mula la menangis.
siap tanya teacher, ''nati mak mari amik kaklong?''.
penat teacher nak menjawab.

mak tanya nak gi sekolah tak esok.
kaklong jawab, taknak.
omaiged, janganlah begini.

15/1/2015 khamis - hari ke 5 persekolahan.

bangun pagi kaklong sedar sendiri.
tak kejut pun.
sebelum itu : pukul 4 pagi kaklong mengigau.
menangis dan cakap, ''toksei, toksei,toksei !'',
apa yang toksei tak tau.
toksei tu taknak ye.
pastu cakap, ''mak amik awal deh'',
dan itu yang kaklong selalu cakap pada mak.

rope2nya kaklong suruh mak amik awal sebab ada beberapa
orang budak yang amik kelas belah pagi je.
tengahari mak dia datang amik.
dorang takpela, mak dorang tak keje.
mak kaklong keje. jadi takleh la macam tu ye kaklong.

berbalik pada pagi tadi,
pukul 5 pagi mak sedar tubuh kaklong panas.
demam lah pulak.

tapi masa kaklong sedar dari tido kaklong cakap nak gi sekolah.
lepas mandi, mak rasa macam kesian pulak nak bawak kaklong gi sekolah
demam2, dengan bersedih lagi.
jadi, mak tak jadi pakaikan baju sekolah.
mak anta umah nekma jela.
tapi lepas kaklong tengok mak pakai baju siap2 nak gi keje,
kaklong cakap, kaklong nok gi sekoloh.
pulek deh....
yelah, tukar baju siap2 ke sekolah.

tiba di sekolah, drama air mata di pagi hariku bermula lagi.
taknak turun kereta, taknak gi sekolah.
mak anta kaklong balik la.

haduh, badan kaklong panas, tapi suhu tak tinggi sangat.
37 darjah celcius je.

oklah. kaklong takyah gi sekolah.
meh kita gi bagitau teacher. sebab mak dah parking depan sekolah,
teacher dah nampak, takkan nak belah gitu je.

dengan senang hati kaklong turun kereta, kekonon takyah gi sekolah ni.
bahagialah beliau.
dan mak takde niat nak tipu kaklong okkeii..
mak betul2 nak gitau teacher yang kaklong demam dan tak dapat sekolah ari ni.

tapi nampaknya tak jadi begitu.
teacher ajak kaklong masuk kelas.
teacher siap pakai apron lagi, ari ni teacher nak masak2.
waahh... seronoknya.
tapi kaklong langsung takde rasa teruja.
ditarik2 tangan mak ajak balik
mak.... mak...
dengan mata sayu.
tak sampai hati mak nak tinggalkan kaklong.
tapi kerana teacher cakap takpe puan, maka mak relakan kaklong ke sekolah.
teacher amik kaklong dan dukung kaklong masuk kelas.
dan kaklong meronta2.
nasib baik tak jatuk bedebuk teacher awak.
dan opkos mak dengar suara kaklong menangis.
huwaaaa..  kenapakah kaklong.
sudah2 lah menangis.

berseronoklah kaklong ke sekolah.
timba ilmu sebanyak mungkin.
mak kan sentiasa ada di hati kaklong.
jangan sedih, allah ada jaga kaklong.
mak sayang kaklong.

kul doblas tengahari nanti nak gi amik kaklong.
sebab dah janji tadi, mak amik kaklong awal ari ni.
mak taknak mungkir janji.

ya allah, bukakan pintu hati novya untuk seronok ke sekolah, merasa selamat berada di sekolah, lupakan mak seketika semasa di sekolah.
amin...

* teruja terasa bila rezeki untuk iman makin bertambah.
mak boleh ! yeaah !!!

No comments:

Post a Comment