Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, April 21, 2013

novya request kasut tumit tinggi ?

Assalamu'alaikum w.b.t
salam kasih dan sayang.

macamana hari2 korang ?
harap2 semuanya baik2 aje. 

hari ni rasa rindu kat anak. 
hari2 sebelum ni pun rindu jugak. 
hari ni rindu lebih sikit.
biasa la 2 hari cuti, masa dihabiskan bersama.
banyak kerenah dan celoteh yang buat mak rindu dendam bila tak de depan mata.

perkembangan terbaru novya untuk minggu ke 4, april 2013,
banyak sangat. 
sebab dah lama tak hupdate bercerita pasal awak.
(sekarang mak akan guna ganti diri novya sebagai awak. 
sebab ada ibu berpesan pada mak, jangan bercakap kamu aku dengan anak2).

terbaru, 
novya mintak kasut dengan mak.

"adik nok kacut" 
mak tanya, "nak warna ape ?".
novya cakap " nak warna pingkeh (pink)".
"adik suka warna apa ?", mak tanya.
"adik suko wane pingkeh (pink)". katanya....

mak tanya lagi, "adik nak kasut macamane?".
"nak kacut tumik tingi (tinggi)", katanya lagi...

hamboi2, kasut tumit tinggi la pulok.
mana la pulak kenal kasut tumit tinggi nih.
hatttooii...
stylista sangat novya.




perkembangan yang bagus sebenarnya.
sebab novya tahu untuk buat keputusan sendiri.
tahu apa yang dia nak.
tapi perlu di bawah tapisan dan pemantauan mak ayah. 

sekali sekala ibu bapa perlu bagi peluang kepada anak2 untuk 
membuat keputusan sendiri bagi membentuk
keyakinan diri dalam diri anak2.


cakap tak payah cakap lah.
cakap memang banyak cakap.

yang best, sekang ni dah pandai karox.
artis kegemaran, maher zain.
track 1 - 4 dah boleh sing along, together ngan maher zain.

boleh dikatakan, ke mana saja pergi, dekat ke jauh ke,
cd maher zain memang kena pasang.
baru je naik kete, belum apa2 lagi,
"nok pase mahher jeng".

for your info ye novya,
awak takut pada :

1. blender 
2. mixer
3. mesin kelapa rumah mama, yang kat rumah nekma takpe.
4. toto/comfoter
5. tag jenama di kolar baju, seluar, tuala, alas kaki atau dimana2 saja.
6. televisen yang tiba2 mati. contoh macam kalau astro ken, time ujan lebat biasanya
siaran tade, jadi tv tiba2 jadi gelap/no signal.
yang time tu la novya akan nangis atau melarikan diri ketakutan.

bunyi macam pelik, tapi itulah novya.
catatan ni untuk ingatan novya bila dewasa.
kot2 mak dah tua, 
terlupa apa yang indah2 di masa kecil awak.
so mak catat kat sini ye.

setakat ini saja lah untuk kali ni.
bila ingat nanti mak hupdate lagi ye. 














Monday, April 8, 2013

andaiku bercinta lagi - mojo

Assalamu'alaikum w.b.t
salam hari isnin untuk insan-insan cantek dan segak. 
semoga kita sentiasa beroleh rahmat dari Allah =)

dah lama tak karoxx.
so, jom kita karoxx !!!

lagu untuk kali ni sangatlah istimewa.
komposer untuk lagu best ni adalah edry abdul halim.
pencipta lagu pebret aku : sedetik lebih =)

masa mula2 lagu ni kuar di copong/corong radio, 
aku tade la minat sangat. 
rasa cam biasa2 je.
dengan penyanyinya melalak bagai nak rak. 
apa benda la lagu mojo ni.
nama kumpulan pon tah pape rasanya.
heee...

lepas dengar penjelasan cheryl samad dalam AJL 27,
baru aku paham apa yang best pasal lagu ni.
katanya, 
lagu ni dicipta berdasarkan kesah sebenar kawan edry abdul halim.
isteri kepada kawan dia meninggal akibat kanser,
then edry ciptakan lagu ni untuk kawannya, 
oleh kerana memahami betapa kawannya ni sangat sayangkan arwah isterinya.
kalau didalami maksud lagu ni,
betapa dalamnya kasih sayang dia 
kepada arwah isterinya,
sampaikan dah tade ruang cinta untuk insan lain dalam hatinya.

dan lagu ni aku tujukan kepada abang abil.
seperti yang dah aku gitau kepadanya sebelum ni.


memang tiap kali dengar lagu ni akan teringat kak gee & abang abil.
sesuwai sangat2 ngan dorang.
bertuah kak gee dapat bersuamikan abang abil.
semoga allah mencucuri rahmatNya ke atas roh kak gee.
dan segala kebaikan abang abil terhadap kak gee, 
mendapat ganjaran pahala dari Allah.
dan semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada abang abil.
amin...


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu


Source: http://www.lagubestbest.com/2012/05/andai-ku-bercinta-lagi-mojo-lirik-video.html#ixzz2Pq5xNRSK





Tuesday, April 2, 2013

Salam Takziah Untuk Abil4Fauziah

Assalamu'alaikum w.b.t
Salam kaseh sayang untuk korang semua.
semoga sentiasa dirahmati oleh Allah.

tengahari tadi sempat bukak pesbuk.
then terbaca post tentang pemergian kak gee.

mula2 macam terkedu.  betul ke ni.
pastu tetibe rasa sayu. 
membayangkan perasaan abang abil, menghadapi dugaan ini.
macamana nak menghadapi kenyataan insan yang sangat2 disayangi
akhirnya kembali ke Penciptanya.

terbayang2 pulak macamana dalamnya sayang dia kepada kak gee.
dia jaga kak gee dengan sebaik2nya.
usahakan yang terbaik untuk kesihatan kak gee, 
dengan harapan kak gee akan kembali sihat.
dan blog yang dibuat tu pon untuk kak gee.
dengan harapan bila kak gee sihat nanti, 
kak gee boleh baca dan ingat balik apa yang berlaku sepanjang
kak gee sakit.
tapi, tu la,
Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk mereka berdua.
semoga segala apa yang dilakukan oleh abang abil mendapat 
ganjaran pahala dari Allah.
dan semoga arwah kak gee ditempatkan bersama orang2 beriman.
amin...

bagi yang tak pernah baca kesah cinta sejati ni, boleh ke link di bawah.

ni apa yang aku baca dalam pesbuk tadi.



Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un انا لله وانا اليه راجعون |

Kami mendapat berita sedih, Gee atau Fauziah baru saja menghembuskan nafas yg terakhir sebentar tadi.mohon semua sedekahkan Al Fatihah untuk Gee.semoga Allah merahmati dan menempatkan Gee di kalangan yang terbaik..Fauziah telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak, suaminya Abil Fikri Ahmad menjaganya dengan penuh kasih sayang dan sanggup bekorban apa saja demi isteri tercinta hingga nafas yang terakhir. Semoga Allah menempatkan Fauziah di tempat orang-orang yang beriman. AMin..

bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pengorbanan seorang suami(Abil) terhadap isterinya(Gee) boleh klik http://abil4fauziah.blogspot.com/



Monday, April 1, 2013

hai, lama tak jumpa.

Assalamu'alaikum w.b.t

Hhhaaiiii... (sambil lambai2 tangan, buat muka comel).
Saya suchi, ini blog saya, embunsuchi !

saya rindu tak waras blog saya ni.
(perlu guna perkataan tak waras bagi menggantikan
perkataan gileerr... membiasakan diri. 
bagi mengelakkan terguna kata2 tak elok depan ananda).

ishk... lama betol rasanya tak mencurah idea2 indah dari minda mudaku ini.

idea ada tapi nak mencuri masa untuk 
hadap pc dan mencurah idea2 dari minda mudaku, 
agak tak de.

bunyi macam hidup penuh aktiviti.
kurang lebih macam hectic giteww...

masa senggang di opis tak mampu nak diisi untuk
hupdate blog.
ada saja kerjanya, dan tak sempat nak fokus 
untuk satu2 entry.

minggu lepas, 3 hari pergi kursus.
aku peserta yang bagus, 
jadi aku sangat fokus dalam kelas,
tade masa nak online2.
eccecceehh... statement perassan ye. 

nak hupdate time kat umah,
memahamilah. 
komitmen keluarga dan rumah selalu mengekang.

ouh ye,
percayalah,
itu semua adalah alassssaan.

sekarang penyakit malas aku dah datang balik. 
so cukup sampai sini saje lah aku membebel.

oh ye,
suchi cotton scarf sentiasa mengalu2kan 
kedatangan pelanggannya.

dan sekarang, dengan setiap pembelian 3pcs dan ke atas, 
korang akan dapat 1 sticker ommey2 
dari suchi cotton scarf. 
terhad ye.

so cepat2  cekau mana yang berkenan =)


hhhaaiii !!! inilah saya =)


hhaaaiii !!! 
ini saya dan ananda saya.
dan saya sedang rindukan dia =(


* tahniah kepada aku kerana berjaya consume dust collagen tojours skin 
dengan teratur.