Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, July 29, 2013

resepi simple : biskut arab sukatan cawan

Assalamu'alaikum w.b.t
salam penghujung ramadhan untuk anda semua.

hari ni i tanak cakap banyak, tanak piki banyak2, tanak taip banyak2.
so i akan cakap sikit je, mana yang perlu je. 
sengaja menggantikan kata ganti diri aku kepada i sebab nak jimat tenaga.
boleh ?

hari ni i nak kongsi resepi biskut raya pebret i. 
biskut ni very easy to prepare.
uolls hanya perlu sediakan 3 bahan utama yakni :
tepung gandum:gula kastor:minyak sapi.
nisbah bahan adalah 2:1:1

dapat tangkap tak biskut apa ?
yeah... biskut arab cair dimulut tidak ditangan.
i memang sukke biskut arab.
kadang2 i terpiki, adakah biskut arab ini berasal dari arab ?
sebab namanya tu ada arab ?
atau mereka sekodar mereka2 saja nama tu.
atau mungkin jugak sebab biskut ni gebus macam kulit orang arab ?

maafkan i kerana melalut entah ke mana2.

kita terus kepada bahan2 dan cara penyediaan ye =)

resepi  biskut arab sukatan cawan

bahan-bahan :
2 cawan tepung gandung
(yang digoreng tanpa minyak hingga kekuningan)
kenapa perlu goreng ?
untuk memberi rasa ringan kepada biskut.

1 cawan gula kastor
(i nasihatkan uolls sukat 3/4 cawan.
bagi mengelakkan penyakit kencing manis)

1 cawan minyak sapi

1. satukan tepung gandum dengan gula kastor dan gaul sekata.
2. masukkan minyak sapi sikit demi sikit. 
uli2 sampai jadi doh.
3. gentel bulat2 dan bakar dengan suhu 180C 
selama lebih kurang 15 minit.
4. sejukkan dan golekkan dengan gula kastor.
5. simpan dalam bekas kedap udara atau boleh ngap terus.

* jika adunan terkeras tambah minyak sapi/butter.
*jika adunan terlembik tambah tepung gandum.
* biskut ini sedikit mengada2 (fragile).
so pastikan ia betul2 sejuk baru dialihkan dari dulang pembakar.


ni yang i buat di hari minggu yang lalu.

caption sama macam kat atas.
cuma yang ni no filter.
gebus gebas kan ?

andai uolls dalam kalangan orang yang rajin,
boleh masukkan biskut ni dalam paper cup satu2.
supaya nampak cantik dan mudah disusun dalam bekas kueh raya 
uolls yang meletopss tu.

i dalam kalangan orang yang kurang rajin sikit,
so i biarkan ia togel begitu sahaja tidak beralas.
lagipun bila i piki2, membazir je.
nanti paper cup tu terbuang jugak. 
buat sampah lagi ada la. 

baik, 
terpulang kepada citarasa semasa uolls.

well, thats all folks !
selamat menguli & menggentel =)

Sunday, July 28, 2013

hari raya novya delisha munawwarah

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat sejahtera ke atas anda semua. 
sekejap je masa berlalu.
bulan ramadhan pun dah nak habis.

lagu2 raya pun dah berkumandang di corong2 radio.

tahun ni mak tak tahu la beraya ke tak.
dah 2 tahun berturut2 novya menangis di pagi raya.
syahdu sangat rasanya.
  
tahun pertama novya demam.
so, tak berapa nak beraya sangatlah.

dengan kak puyi yang ommey2 berbaju kurung siap bertudung.
mood novya masih ok lagi time ni.

lihatlah donia !
muka novya yang ommey2 menangis kesedihan di pagi raya. 
tengok muka awak time nangis,
teringat mak kecik2 dulu.
sama =)

muka ayah pon ketat je...
mak je yang hover tersenyum.


pon nangis jugok.


yang ni ok sikit. 
tapi tetap tanak senyum.


tahun kedua novya meragam nak tido di pagi raya.
nak wat cane, malam raya memang tak tido.
novya orang pertama bersiap cantik2 di pagi raya.
pukul 11 pagi mula meragam nak tido.
nak tido kat rumah. 
ok, kat rumah.  maknanya mak tak dapat beraya lama2
kat rumah atok atau pun rumah tok abah.

sabar je la...

tapi walaupun meragam tetap bergaya cantik dengan baju kurung stobeyi.

nampak tak muka novya yang langsung takmo senyum.
nasib baik muka ommey, masam mencuka pun tetap ommey2.

kebetulan gambar ni jadi wallpaper pc kat rumah.
bila novya tengok, 
pandai pulak tanya mak.
"appe adik wat muko gini ?"
 sambil meniru mulut muncung dalam gambar tu.

"sebab adik toksei rayo la.
tahun ni adik nok rayo dok ?"

"occei.. nati adik tiok".

keciwa hati mak.

ayah cakap novya tak suka hari raya aidilfitri.
sebab novya lahir di hari raya aidiladha.
logik ke ?

memang tahun ni tak pasang angan2 nak raya sakan pon.
persiapan raya langsung tak buat lagi.
baju raya tak beli lagi.
ayah dah bagi cadangan, 
" baju tunang abang dulu ada lagi kan ?
pakai baju tu je la raya ni.  
uci cari baju kale kelabu jugak.
tema tahun ni kelabu"
mak, "hermmmm".

_____________________________________
masihkah korang ingat entry pasal zalora ?
dan jugak entry ni 

akhirnya novya dah boleh pakai baju dora yang mak beli kat zalora.
walaupon masih labuh meleret2, 
terutama bahagian tangan, 
tapi novya tetap bahagia gembira menyarung baju tersebut.


tenganga2

tenganga lagi.
mak tanya "nape adik amik gambar nganga2 mulut. 
senyum la molek2." 

" occei, adik nok tenyung ginih"



satu malam mak keluar bilik air tengok novya duk study.
rajin betul anak mak.
study bagi pihak ayah.
sebab mak nampak ayah liat sangat nak study.
suka study last minute.

tekun sungguh.
bila jumpa buku memang cani pose novya.
meniarap, kaki naik ke atas.
dan mulalah sesi kora mengkora. 



"tengok ni mak,
adik yukih muko adik."

=)




Thursday, July 25, 2013

My Hotel @ KL Sentral yang sangat teruk

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat tersenyum kepada kakitangan awam yang
dapat gaji hari ni, dapat 1 tangga kenaikan gaji dan 
bakal dapat bonos raya nanti.
syukur alhamdulillah dengan rezeki yang diberi.

dapat ke tak dapat, banyak ke sikit,
semuanya rezeki dari Allah.
rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, harta kekayaan.  
kebahagiaan, keselesaan dalam hidup, anak yang baik, 
pasangan hidup yang membahagiakan juga 
termasuk dalam rezeki yang patut kita syukuri.

ok, 
nampaknya tajuk entry sangat tak cantik.
ini terdorong oleh rasa menyampah tahap dewa kat hotel cakap berbelit ni.
episod pertama drama hotel teruk ni boleh baca kat bawah :
place review : my hotel @ kl sentral

episod kedua drama hotel teruk aku citekan di sini :
walaupun tajuk macam tak berkaitan,
tapi sememangnya ia berkaitan.

selepas tamat episod 2 di mana aku dah emel bukti bayaran,
dan manager cakap berbelit tu nak refund, 
aku menunggu dengan penuh kesabaran bilakah duit tu akan masuk.

episod ketiga drama hotel teruk bersambung hari ni.
dalam minggu ni (21 julai - 25 julai 2013),
lebih kurang 4 kali aku telepon hotel ni.

kali ni aku terus gitau nak cakap dengan en. siva.
- rupanya nama manager tu en. siva.
berdasarkan alamat emel yang dia bagi kat aku untuk 
aku emelkan bukti bayaran .


emel ni adalah bukti yang beliau dah terima bukti bayaran aku.
dan dia pon memang dah call aku dan bagitau akan proses 
bayaran balik ni dan akan maklumkan kepada aku.
tarikh emel tu adalah pada 9 julai 2013.
hari ni dah 25 julai 2013.
sejak dari tarikh tu sampai sekarang tak pernah2 dia call aku.

berbalik kepada scene dimana aku 
berusaha menalipon hotel hampeh ni dalam minggu ni,
kali pertama aku telefon katanya en. siva tu tengah ada meeting.
aku dah muak dengar alasan tu.
kali kedua telepon katanya en. siva keluar. 
kali ketiga telefon katanya en. siva sibuk ada perbincangan dengan bos.
urrgghhh   !!!!
aku dah agak, dorang sebenarnya dah boikot aku.
elok la tu, anak buah dengan bos berpakat nak tipu customer.
asal aku telefon mesti manager hampeh tu tade.

lagipun dorang dah boleh agak kot,
siapa lagi yang mencari2 manager hampeh selain dari aku.

hari ni aku call katanya manager hampeh tu pergi imigresen.
imigresen pullookk....
apahal pergi imigresen pulok.
ke nak larikan diri dari bayar hutang.
tapi aku tak cakap la kat budak yang jawab panggilan aku tu.
marah marah jugak.
budi bahasa kena jaga. kan ?
tapi memang aku marah sangat hari ni. 
sebab dah berkali2 telefon macam2 alasan dorang bagi.

aku dah malas nak telefon untuk hari ni.
aku pesan kat budak yang jawab telefon tu,
suh manager yang hampeh tu telefon aku balik.
untuk hari ni, rasanya dah kali ke patbelas ribu aku bagi no.h/phone aku.
huhhhh !!!

takpe la. 
kalau dorang nak lindungi sangat manager dorang yang hampeh tu,
silakan.
aku tahu allah maha adil.

duit aku yang rm120 tu kalau dorang tanak bayar takpe.
amik la kalau nak sangat duit aku tu. 
nak kata aku redhoowww, sebenarnya belum lagi.

apa yang aku kesal dan menyampah dan geram 
adalah bila dorang cakap berbelit2.

akhir kata penyudah bicara,
sabar je la...


Wednesday, July 24, 2013

berita mutakhir : novya

nikmatilah gaya penulisan shah paskal untuk kali ke 2.

1.  Assalamu'alaikum w.b.t.
selamat beribadah di bulan ramadhan yang penuh keberkatan.

2.  sekejap je dah masuk 15 ramadhan ye. 
lagu raya pon dah mula berkumandang di corong2 radio.

3.  lagu raya pebret aku zaman berzaman 
pastinya lagu dendang perantau nyanyian tan sri p. ramlee, 
dan jugak lagu abang hel amir dan kak uji rashid, 
seloka hari raya. 

4.  oh ye, 
insyaallah besok adalah hari pembayaran.
ooww yeeaahh...
bahagia tak ?

5.  wishlist dah memanjang ni.
bertambah panjang bila raya bakal menjelma (alasan).
tapi apa yang penting ? kerjasama...
pembelian perlulah diutamakan kepada yang sangat2 perlu.
(ingatan keras untuk diri sendiri).

6.  dah lama tak cerita ceriti pasal anak dara mak.  
nak kata mutakhir tak mutakhir sangat. ni yang mana mak ingat la ye.
nasib mak cerita ceriti dalam blog ni. yang awak umur setahun jagung ni 
pun dah ada yang mak lupa, nak tunggu sampai awak dewasa,
lagi la banyak yang nak kena ingat.

7.  cik noya mak yang dah besar memanjang.
ye, memanjang dan meninggi. 
sekarang ni kalau riba beliau dalam kete, 
memang sempit sangatlah.
ye untuk kali ke2, memang mak masih meriba cik noya sepanjang jalan setiap pagi ke rumah nekma.
walaupun cik noya dah besar memanjang.
selagi mak larat kendong awak pagi2, 
mak akan teruskan.
nanti bila awak dah dewasa
sah2 mak tak larat nak kendong.



8.  perkembangan terbaru cik noya sekarang (feeling retis bila buat ayat macam ni),
pipi tak kembang2, malah makin menyusut.
tubuh pun tak kembang2, cekeding macam selalu.


9.  tiap2 petang mesti nak gi kat pokok bunga nek ma yang ni, nak cabut daun.
kesian, tengok la pokok tu dah kurus kering.
daun pon dah botak.
novya oh novya, ini adalah salah disisi undang2 hak asasi pokok.
kesian pokok bunga raya ungu yang cantik ni.

10.  fyi, itu kasut baru hokkeii...
tiap2 hari pakai kasut tu. 
walaupun sekodar nak main2 kat laman je. 
no more japanese slipper.

11.  lately bila amik gambar mesti buat senyum gitu.
dah tade senyum tayang gigi.
lagipun, memang dah tade gigi untuk ditayang. haha !!!

12.  perkembangan penggunaan tatabahasa dan ayat semakin berkembang baik.
intonasi dalam berkata2 jugak semakin berbagai2.

13.  kemahiran menulis sedang meningkat dengan baik. 
(asik lupa nak amik gambar lukisan2 karya agung noya di dinding rumah. haishh...)

14.  lontaran soalan semakin bertambah. 
kalau dulu time naik kereta banyak bertanya.
sekarang time naik kereta memang sah2 bertanya,
semakin banyak ada la,
time tengok tv, tengok youtube, tengok orang.
apa saja yang ditengok memang akan ada tanda soal.
contoh: 
tengok video budak2 main kat playground.
mak, bakpo dio tok masuk dale gelosor ?
mak, bakpo dio naik buai ?
mak, bakpo dio pakai topi ?

mak, bakpo? bakpo? dan bakpo?
kadang2 feeling upin ipin, noya akan cakap bahasa baku.
mak, kenape mak die tak ikut die ?

15.  kalau mak bagi jawapan tak tahu memang takkan puas hati.
soalan akan terus diajukan sehingga mak respon dengan baik.
mak selalu meggunakan ayat abang salleh, sabar je lah...
untuk meredakan ketegangan telinga mak. 

16.  tapi mak bahagia bila noya banyak tanya, banyak cakap.
sebab itu adalah noya.

17.  kadang2 kalau noya tiba2 diam dalam kete,
mak ayah jadi heran.
bakpo adik tok kecek ?
jawapan noya :
"adik tok kecek sebab adik senyak."
jawapan protes ke apa. 

18.  time mak busy layan candy crush,
pastu noya tanya, mak hangguk2 je,
dengan slumber budak noya akan amik tepon mak,
letak tepi. sambil berkata, "mak, main la dengan adik..."
nampak tak ketegasan di situ ?

19.  bila mak ayah panggil kak long atau kakak, 
dengan lantang terus berkata, "baby ya(la)".
nanti dapat adik, mak kena panggil awal adik, 
adik awak tu mak panggil kakak. aci tak ?

20.  kadang2 cakap banyak sampai tade noktah. 
contoh :
mak bertanya, "adik dah mandi ?"
novya menjawab, 
"adik mandi doh adik mandi koyam (kolam, yang sebenarnya hanyalah besen) nekma 
mandi paik ujam adik tok mandi paik ujam nati adik sejuk"

21cik noya dah boleh eja nama dengan betul.
N-O-B(pelat sebutan V)-Y-A = NOBYA !

22.  bila besar nanti! tajuk cerita upin ipin. mak tanya bila besar nanti 
adik nok jadi gapo ?
"erm... adik nok jadi mak". (^__^)

22.  mak selalu rindu novya XOXOXOXO


Monday, July 22, 2013

tips bergaya di hari raya dan hari tak raya

Assalamu'alaikum w.b.t
herm... selamat pose sume. 
ada yang dah tinggal pose ke ?
selamat berganti la pasni ye.

haishh... lama jugak tak hupdate ye.
pose2 ni rasa macam malas nak cakap banyak.
kat ofis pon aku suka duk diam2 je, ngantuk gi tido =p

awal2 pose ari tu dah berazam nak kurangkan bercakap di bulan pose.
terutama kat opis. 
sebab opis adalah pusat perbualan dan pergosipan.

facebook dan instagram pon dah lama tak berhupdate. 
mood sama macam blogging - malas cakap banyak.
bak kata r. kelly, sometimes silence can seem so loud.
(berkaitan ke ?)

macam mana persiapan raya korang ?
aku yakin 98% dari korang dah hantar kain kat tailor 2 3 bulan sebelum pose lagi.
kan ? kan ?
biskut raya dah booking sebulan sebelum raya. 
kan ? kan ?
langsir baru, karpet baru, lampu dinding baru,
sofa baru, meja makan baru dah order belum ?
hahaahaa !!!

sakan nampaknya raya korang.

aku belum buat apa2 persiapan lagi untuk raya.
baju raya kami 3 beranak entah dimana2 lagi.
belum decide pon lagi tema baju raya kami tahun ni.

biskut raya ada la 2 3 jenis aku dah order.
tu pun sebab aku dah biasa order ngan dorang.
lebih kurang macam regular customer la.
tak order rasa tak tergamak, sebab tiap2 tahun dah biasa order.

last week suamiku sayang ada bertanya, 
" tak buat biskut raya ke tahun ni ?"
nampaknya ada jugak orang perasan aku rajin buat biskut raya.
hihi...

shopping kat tesco sebelum pose ari tu sempat la aku sambar
cornflakes sekotak.
konon untuk buat biskut wajibun - cornflakes madu.

tambah satu lagi yang wajibun - popia simpul kasih sayang.
dah kirim sambal ikan kat ummi.
biasanya aku beli sambal ikan kat pasar senin.
setakat ni sambal ikan tu sedap dan secukup rasa.
katanya sambal ikan dari kampung laut.
fyi, sambal ikan/daging dari kampung laut adalah yang terfemes 
di negeri kelantan.

tahun lepas tahap membuat biskut raya membuak2 ke tahap yang agak tinggi.
berbanding dengan tahun ni.
langsung tak membuak2. 
mungkin sebab tahun lepas ada assistant tolong gentel2 biskut.
tahun ni sepertinya gentel sorang2 je la.
assistant dah berhijrah ke penang.
huhu...
atau mungkin cik noya akan membantu mak pada tahun ni ???

oh ye, 
tadi mencuci2 mata di sopping complex online.
terbukak zalora,
terbekenan kat beg yang comel,
terpiki2 nak order ke tak.
kalau boleh buat raya cun jugak.
tapi dibuatnya sampai lepas raya,
bukankah sayu ?
makanya tengok sajo lah.

masa mencuci2 mata, 
terjumpa tips baik dari zalora.
seperti gambar di bawah :


tips untuk ladies yang last tu bagus.
ramai yang tak terperasan.
so beringat2lah ye sesama kita.
bak kata pajura yang gojes :
always be classy not trashy

xo
(taleh XOXO banyak2 pose2 ni, nanti batal pose)



Wednesday, July 10, 2013

suchi ramadani mengucapkan salam ramadhan kepada semua !

Assalamu'alaikum w.b.t
Hai pembaca budiman =)

hari pertama puasa untuk tahun 1434h.
macamana ?
ada yang lupa ari ni puasa ke ?
terlupa tape, jangan tersengaja.

buku yang best untuk adik2 atau kakak2 atau sape2 saja 
yang nak berpuasa.
kasi semangat sikit !

tiupan semangat kepada korang sempena ramadhan ini.
semoga berjaya !


maafkan saya atas entry semalam yang tak berapa bagus untuk kesihatan.

oh ye, semalam aku dah berjaya menghubungi 
manager myhotel yang cakap berbelit2 tu.
kisahnya seperti yang aku ceritakan di sini.

petang isnin aku tepon katanya manager meeting.
aku tinggalkan no. phone.

pagi selasa aku tepon katanya manager tak masuk opis lagi.
kul 9.30 pg baru masuk opis.
tinggalkan no. phone sekali lagi.

pukul 11 aku tepon balik,
manager tak sampai lagi. 
hari hujan, manager naik motor jadi lambat sikit sampai.

belah petang baru aku berjaya cakap dengan manager.
aku emel bukti bayaran yang aku buat hari tu,
katanya  dia akan refund duit aku, so tunggu je la ye.

di bulan ramadhan yang mulia ni,
kita perlu mendidik jiwa kita supaya selalu bersabar. 
sama2 lah kita ye =)

dah masuk bulan ramadhan ni,
perkara yang sinonim dengannya adalah
terawih, bangun sahur,
bazaar ramadhan, kurma (yussofff taiiyuubb - berbisik),
sedekah, tazkirah, bazaar ramadhan(eh, terulang),
tido time tengahari, mengaji, 
masak memasak,  google resepi, 
kurangkan bercakap perkara yang sia2/mengumpat (ingatan untuk diri sendiri),
kurma free, isteri ter-rajin ke dapur, 
dan macam2 lagi ye.

kepada yang teringin nak makan manis2,
boleh try masak sendiri resepi yang mudah macam kacang hijau ni :
ni memang pebret aku zaman berzaman.
tak kira ramadhan atau syaaban atau apa pon,
memang tetap menjadi idaman qalbu.
dah terliur ni.
bahan mudah didapati dan cara pun mudah je.
sambil2 berkejaran dengan anak pon boleh buat.
selamat berjaya =)

sila tergoda !
















Tuesday, July 9, 2013

macam la aku hingin sangat !

Assalamu'alaikum w.b.t

pagi2 ni dah rasa menyampah

huh !
dah lama aku menyampah sampah dengan orang ni.



macam la aku teringin sangat kan ???
sebenarnya dia adalah pilihan terakhir.


what the hal la.

boleh blah !


besok dah nak puasa,
hati menyampah pulak.
huh, menci haku.

ok, 
rasa lega sikit dah meluaskan kemarahan ni.

okeessss bhaaiiii !



Monday, July 1, 2013

Place Review : My Hotel @ KL Sentral

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari senin =)
senin adalah satu hari selepas hari ahad.
dan tiga hari sebelum tiba hari jumaat.
sekejap sajjo tu. so tayah nak layan monday blues sangat.
yang penting kita ennjoyysss !!!
~~ senyumlah ahhaii cik mek molek...

ok, 
hari ni nak membebel pasal sebuah hotel yang terletak di 
pusat bandaraya kuala lumpur.
sebenarnya hotel ni bukanlah hotel berbintang bergerlipan.
hotel ni adalah hotel bajet.
sesuai untuk insan yang nak jimat atau yang poket tipis macam aku.
so kalau aku komplen atau bagi review,
rasanya tak berbekas sangat kot. 

baiklah,
sebenarnya aku memang geram giles dengan hotel ni.
cakap dorang memang taleh pakai.

cenggini citenye,
aku book hotel ni untuk bos .
( bos memang dah tetapkan untuk book hotel rate bawah RM 180 untuk beliau. 
walaupun, kelayakan beliau adalah unlimited).
 check in 29hb. 
kebetulan pulak hari tu kan final piala FA.
Kelantan lawan JDT.
 (fyi : kelantan menang 1-0).
so hotel memang penuh la. 
puyen aku mencari bilik untuk bos.
kalau hotel yang mahal2 tu, 
memang ada sangatlah. 
tapi, kerana terikat dengan syarat yang diberikan bos,
makanya dengan gigih mencari hotel bajet. 

akhirnya dapat bilik di myhotel@kl sentral.
fyi : myhotel ada banyak cawangan antaranya di 
brickfields, atau korang boleh tengok kat 

oleh kerana flight bos dari Kota Bharu pukul 8 malam.
maka bos akan sampai di hotel lebih kurang 10 malam.

masalah mula timbul bila pihak hotel kenakan bayaran deposit.
biasa lah, 
kalau check in selepas pukul 6 petang kebiasaannya memang pihak 
hotel akan mintak deposit kan ?

tade hal, 
aku bayar je la. 
nasib baik dorang terima fund transfer.
so aku bayar via cimbclicks je la.
tak payah susah2 nak mintak details credit card bos.

bayaran dah setel, 
aku siap faks dan emel bukti bayaran. 
katanya nanti papehal bahagian akaun &  jualan akan contact.

aku dengan senang hati dan bahagia balik kerja.
berbahagia untuk melalui ujung minggu yang damai.

tiba2, 
di petang sabtu yang hening.
bos sms aku.
katanya pihak hotel telefon memaklumkan, 
dorang terpaksa cancel booking sebab tak terima bayaran.

haddooiii...
what the hal ni.
aku ingat dah setel la. 
dorang pon tade telefon balik lepas kejadian setel bayaran hari khamis tu.

aku sms bos dan maklumkan akan check balik dengan hotel.
nasib baik bos aku spesis yang cool.
katanya ok, nanti maklumkan keputusannya.
lega sikit...

dengan hati bengkek,
aku dial nombor telefon hotel tu.
nak menambahkan kebengkekan hatiku, 
line internet kat rumah wat hal dari hari jumaat lagi,
dengan line telefon sekali down.
kalau tak boleh la aku guna line telefon rumah, 
jimat kredit =p
nasib baik aku ada catit nombor telefon hotel tu.
dengan baki kredit RM 3, aku call pihak hotel yang what the haiikk ni.

aku memang cam sangat suara yang jawab telefon tu.
memang aku berurusan dengan dia la hari khamis ari tu.

dengan perasaan bengkek membuak2 di dada aku tanya, 
" saya berurusan dengan awak hari khamis hari tu kan ?"
dengan lurus bendul dia jawab,
"ye saya puan".

apa lagi, 
aku pong pang pong pang sound la dia.
terkedu beliau, dan akhirnya dia cakap, 
"saya tak boleh buat apa2.
saya sambungkan puan kepada manager ok."

sambung pulak cakap dengan manager.

yang aku tambah bengkek,
manager pon sama dengan anak buah.
aku pong pang pong pang,
boleh pulak dia cakap,
"theres nothing i can do madam. kita memang tak terima bukti bayaran,
so we have to cancel your booking".

apa jenis jawapan ni.

telefon pulak terputus tiba2, sebab kredit abis.
nasib ada backup singer - suami.

telefon pulak sekali lagi.
dengan bengkek tahap tiga,
aku marah dia. 
memang betul2 marah la.
bos nak check in hari ni.
bos sampai malam, hotel pulak tade.
bayangkan.

kalau ye pon nak cancel booking aku tu, 
sepatutnya dia double check dulu dengan aku. 
kan ?
telefon la aku dulu. 
tanya balik betul ke aku dah emel, dah faks.
ni tak, terus call bos cakap terpaksa cancel booking.
memang what the @@*)! la.

dia tanya pulak, 
cik berurusan dengan sape khamis hari tu.
terus aku cakap budak yang jawab telefon tadi. 
yang mula2 saya call tadi.
"hold on ya madam".
- pot pet pot pet aku dengar dia cakap dengan anak buah dia.

di akhir kata aku cakap, 
macamana sekalipun saya tetap nak bilik untuk bos saya.
dan saya memang dah bayar. 

mungkin dia malas nak gaduh dengan aku,
atau mungkin nak hentam anak buah dia pulak,
dia janji nak call selepas 10 minit.

sementara menunggu 10 minit berlalu,
dengan rajin tapi hati bengkek,
aku buat agar2 cocktail.
first time dalam hidup buat agar2 sendiri.
(terasa mundur sangat. hahaa)

selepas 30 minit berlalu,
en.manager myhotel tak talipon2 pon.
hadoii... 
cakap memang banyak belit la dorang ni.

sabar je la, bak kata abang salleh.
aku amik keputusan untuk telefon balik.
apakah ini, 
en. manager yang cakap belit2 tu pergi meeting pulak....
memang sangat berbelit2 la dorang ni.

"tadi manager you janji nak call saya balik selepas 10 minit.
ni dah setengah jam. saya pulak yang terpaksa call balik.
alih2 dia pergi meeting pulak. cakap memang berbelit2 la.
kot ye pun nak gi meeting, setel la dulu hal saya ni.
kalau tak dapat nak setel lepas 10 minit, jangan janji nak call after 10 mins.
susah la macam ni. "
pong pang pong pang aku membebel.

budak yang jawab tepon tu dah mati kutu.
akhirnya buat janji lagi.
dia akan mintak manager dia yang cakap2 belit2 tu 
untuk call aku balik bila dia dah siap meeting.

baik, 
aku masih menunggu, 
sehingga sekarang (semasa entry ni ditaip),
aku masih belum menerima apa2 panggilan dari myhotel @ kl sentral.

dan aku tak pasti adakah benar dorang akan refund duit bayaran deposit yang 
aku buat hari tu.

untuk waktu sekarang, 
aku malllas nak cakap dengan manusia2 yang keje kat myhotel@klsentral.
tengok la besok2, bila aku rasa aku nak cakap.
walau apa pun, aku tak halal duit aku tu kalau doran amik gitu je.
kejam tak ?
muwaahhaahaaahaha !!!
memang aku kejam.
muwahaahhaa!!
(gelak kejam) 


- bos aku sms pada petang sabtu jam 6.30 ptg,
menyatakan dorang akan sediakan bilik untuk bos.
tapi, bos kena bayar sekali lagi masa check in sebab bos 
tak bawak slip bayaran yang aku buat hari khamis ari tu,
dan dorang akan refund duit aku.


untuk myhotel@klsentral memang aku blacklist.