Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, January 19, 2015

novya sephia mak

assalamua'laikum paciks maciks cantiks manish !
nama saya sephia nur imani.
mak saya panggil sama iman.
kadang2 panggil ommei2, macam kaklong saya. 

kaklong saya suka main dengan saya.
kaklong saya suka cium2, peluk2 saya.
kaklong saya banyak bagi mainan kepunyaan dia kat saya.
kaklong saya sayang saya.
bila kami besar, kami nak main sama2.
saya pun sayang kaklong saya.

gambar saya selalu tak sharp sebab saya jarang duduk 
dalam keadaan statik dalam tempoh yang lama.
mak kata muka saya sejibik muka kaklong saya masa dia kecik.

saya dah pandai senyum, sengih2, ketawa kekek2.
kadang2 saya gelak besar.
kadang2 saya menjerit2 gembira.
mak saya suka main ngan saya.
gembira bukan main mak saya bila tengok saya mengekek2 ketawa.

umur saya dah 4 bulan, 
dan alhamdulillah mak bejjaya breastfeeding saya dalam tempoh itu.
semoga saya sihat walafiat dan mak saya dapat ebf sampai saya 6 bulan,
dan bf sampai 2 tahun.


hai kekakaks kekabangs yang segaks melawa.
nama saya novya delisha munawwarah.
mak saya panggil saya kaklong,
kadang2 sayang, kadang2 longlong,
kadang2 mek. kadang2 baby, kadang2 macam2.

tahun ni saya berumur 5 tahun pada bulan november.
walaupun kalau dicongak2 saya belum berumur 5 tahun,
tapi mengikut congakan tahun, saya dah masuk tahun yang ke5.
maka mak ayah nak hantar saya ke sekolah.
supaya saya boleh belajar dengan baik dan formal.

sejak saya dimasukkan ke sekolah bermula 11 januari lalu,
tiada hari yang saya tak menangis.
hari2 saya menangis.
saya menangis sebab saya ingat mak saya.
lagipun, saya tengok ada kawan2 saya yang balik awal,
maka saya pun nak balik awal jugak.
tapi mak tak jemput saya awal.
mak jemput saya petang.
-mak kan kerja....

semalam saya dah mula belajar.
saya belajar my family.
teacher bagi lukisan dan saya warna lukisan tu.
teacher bagi 3 stars.
saya bawak balik lukisan tu, mak tampal kat dinding.

untuk pertama kalinya saya makan di sekolah semalam.
sebelum2 ni saya tak lalu makan. saya tengok je kawan2 makan.
semalam saya makan nasi sup dan mee goreng.
saya memang suka nasi sup dan mee goreng.

hari ni saya ke sekolah,
dan menangis semasa mak hantar saya.
teacher saya pujuk saya dan peluk saya.
saya akan belajar rajin2 dan tunggu mak datang jemput saya.
"mak datang awal ye..."

selfie dulu ngan mak sebelum gi school dan menangis depan pintu school.


sebenarnya mak rindu anak2 mak.


2 comments:

  1. Amboi kakak noya, kelih gamba mcm kental.. tp tiap2 ari ;ujan air mata.. kekoh kam :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. diluar senyum trukir, dihati merintih sedih.
      x sedap nok kekoh kak. tule sajo.

      Delete