Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, February 24, 2013

peningkatan kemahiran menulis

Assalamualaikum w.b.t
sekali lagi. 

tajuk macam skima sikit bunyinya.
novya semakin rajin menulis.
kemahiran menulis dah meningkat.
dari hanya melukis garisan lurus yang tak berapa lurus,
ke bentuk bulatan besar yang kadang jadi bentuk bujur pon.
kadang tatau bentuk apa.

sekarang semakin meningkat ke satu tahap 
di mana dapat mengawal pergerakan tangan 
dengan membuat lukisan bulatan kecil.

good job novya.

part yang best bila time melukis bulatan2 kecik tu, 
siap bagitau mak.
"mak, adik kukis namo adik".
sambil tunjuk lukisan bulat2 kecil tu.
sambil2 lukis siap eja namanya.
"N, O, B, B, N"
boleh la...

meh tengok muka budak gigih menulis.

muncung boleh ikat ngan riben.

nampak mulut tu ?
tengah mengeja la tu.

tadaaa !!

tukar tangan kiri pulak.

rambut dah macam kak limah.

ini pon.

wall art. 

yang ni dah macam tandatangan pulak. 
dengan huruf N di depan.


perasan tak bulatan kecik2 tu ?
itu lah nama novya. katanya...

ini baru 1/4 dari dinding2 yang diconteng.
ada banyak lagi.
nanti mak hupdate lagi ye. 




selamat hari jadi Ummi

Assalamualaikum w.b.t
Salam kasih sayang di hari ahad yang basah.
hujan agak lebat hari ni.
ingatkan musim hujan dah habis.  

bila pagi ahad bercuaca hujan,
memungkinkan aku untuk liat bangun pagi. 
kenapa hari cuti tak hujan ye ?
kan seronok, berbungkus dalam selimut. 

awal februari lalu 
hari jadi ummi.
so kita selebret la kecik2 ngan adik beradik
anak beranak.
hujung februari baru nak hupdate. 
rajin sangat kan?

selamat hari jadi untuk ummi.
hari jadi yang ke 25 tahun.
love you always!

sebahagian dari cucu2 ummi.
yang baju pepel tu tengoh aku.
yang sedang termenung tu my ayahanda. 



acara menikam kek.


keepci mok ngoh sponsor, 
kek ngan cocktail aku sponsor.


25 ye.


cucu mama.


kek ke 2 yang lebih spesel. 


yang meleleh2 tu nampak cam menggiurkan.

memang sedap.

Ya Allah, 
semoga ummi sentiasa sihat,
lapang hatinya,
dipermudahkan urusannya,
dirahmatiMu selalu.
amin ya rabb...


alamak, hadiah belom bagi lagi. 
=p




Thursday, February 21, 2013

laporan mingguan : minggu ke3 februari 2013

Assalamualaikum w.b.t
Hai insan2 cantik dan segak !
Semoga korang semua dalam keadaan yang baik2 dan dirahmatiNya.

seronoknya esok cuti. 
kepada korang2 yang duk kololumpu (KL),
selamat bekerja.

sekejap je kan satu minggu lepas satu minggu habis.
sebab ?
mungkin sebab selalu sangat menghitung hari untuk tiba 
di hari akhir bekerja pada setiap minggu.
=)

tapi seminggu yang baru habis hari ni bagi aku
agak tak best.

hari ahad aku kerja.
biasa la, bila hari ahad memang biasanya agak kalut dan ribut.
bak kata mat salleh - sunday blues.

hari senin terpaksa EL.
hantar ayahanda pergi klinik.
dari hari jumaat lagi demam.
aku dah bawak pergi klinik tapi doktor pulak tade. 
ari senin baru doktor masuk kerja.
dan sebagai seorang customer yang setia, 
ayah aku tanak ke klinik lain.
nak jumpa ngan doktor kat klinik tu jugak.
katanya sekali je doktor tu suntik,
mesti akan sembuh. 
selalunya macam tu la katanya.
makanya sebagai anak yang baik,
aku amik cuti untuk bawak ayahanda ke klinik.

hari selasa masuk kerja macam biasa.
kerja bahagia macam biasa. 
bahagia ke ?

hari rabu sekali lagi terpaksa amik EL.
demam ayah aku masih tak kebah2.
makin menjadi2 batuknya.
lagi tak best,
adik2 aku pun demam sekali.
yang tak best jugak, 
umi pon demam jugak. 
malah bukan setakat demam, batuk tak henti2.
makan ubat batuk pun tak makan saman jugak...
malam tak dapat tido, esoknya sakit kepala.
tambahan pulak umi ada penyakit darah tinggi.

yang bertambah tak best pada hari rabu tu, 
badan novya pun panas jugak.
hadoiii... rasanya baru je novya lepas demam.
dah demam balik.

dengan ada 1 badan,
hari tu aku rasa nak belah kepada 4.
satu pergi ofis,
satu jaga novya,
satu balik kampung (macam jauh je bunyinya) jaga 
umi ayahanda dan adik2.
satu lagi pergi holiday. 
tak dapat oversea, in sea pon tapo.

tapi, 
nak wat cano, itu sekadar anganan.
terpaksa la tinggalkan novya kat nekma,
tinggalkan ofis - nasib baik ada ofismate yang sedia membantu.
(terima kasih puan nik dan puan nurul yang selalu jadi back up singer su).
dan aku balik kampung.

sampai teratak ayahanda bonda, 
dah rasa macam pergi hospital.
masing2 berbungkus dalam selimut,
bunyi batuk2, bunyi rengekan orang tak sihat.
- aduuhh... aduh...
(aku suka buat bunyi2an macamtu bila demam.
sebab ?
terasa sedikit lega bila dapat buat bunyi camtu.
walaupun kadang2 bunyi tu macam mengada2 je kan ?)

rumah dah 2 hari tak berkemas, kain tak berbasuh berjemur berlipat.
so, tukar profession jadi bibik la pulak.

hantar adik2 pergi klinik.
sedia makan untuk orang tak sihat.
tapi... beli bungkus je pon.
hehee...

hari khamis masuk kerja balik. 
alhamdulillah novya pun dah sihat sikit.
harap2 tak melarat.

adik aku telefon tadi katanya pesakit2 di kampung dah hampir sembuh.
ayahanda pon dah boleh jalan2 amik angin petang.
dah boleh drive.
bawak umi gi klinik.
(dah puas aku pujuk umi gi klinik hari rabu, tapi dia tanak.
rupanya nak bermanja dengan ayah aku...
nak suami dia jugak yang hantar kan).
heheee...

besok cuti.
bahagia !

sabtu cuti.
masih bahagia.

ahad kerja lagi.
bahagia la jugak.

isnin.
insyaallah dapat kerja lagi.
tapi tak berapa bahagia sebab audit nak datang.
huhhh...


anyway,
alhamdulillah atas
sambutan yang boleh dikatakan menggalakkan
dari kawan2 untuk shopping di 
Suchi Cotton Scarf.

kepada yang belum like,
jemput la like ye =)
kalau ada yang berkenan boleh la beli belah.

terima kasih atas sokongan anda
dari setiap sudut.
ye anda.
anda yang sedang senyum itu.
anda tahu siapa anda =)

sangat berkenan dengan tudung berpayung2 yang tomei2 ni. 
tapi aku perlu bertabah. 
pelanggan harus diutamakan.

~XOXO~









Tuesday, February 19, 2013

Jemput Like dan beli belah di Suchi Cotton Scarf

Assalamualaikum w.b.t
Salam kasih sayang sekali lagi untuk korang di hari ini.

dengan rasa rendah diri dan berbesar hati,
aku nak jemput korang untuk 
page baru aku.

tudung koleksi dari zorascarf.
aku adalah dealer sah zorascarf.

tudung2 yang dijual insyaallah cantik dan mudah digayakan.
yang penting size adalah bidang yang lebar. 
so, senang nak belit dan hasilnya masih lagi labuh menutupi dada.

corak dan design jugak adalah menarik dan tomei2...

jom like 

dah like tu, 
janganlah segan silu 
untuk membeli belah ye.

masih baru dan masih rapuh lagi sebenarnya.
semoga aku sentiasa bersemangat dan takkan mudah putus unser.



terima kasih daun keladi =)

collagen dust toujours skin + organic aid moisturizer

Assalamualaikum w.b.t.
salam kasih sayang.
moga korang sihat walafiat ye.

hari ni aku nak share sesuatu yang mungkin akan mengecewakan 
beberapa insan yang telah membaca review aku tentang 

jika difahami dan diteliti, 
korang akan perasan yang aku selalu memuji2 kebaikan 
dan keberkesanan 
organic aid vitamin e moisturizing.

malah dalam entry vs beliau dan hada labo,
beliau telah berjaya memenangi hati aku.

terutamanya bab menghilangkan parut.

baiklah, 
senang cite aku pendekkan bebelan aku.

aku rasa,
yang menyebabkan parut menghilang adalah 
kerana collagen dust toujours skin,
dan bukanlah 
organic aid vitamin e moisturizing semata2.

kenapa ? apa buktinya ?

buktinya ada di perenggan bawah ini.
(drama la pulak...).

kebetulan masa kali pertama aku beli organic aid vitamin e moisturizing,
aku baru je beli collagen dust kak nani rostam.
so, dengan rajinnya aku campurkan sedikit 
collagen dust dalam organic aid vitamin e moisturizing.

lama2 bila dah pakai selalu,
aku nampak hasilnya memberangsangkan.
tu yang aku beriya2 buat product review pasal organic aid vitamin e moisturizing.
yang mana aku menyatakan 
ia mampu menghilangkan parut.

tapi...
(buat muka sedih, dan korang akan bertanya,
tapi apa ?
-dialog sama yang selalu digunakan dalam drama2 malaya.)

tapi...
sebenarnya aku baru menyedari yang sebenarnya,
yang menyebabkan parut menghilang adalah 
bukan kerana organic aid vitamin e moisturizing
semata2.
rupa2nya ia adalah kerana kandungan collagen dust yang
aku tambahkan dalam organic aid vitamin e moisturizing tu.

kenapa ?

sebab baru2 ni aku beli organic aid vitamin e moisturizing
untuk yang kesekian kalinya 
kerana stock yang sebelumnya dah habis.

kebetulan pulak masa tu muka aku tengah
bermasalah.
tiba2 jerawat rajin nak menyinggah kat muka.
yang tak best, berparut.

dan, 
aku seperti biasa sapu organic aid vitamin e moisturizing kat 
muka setiap hari.
tapi kali ni sedikit berbeza sebab aku tak 
tambahkan collagen dust.
sebab terlupa.

lebih kurang 2 minggu duk tempek 
organic aid vitamin e moisturizing kat muka
yang berparut angkara jerawat.
pada satu hari aku terpiki,
kenapa tak pudar2 jugak parut jerawat ni ?

takkan sebab aku tak tambah collagen dust kot.
kemudiannya, aku dengan rajin tabur la sedikit collagen dust dalam 
organic aid vitamin e moisturizing dan beberapa hari kendian,
aku mula perasan parut jerawat dah nampak pudar sikit.

so, 
aku membuat kesimpulan,
collagen dust yang membantu memudarkan parut,
bukanlah organic aid vitamin e moisturizing semata2.



review ikhlas dari hati tiada unsur keuntungan.
harap dapat membantu. 







Sunday, February 17, 2013

virus upin ipin

Assalamualaikum w.b.t
salam kasih sayang wahai korang semua.
lama pulak rasanya tak menghupdate.
dah jadi macam biskut chipsmore, 
kejap ada, kejap tade. 
tapi biskut chipsmore ada sokmo, stok banyak kat kedai. 

lama tak hupdate ni, 
ada jugak insan yang sudi bertanya, 
tak hupdate blog ke ?
terima kasih atas pertanyaan itu.
ada jugak insan sudi yang baca blog aku dan bertanya kabar.
sape insan sudi tu ? 
suami sayang  =)

pergi kerja hari ni hari tak rasa tenang sangat.
mak sangat tak boleh bila nak tinggalkan novya, 
tapi novya buat muka seposen mintak peluk cium.
lagi taleh blah bila buat muka nak nanges. 
sayu layu hati mak.

semalam novya tido awal.
tiba2 bangun pulak pukul 2.30 pg.
merengek2.
entah kenapa la tiba2 nanges2.
nak kata perut kembung, mak check ok je. 
pampers dah tukar.
masih merengek2.
mungkin sebab tak dapat menahan rasa di dada,
novya cakap " nok tengok upin ipin dale imac".

please la novya...
perlu ke bangun pukul 2.30pg lepastu mintak 
nak tengok upin ipin.

hadoii...
sabar je la (sila buat gaya macam abang salleh).

pukul 4. 30pg baru la tido balik.
agak mencabar emosi mak sebenarnya.
besoknya nak keje, anak pulak ajak berjaga malam.
yang menambahkan cabaran emosi bila novya
buat statement manja,
"nak tido atah ibo(riba) mak".

sabar je la sekali lagi.
tapi sori novya, 
mak tak dapat penuhi permintaan itu.
mak sangat mengantuk ok.
sekali sekala berdikari la ye. 

bangun subuh tadi novya menangis lagi.
nak tengok upin ipin lagi.
sudah... apa kes la pulak ni.
virus upin ipin.

mak buat tak tahu je dan novya menangis kesedihan.
tengok2 novya terlelap balik.

rasa bersalah pulak bila biarkan novya macam tu.
tapi rasanya itu cara yang terbaik.
supaya novya paham tak semua benda 
yang dia nak dia akan dapat dengan mudah.








i miss you babe !



Wednesday, February 6, 2013

cobaan 1,2,3. dan cobaan lagi.

Assalamualaikum w.b.t

salam kasih sayang dan selamat malam.
entry ni adalah entry percubaan. 

test. 1 2 3.
hupdate via iMac.
(motif ?)

boleh la mak menguasai iMac malam ni.
sementara novya tido awal.
terlena di ribaan mak sambil nonton upin ipin.

ulang tayang episod sama tiap2 hari pon,
novya tetap nak tonton upin ipin.

sampaikan mak pon terpaksa menjadi peminat tegar,
teman novya tonton upin ipin.

gara2 novya konon nak manja2.
"nok tengok upin ipin, nok tito (tido) atah ibo (ribaan) mak".

- aku rasa kalau watak dalam cite upin ipin didewasakan, 
 sangatlah sesuai mail kawen ngan mei mei.
sebab mail suka usik mei mei dan dorang selalu je gaduh2 manja.

ok, 
berbalik kepada anak mak,
novya.

novya dah tau 
nama mak uda - pahyin = fajrin.
nama mama - ong ketong = om kelthom.

sekarang masih dalam proses mengingat nama atok, ayah cik, ayah su dan mak uteh.
dan kenapa la nama mak susah sikit kamu nak ingat.

kadang2 ingat, selalunya tak ingat.
tutti amadani.

nama ayah, nekma dan tok abah memang dah ingat sangat.
ayah = itaudin.
nekma = amidah iti ma-i-yam (hamidah@siti meriam).
tok abah = ahmad dunian (ahmad bunian).

yang paling best,
novya dah boleh sebut nama sendiri.
full name hokkeeii...

nobya delita munawayah.
dalam satu kali nafas dan lafaz.



oloooloo... tomei2.



alamak, terselak pulak.



ho yeaahh !!!


berjurusnyo budok ni.


dan,
akhirnya menunjukkan tanda2 tak suka.
novya memang susah nak dipakaikan sesuatu atas kepalanya.
nak tocang rambut pun kadang2 susah.
apatah lagi nak dipakaikan topi atau hiasan2 rambut.
sebab tu mak biarkan rambut kamu 
berkibaran2 berserabai sahaja.













gambar adalah tika umur novya 1 tahun dan beberapa bulan...



Tuesday, February 5, 2013

review produk : JSD Coklat Love Habibi

assalamualaikum w.b.t

sayang2ku sihat ?
hari ni makan apa untuk tengahari ?

aku baru setelkan sepinggan 
nasik hujan panas yang 
sedap dan sangat mengenyangkan.
alhamdulillah...

hari ni aku nak kongsi kebaikan satu produk nih.
kalau korang ada pesbuk, mungkin ada segelintir kawan2
korang yang meniaga benda ni, promote bagai nak rak kat wall pesbuk.
kadang2 rasa rimas jugak kan?
tapi nak wat cane, dia cari makan. 
sebagai kawan kita menyokong je la dari 
belakang, tepi, tengah dan atas.

kembali kita kepada matlamat asal,
jom baca review produk hebat ni.
hebat ke ?

Jamu Susuk Dara : Coklat Love Habibi

nama tanak kalah.
very da baboommsss !

Jamu Susuk Dara (JSD)  tu jenama dia.
Coklat Love Habibi (CLH) pulak salah satu produk keluaran JSD.

ni rupanya.
hitam, berempah, ada bau coklat sikkiiiit,
bau herba ada jugak. 
lembik dan mudah untuk digentel jadi bulat2.
tak boleh kena air, nanti mudah berkulat.

contoh size untuk digentel.

baiklah, 
meh kita kenali CLH ni.

apakah kebaikannya ?

- untuk melancarkan peredaran darah.

- membuang angin dalam badan. 
memang boleh percaya.  sebab lepas telan CLH, 
dengan mudahnya angin keluar dari badan.
samada sendawa atau kentut. betul...
cakap tak tipu ni. lepas tu rasa ringan dan longgar je perut.
memang rasa selesa.

- memudahkan sistem pembuangan kecil dan besar.
yang ni pon memang boleh percaya.
aku memang ada masalah sikit bab2 penghadaman dan pencernaan.
ia sememangnya agak tak bagus untuk kesihatan diri.
tapi, sejak aku amal telan CLH sebelum tido,
pagi esoknya dengan sendiri tanpa dipaksa2,
mudah saja nak membuang.
biasanya orang kata kalau makan jamu, 
boleh jadi sembelit.
tapi alhamdulillah, sejak aku makan CLH, takde masalah sembelit.
malah proses penghadaman lebih lancar dan teratur. 

- menghilangkan sakit2 badan, lenguh2 serta mengurangkan keletihan bekerja. 
yang ni ada terasa la jugak.
hari2 drive pergi balik kerja.
memang memenatkan.  urat sendi terasa lenguh.
tapi sekarang aku rasa dah kurang sikit.
kalau nampak macam letih jugak, tu mungkin sebab memang aku malas.
hehee...

- meningkatkan nafsu syahwat.
yang ni aku tak nak komen.
nak tau betul ke tak try sendiri.


CLH tidak mengandungi herba2 untuk merapatkan faraj,
tiada bahan untuk kesihatan rahim.
makanya wanita dan lelaki boleh makan.

antara bahan yang digunakan untuk 
mencipta CLH ni :

Lada pahit.
Tongkat Ali Hitam.
Mata Pelanduk.
Mahkota Dewa.
Belut.
Sarsi.
Madu

Cara makan :
ambil secubit, gentel2kan kecil2.
kunyah dan minum dengan air kosong.
atau boleh dijadikan kudapan ringan - kunyah macam makan coklat.

tapi,
oleh kerana aku memang tak berkawan dengan ubat2an 
atau makanan yang berbau ubat,
jadi untuk menguyah CLH memang sesuatu yang mustahil.
aku memang tak berapa boleh tahan bau herba, jamu.

so aku gentel kecik2,
letak atas lidah, 
telan sekali dengan 2 3 teguk air.

harga : 
RM 48.00 

sebagai kesimpulan, 
aku rasa berbaloi untuk amalkan CLH ni.

angin dalam badan boleh keluar dengan mudahnya,
tubuh badan rasa lebih ringan dan bertenaga,
tidak menganggu sistem pengahadaman,
malah membantu melancarkannya
dan mudah untuk ditelan/diambil.

review ni adalah ikhlas dari hati aku.
tanpa ada unsur keuntungan. 

XOXO