Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, March 5, 2014

I’m a smooth criminal with the NIVEA In-Shower Skin Conditioner

Assalamu'alaikum w.b.t.
untuk annie, ani, cik ani, mak cik ani dan semua.

ani, are you okay ani ?
ani, okay tak ?

baca tajuk entry teringat2 lagu Michael Jackson yang superb best dia punya video.
smooth criminal dengan tarian moonwalk. 
hebbak r.
teringat jugak cite bujang lapok,
"ani, angkat jemuran, hujan dah turunn...".

ok, hari ni aku nak buat review satu produk yang sangat terlajak laris. 
terlajak laris uollss... 
kenapakah begitu tegar untuk aku cakap produk ni terlajak laris ?
aku pergi watson, tinggal satu je kat atas rak dorang.
aku pergi tesco, tinggal satu jugak.
amatlah laris hokkei...

aku beli benda alah ni kat watson dengan harga RM 11.90.
untuk 250ml.





aku beli conditioner ni dengan niat nak bagi suami aku cuba.
amatlah penting untuk korang tahu,
suami aku mempunyai masalah kulit kering yang agak kritikal.
tahap kritikal tu bukanlah sampai tahap kering merekah.
pernah tak korang tengok kulit yang kering dan memutih. 
pastu korang wat garisan guna jari kat kulit tu,
maka muncul satu garisan hasil goresan jari korang tu.
simptom2nya lebih terserlah bila duduk lama dalam bilik atau kereta 
dengan berhawa dingin.
lengan, siku apatah lagi. kaki pun sama.
nak2 kalau orang laki yang macam suami aku.
pesen tak berapa gemar nak sapu losyen bagai ni.

pernah buat rawatan di Klinik Balkis, salah satu klinik
pakar kulit yang terkenal dan hebbak di Kelantan.  
Doktor minta suami aku buat rawatan susulan ke HUSM.
di HUSM, dengan rawatan susulan berkali2.
Doktor bekalkan ubat sapu, lebih kurang macam losyen.
suami aku cakap takde effect pun.
Doktor tambah lagi dos.
sama jugak.
apakah degil yang amat kulit suami aku ni.

kali terakhir suami aku cuba rawatan alternatif di sebuah 
klinik swasta di Kuala Terengganu.
memula aku macam musykil jugak nak bagi suami aku pergi klinik ni.
entah dapat kelulusan KKM ke tak klinik ni.
tapi masa aku pergi tu ada sorang akak ni, 
katanya dia rawat cyst dia kat sini.
dah 3 kali dia datang dapatkan rawatan dan alhamdulillah dia kata cyst tu mengecut.

tapi aku masih ragu2.
entah lah.
nak2 bila staf kat klinik tu bagi novya sebiji vitamin,
yang katanya dapat rawat semua jenis penyakit.
aku bila dengar ayat penipu tegar dengan mengatakan boleh rawat semua jenis penyakit, 
bertambah2 lagi keraguan aku.
kalau betul la ubat tu boleh rawat semua jenis penyakit,
kenapa tak jual je ubat tu kepada hospital2 yang ada 
pesakit dengan bermacam2 sakit tu.
nampak benor nipunya...

ok,
lepas suami aku dapatkan rawatan kat klinik alternatif tu,
lebih kurang sebulan lebih yang lalu,
keadaan kulit suami aku masih sama.
takde apa2 perubahan setelah menelan 4 jenis ubat dan 
menyapu sebotol minyak yang dibekalkan oleh Doktor di klinik tersebut.

sesambil tu bila time rajin,
adalah jugak suami aku sapukan losyen vaseline kat part2 body yang kering amat tu.
tapi macam biasa la.
orang lelaki macam suami aku ni bukannya rajin amat nak sapu2 losyen ni.
bukan setakat orang lelaki, aku sendiri sebagai wanita pun kadang2 
rasa leceh nak sapu2.
kalau sapu pun time nak tido.
dan diulangi, itu pun kalau rerasa rajin nak sapu.

makanya,
(punya panjang permulaan review aku ni)
aku jumpa produk ni dan aku rasa apa salahnya bagi suami aku cuba.



tarikh beli 16/2/2014.
tarikh mula guna 16/2/2014.

produk ni ada dua :
satu untuk normal skin, satu lagi untuk dry skin.

kerana suami aku mempunyai masalah kulit kering yang agak kronik,
aku belikan yang dry skin - packing kale biru.




setelah lebih kurang 2 minggu suami aku mencuba, 
kesan2 dan perkara ohsem yang dapat ditemui adalah :

1. mudah untuk digunakan.
orang lelaki macam suami aku memang suka benda yang mudah.
gunakan dalam tandas. lepas sabun badan, bilas.
sapukan conditioner ni, bilas.
siap.
yang best, tak perlu perapkan lelama conditioner ni kat tubuh kita.
sapu dan bilas terus. 
kekal lembap.
yang best jugak, jimat masa. setelkan sume urusan kulit mulitmu dalam tandas.

2. takde rasa melekit lepas pakai, 
orang lelaki macam suami aku memang tak suka rasa lekit2 kat badan selepas mandi.
kita dah bilas siap2 masa mandi tadi.
kalau guna losyen vaseline, 
bila cuaca panas sikit, mula la rasa melekit2 kat badan.
tak selesa. nak2 suami aku seorang penunggang motor
yang selalu terdedah kepada kepanasan sinar matahari.


3. dengan mudah dapat sapu ke semua bahagian tubuh badan.
paham2 la kan kalau kita sapu losyen agaklah leceh nak menyapukan
losyen ke seluruh tubuh badan.
pastu kan kalau sapu kat part yang mudah berpeluh, mula rasa lekit2.
jadi situasi seperti di nombor 2 kekal membantu.

4. kekal lembap
yang ni memang diakui hebbak. walaupun kita dah bilas bersih, 
kelembapan di kulit kita masih terasa.
cepat dan tuntas conditioner ni bermesra dengan kulit kita.

konsep conditioner ni sama macam kita syampu rambut.
memula kita cuci kotoran di kepala dengan syampu kan ?
lepas tu kita sapukan conditioner agar kelembapan rambut kekal.
sama jugak dengan badan.
sabun badan tu membersih kekotoran. sesambil bersihkan kotoran,
kelembapan kulit jugak akan terhakis sedikit.
jadi bila kita sapu pelembap ia dapat kunci kelembapan kulit kita.

5. bau wangi. 
tiap kali suami aku siap mandi, bau semerbak 
bagai anak dara mandi bunga. ewaahh...

dan paling best dan menggembirakan suami aku,
masalah kulit kering dia dah makin kurang.
perubahan tu aku sendiri perasan.
nak kata kulit suami aku jadi lembut bak kulit bayi,
tu memang hiperbola sangat.
tapi kalau nak buat perbandingan kulit dulu dengan kulit sekarang,
kulit sekarang lebih lembap.
bila sentuh tu tak rasa kering sangat.
terasa sejuk je...

6. Kulit  masih kekal lembap walaupun tak pakai hari2.
 kalau rerasa macam nak suh pelembap ni tahan lama, 
korang boleh guna selang 2-3  hari sekali. ini ke arah menyokong langkah penjimatan.
Masih berkesan ke kalau tak guna hari2 ? 
Jangan risau. Guna selang 2-3  hari pun 
masih mampu kekalkan kelembapan kulit korang.
ohsem sangat.

masa memula aku suh suami aku guna produk ni,
aku lupa nak amik gambar sebelum. (sejak nak jadi mak untuk kali kedua ni, 
keterujaan nak amik gambar memang menurun dengan mendadak)
 untuk jadikan bahan bukti sebelum dan selepas.
pastu konon2 takpe la besok2 la amik.
rupanya sekali guna, masalah kulit suami aku yang kering amat tu hilang terus.
dah memang tak boleh nak lukis garisan putih di lengan suami aku.
makanya, suami aku stop guna produk ni dalam 2 hari sebab nak suh 
kulit jadi kering balik.
apalah amat memeranjatkan bila kulit suami aku kekal lembap 
dan tak kering macam sebelum ni walaupun stop guna untuk 2 hari.

7. bekerja untuk fungsinya yang sebenar.
kita pernah jumpa produk sabun mandian yang menawarkan extra pelembap
dalam produk sabun mandian dorang.
tapi tahukah anda ?
adalah lebih baik kita menggunakan sesuatu mengikut fungsinya sendiri.
maksudnya kalau fungsi ia sabun, maka gunakalah ia sebagai sabun.
kalau fungsi ia sebagai pelembap, gunakanlah sebagai pelembap.
kalau kita gabungkan sabun ngan pelembap ni,
kesan kelembapan dari pelembap tu mungkin akan berkurang.
terhakis oleh sifat sabun tersebut.

untuk lebih menjawab pertanyaan yang berlegar2 di kepala korang,
jemput layari web ni :
NIVEA In-Shower Skin Conditioner
scroll ke bawah dan ada ruangan FAQ.

kesimpulan yang aku boleh bagi,
produk ni memang ohsem untuk kulit kering yang bermasalah.
mampu melembapkan kulit lelaki suamiku.
apatah lagi untuk kulit halus wanita.
berganda2 lah kelembapannya.
dan paling ohsem, 
MUDAH, JIMAT MASA, TAK MELEKIT, SELESA, BERKESAN.
MEMANG OHSEM !


gambaran mudah cara penggunaan produk ohsem ni :







semoga entry ni bermanfaat dan membantu.
selamat mendapat kulit lembap cantik gebu lembut halus bak MJ.
aaawwww ! (ala2 MJ).



Monday, March 3, 2014

tanggungjawab kak long

Assalamu'alaikum w.b.t
salam tengahari yang agak lapar.
memang rasa lapar tapi kemalasan nak turun ke bawah dalam cuaca panas
membuatkan aku sanggup makan tengahari dengan memakan roti berkrim saje.

untuk makluman kebahagiaan bersama,
aku nak maklumkan yang aku dalam fasa mengandungkan 
ananda yang kedua.
alhamdulillah setakat masa ni kandungan dalam usia 10 minggu.
alhamdulillah jugak alahan tak teruk dan setakat ni takde muntah2.
cepat penat dan rasa nak berehat lama adalah perkara biasa.
mungkin itu lebih kepada faktor mengahda2.

novya dah sedia maklum yang beliau akan jadi kakak.
dan dengan baik hati merelakan diri dipanggil kak long.
yang berbunyi kak yong apabila disebut oleh beliau.

suka membahasakan dirinya kak long.
namun ada masa2 bila terlupa atau saje nak manje2,
diminta untuk panggil adik, meoww atau baby.

mak saja nak test tahap kebertanggungjawaban dan kesediaan 
novya untuk jadi kakak.
"nanti baby tubik, mak kena jago baby jugok.
tak po ko mok tok caro ko kak long ?"
dengan beryakin novya menjawab,
"takpo! eh, nati kak yong ya(la) jago baby".
macam pandai jeww... detik hati mak.
"kalau baby tiyok(menangis) kak long nok wat gano ?"
"kak yong oyat gini ko baby, tenyak (senyap) baby, tenyak"
sesambil tangan menepuk lembut bahu mak.

nampak gaya macam novya dah paham tanggungjawabnya.
rasa diperlukan untuk menjaga baby bersama mak.
harap2 begitulah yang akan terjadi,
bukan sebaliknya.

akak aku baru je selamat melahirkan baby awal bulan februari baru ni.
dan aku tengok novya amat teruja dengan kehadiran baby baru 
dalam rumah umi.
tiap jumaat nak gi umah umi nak tengok baby.
sampai je ajak mak tengok baby.
sesambil tengok tu bila ada rasa nak pegang,
dengan jari telunjuk, novya pegang pipi gebus baby.
tersengih2 kat mak.
suke le teww...





holo lolo....
comey nyo dorang tido.
tetiba rasa nak tido jugak.


entry takde gambar sendiri sebab memory card tepon tiba2 tak leh detect dalam phone.
mencik !