Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, November 26, 2013

selamat berumur 3 tahun sayang mak

assalamu'alaikum w.b.t
salam hari selasa. 
lagi 2 hari nak masuk hujung minggu pulok.
bahagia... bahagia...

tahniah kepada rakyat johor yang dapat cuti hujung minggu 
pada hari jemahat dan sabetu.

16 November 2013 adalah 
hari ulang hari kelahiran budak ommei2.
yang ke 3 tahun.
baru 3 tahun rupanya.
rasa macam dah lama kenal.
tapi pe'el perangai berubah2, ada je pesen baru yang ditunjukkan.

masuk hari ke 3 tahun, 
dah boleh baca a ba ta sampai abis, siap berlagu.
tapi nahu, sebutannya banyak yang lari.
al maklumlah, keteloan masih ada lagi.

harap2 pasni boleh ajar novya membaca pula.

bila anak dah masuk umur 3 tahun ni,
mak kena kentalkan jiwa dan ketatkan lubuk hati 
dan bersedia dengan persolanapersoalan,
"bila nak tambah anak lagi ?"
sebab kalau ikut standard ISO (hoh! tiba2 ISO pulok),
bila umur anak yang bongsu dah masuk 3 tahun,
maknya dah boleh pregnant dan tambah anak.
kan ?

kekadang tensi jugak dapat soalan cepu gangsa macam ni.
kalaulah membuat anak tu semudah memetik bunga raya dipohon,
kan bahagia.

rezeki, jodoh, anak,
semua tu allah yang tentukan.
kita nak jawab pun tak kena.

sesudah kita berusaha, tawakal padaNya je la yang kita mampu.

apa pun terima kasih kepada kawan2 yang sudi bertanya,
itu tandanya orang amik berat tentang kita. 
=I

berbalik kepada hari ulang hari kelahiran novya,
kebetulan 16 November jatuh pada hari sabetu.
ummi dengan bermurah hati nak wat makan untuk anak2 sikit.
maka berlangsunglah parti hari jadi yang tak berapa berparti.

mak tahu sangat2, misi novya adalah untuk membelah kek semata2.
tau je mak beli kek hari jadi untuk beliau, sibuk mintak nak belah kek.
makannya tak beria pun.

muka pagi hari budak nama novya delisha munawwarah versi ke 3 tahun.


tiba2 keluar gambar kuih koci pulok.
kuih koci air tangan ciksu, ummi dan aku (menyemak disaat2 akhir).
biasa tengok kuih koci tersengih je kan?
kali ni kuih koci versi pemalu.
lebih bersih dan murni gituww...

apa akan jadi bila ada dua makhluk ini ?

ni makan dia.
mee kari ala mama.
lada burung letak sebijik pastu pandai2 la gigit.
halamak ! tiba2 rasa lapar. 

rezeki untuk hari itu. 
mak2 mesti suka bila anak2 kumpul dengan cucu2 sekali makan ramai2.
walaupun makanan ala kodar sajo, 
masa yang diluankangdiluangkan bersama itu adalah yang paling penting.

kek hari jadi dak noya untuk ke3 tahun.
untuk tahun ke 3 ni mak tempah kek keju. 
gebus dan sedap. 
pastinya dari ekadelightkitcen.
time kaseh cik eka manis sebab sudi amik order.
walaupun mak noya order last minute, sehari sebelum hari kejadian.
semoga bertambah berkat rezeki awak, dan dapat jodoh yang baik.

besday girl control ayu nak potong kek hari jadi.


 masih control ayu.
dapat hadiah dari poksu.
matching pulok pembalut hadiah dengan baju.
siap ada fresh flowers lagi. 
mekaseh poksu.

gebus kan?
dan sedap jugak.
sampai tak cukup.

ini dia kek ke 3 tahun novya.
ala tomei2...

tiba2 ada makhluk yang kekenyangan sedang melabuhkan bijik mata dan tubuh gebus 
dalam pasu bunga.
macam comel jew... macam gebuww jew...





Monday, November 25, 2013

keep calm bebeh.



1. Assalamu'alaikum w.b.t.  salam hari isnin yang berbahagia.  hari pembayaran telah tiba. 
yiihaaa !!!  bahagia kan?

2.  alhamdulillah.  syukur atas nikmat yang diberi.

3.  ini sahajo yang mampu aku hupdate untuk hari ni.  nak gi sopping.   jommm !!!

4.  hihohiho...

5.  xoxo

6. sopping la sangat kan. jangan nak berjimba2 sangat dengan duit yang dapat sedebuk tu.

7.  ingat ye kawan2, utamakan yang utama sebelum habiskan duit untuk perkara2 yang tak utama.  dan, aku memang tak layan buletin utama. eh, tiber tiber.

8.  utamakan dulu membayar hutang piutang, yang mana ianya wajib dibayar. 

9.  seterusnya asingkan untuk barang keperluan di dalam rumah tangga korang. 

10.  sambil membayar hutang piutang dan membeli belah barang keperluan, jangan lupa juga asingkan sedikit sebanyak duit untuk tabungan, keperluan di masa hadapan. dan kadang2 keperluan di musim hujung2 bulan, nak tunggu gaji bulan seterusnya masuk.

11.  pastikan duit tabungan ni disimpan dalam akaun lain. bukannya dalam akaun bank yang selalu korang korek2. contohnya simpan dalam tabung haji ke, asb ke. atau bank yang memang susah sangat untuk korang korek balik.  contohnya bank yang cawangannya jauh dari tempat korang.  seperti di bank negara australia, bank negara bangladesh atau... ok dah melalut. 

12.  kalau ada duit lebih2, boleh la soping barang2 kehendak. contohnya kasut baru, baju baru untuk anak, atau mungkin juga helikopter mainan untuk suami.

13. tapi kadang2 ada jugak yang TERbeli barang kehendak sebelum sempat mengasingkan duit gaji kepada pembayaran hutang piutang, barang keperluan, dan tabungan. 

14. antaranya adalah aku.

15. baiklah, ini sahaja pesanan untuk diri aku dan harap untuk korang juga.

16.  selamat bergaji.

17.  pastinya shopping mall akan bersesak dari biasa pada hujung minggu ni.  

18. selamat bercuti untuk adik2 yang sekolah.

19. selamat berpantang kepada adik2 yang bersunat.

20. selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai yang menjadi raja sehari.

21. selamat berpantang kepada ibu2 yang selamat melahirkan anak comel ke dunia ini. (rindu momen ini).

22.  selamat mengandung kepada ibu2 yang sedang mengandungkan insan comel manis dalam perut korang. (rindu momen ini jugak).

23.  selamat segalanya. amin...




Thursday, November 7, 2013

review : aura white

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat tahun baru 1435H.
tahun silih berganti, dimanakah kita di setiap kali tahun silih berganti itu ?

have a good year ahead. 
in shaa allah.

haish,
ni saje je buat2 sibuk menaip hupdate blog.
bukan kes nak ampu bos ke apa ni.
ini bersebab kerana aku sekarang ada penyakit merbahaya.
kalau dibiarkan akan memudhoratkan.

mulut asik nak menguyah dan perut asik rasa kosong je.
lapar... lapar...



dalam entry sebelum ni pun pernah jugak aku merungut kelaparan.

entahlah, aku sendiri kelirruuwww.
kenapa harus terjadi begini pada diriku.

sebelum ni aku tade la selalu sangat atau mudah sangat rasa lapar.
sekarang ni, pantang bersahaja2,
mesti mulut terasa kosong, boring.
mulalah terasa nak kunyah2. 

aku tak pasti adakah ini berkait rapat dengan pengambilan 
aura white yang aku amik lebih kurang 5 bulan yang lalu.

begini kesahnya,
sambil2 tu aku wat review la ye.

ketika umur aku menginjak ke angka 26 pada mei yang lalu,
tentibe rasa gatai nak try amik aura white.
kebetulan pulak, setelah masuk umur ke angka 26,
jerawat halus dan tak berapa halus agak rajin menyinggah ke wajah kudusku.
salah sorang bos kat opis aku ada tegur,
"bakpo muko su banyok naik jerawat loni?"
aku menjawab, "mungkin sebab beralih umur kot".
jawapan sekodar untuk menyedapkan hati sendiri.

kebetulan pulak masa tu kan tengah howwt promo pasal aura white.
aku pun dengan teruja rasa nak try aura white ni.
niat bukanlah untuk jadi putih melepak macam hanez suraya tu,
cuma untuk dapatkan wajah berserri jew.
sebab aku agak tensi dengan muka kusam aku sejak masuk umur 26 tahun.
kebetulan jugak, 
aku dah stop guna organic aid moisturiser cream + collagen dust, sebab malas.
heee...
(mungkin ini sebab kenapa masalah2 kulit kusam dan jerawat tu timbul).

dengan teruja dan verangan wajah akan jadi berseri2,
aku pun consume aura white dengan penuh keterujaan.

seronok jugak consume aura white ni.
pertama sebab rasanya sedap. macam berry2. 
kadang2 terasa macam sabun pon hadow (?).
pastu cara nak sediakan pon senang jew.
bancuh 2 sudu aura white dengan  200ml air sejuk,
goncang2 dan minum.

dalam 2  minggu aku consume, 
terasa ok.
takde semelit ke hape. buang2 ni memang ok la.

aku teruskan consuming sampai lah pada satu ketika...
aku rasa sesuatu telah terjadi pada diriku.

mengapakah, 
berat badan aku naik, pertama kali aku perasan berat badan aku dari 
50kg menuju ke angka 53kg.
gumbira jugak rasa di hati sebab dah melepasi BMI kurang berat badan.

selang beberapa lama, 
setelah hampir separuh botol aura white aku consume, 
aku mula menyedari, 
berat badan aku bertambah lagi menuju ke angka 54kg.

dan, 
aku mula sedar, selera makan aku makin meningkat.
dan yang paling tak best, makan banyak, berat badan naik sekali.
kalau dulu aku makan banyak, berat badan tak naik2 pon.
duk statik situ je.

ngada2 la pulok kan.
time kurus nak gemuk, time gemuk bimbang, nak kurus pulok.
hehehe...
ni bukan kes aku tak bersyukur.
syukur alhamdulillah.

cuma aku bimbang kalau dibiarkan perkara ini terjadi,
tak mustahil berat badan aku akan naik lagi,
dan dengan selamba badak akan menuju ke angka 60kg.
oh tidak, tidak.

aku mengutarakan isu kenaikan berat badan kepada suamiku sayang.
"uci nok diet doh. gemuk doh loni. naik 5 kilo doh".
suamiku sayang berkata dengan tenang,
"gemuk gapo, napok biaso jah".

kalau mengikut kata suami aku tu,
makanya tak perlulah aku nak risau sangat.
tapi kalau dibiarkan, memang akan melarat.

dan yang amat tak best,
bila naik berat badan,
yang naik bukan setakat timbangan sahaja.
ada part2 di badan ni akan naik sekali.
terutama sekali di bahagian perut, yang akan membunchit,
dan tiub basikal akan muncul di tempat2 yang tak sepatutnya.

Makanya, 
apa yang aku lakukan sekarang adalah berhenti consume aura white 
yang ada separuh lagi.
dan cuba mengawal pemakanan aku.
sukar jugak sebab asik rasa nak makan je.

kesimpulan review aku,
setelah aku amalkan consume aura white lebih kurang 4 bulan :

1. kulit wajah masih macam biasa. tak berseri2,
jerawat masih rajin menyinggah.

2. selera makan meningkat.  dan menyebabkan berat badan meningkat.

ini adalah review hasil dari ujikaji ke atas diri aku sendiri.
hasil consuming mungkin akan berbeza dengan setiap individu.
- orang lain consume jadi cantik jewww...
mencik !

sehingga entry ni di hupdate, berat aku adalah 55.4kg. 
gambate untuk aku maintain berat 52kg/51kg.
go suchi go !