Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, June 28, 2012

Khasiat Buah Tempatan

Aku sangat suka buahan tempatan.   Terutamanya durianssss, manggis (masa kecik2 selalu panjat pokok manggis), dan langsat. 

Tapi orang tua2/orang2 tua disekeliling aku selalu cakap :  
jangan makan durian banyak, nanti panas, angin.  
jangan makan langsat/duku banyak, nanti sakit urat, sejuk.
jangan makan rambutan banyak, nanti batuk.
jangan makan buah salak banyak, nanti sembelit.

banyaknya jangan. tapi kalau buahan mat saleh boleh pulak makan banyak2. macam 
epal, baik untuk sesape nak kurus (epal hijau).  
malah ada pepatah mat salleh cakap 'an apple a day keeps the doctor away'.
anggur, tinggi vitamin c.
oren, baik untuk penghadaman.
kiwi, penuh dengan serat makanan.
strawberi, baik untuk mata, tekanan darah tinggi, kerosakan fungsi otak dan anti kanser.

tapi janganlah terlalu mengagungkan buahan mat saleh saje. kerana buahan dari kebun muhamad salleh pun banyak jugak khasiatnya.  mungkin kita kurang didedahkan dengan fakta tentang khasiat buahan tempatan.
so lets cekidaut !!!

Rambutan


Kajian di Monash University, Australia menyatakan buah yang isinya melekat pada biji ini mengandungi antioksidan tinggi.  Kajian di Singapura pula mengatakan ia mengandungi antioksidan yang sangat penting untuk sistem tubuh.


~~~~~~~~~~
Duku

Dengan bentuknya yang mungil (bak bibir yang mungil). duku mengandungi mineral cukup tinggi seperti kalsium, fosfor dan zat besi.  Seratnya sangat membantu sistem pencernaan.  ia bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah ada yang menjadikannya sebagai campuran untuk puding yang lazat.

~~~~~~~~~~

Belimbing

Bentuknya seperti bintang menyebabkan di juga dikenali sebagai starfruit.  manfaatnya juga banyak antaranya mengandungi banyak serat dan vitamin E.  kajian di Brazil menemui buah belimbing mempunyai zat yang berguna untuk mengubati antiradang usus pada ekstrak buah ini. 

~~~~~~~~~~

Mangga

Penulis Juices and Tonics, Elsa Petersen menyatakan mangga segar sangat bagus untuk kulit dan mengurangkan tekanan darah tinggi.  Pengamal perubatan tradisional di Vietnam menggunakan buah ini untuk melancarkan peredaran darah.  namun, berhati-hati jika anda mempunyai masalah gula dalam darah kerana kandungan gula di dalamnya sangat tinggi.

~~~~~~~~~~

Manggis

Journal of Pharmacology menyatakan bahawa xanthones yang terkandung di dalamnya merupakan antioksidan yang sangat baik, antivirus, antiradang dan bermanfaat untuk kesihatan kardivaskular.  beberapa kajian juga menunjukkan manggis mampu meredakan keletihan dan cemas.

~~~~~~~~~~

Ciku

Mengandungi vitamin A, B, C, mineral dan serat.  setiap 100g ciku mempunyai 14.7mg vitamin C.  ia manis dan tinggi karbohidrat kerana 16 hingga 20 peratus ciku mengandungi gula.  ciku sangat baik untuk pembuluh darah kerana kandungan potasiumnya yang tinggi tetapi rendah sodium.

~~~~~~~~~~

Salak

Kebarangkalian untuk anda 'terkena' salak yang masam atau kelat berlebihan mungkin rendah kerana teknolgi pertanian yang semakin canggih.  ia berkhasit mengurangkan rasa panas pada perut dan mengurangkan cirit birit.

~~~~~~~~~~

Nanas

Enzim bromelain yang terkandung di dalamnya merupakan kandungan paling popular.  ia memulihkan aterosklerosis (pembuluh darah menyempit kerana lemak), batuk-batuk dan membantu sistem pencernaan.  sangat bagus untuk mereka yang sedang berdiet.

~~~~~~~~~~
*setiap yang Allah ciptakan itu ada kebaikannya, yang mungkin kadang-kadang kita tak nampak.
sumber maklumat dari : Majalah RAPI 15 Jun 2012









 

Wednesday, June 27, 2012

novya & rutin tidur


dewasa ini, novya semakin sukar ditidurkan. 
tiada lagi rutin tidur harian yang teratur.
semuanya dah jadi kube lembe (bahasa kelantan).
bagaimanakah caranya untuk mak hadapi situasi ini?


sangat penat nih
Sebenarnya jumlah waktu tidur bagi anak kecil berusia satu hingga tiga tahun ialah antara 12 hingga 13 jam sehari. 
Ketika mencapai usia 18 bulan, bayi tidak lagi tidur sebentar untuk kali kedua dan didapati, rutin waktu tidur sangat penting.

AgeNighttime SleepDaytime Sleep *Total Sleep
1 month88 (inconsistent)16
3 months105 (3)15
6 months113 1/4 (2)14 1/4
9 months113 (2)14
12 months11 1/42 1/2 (2)13 3/4
18 months11 1/42 1/4 (1)13 1/2
2 years112 (1)13
3 years10 1/21 1/2 (1)12
*Note: number of naps in parentheses

info dari baby center


Pada peringkat ini masalah tidur adalah normal yang mana 20%-30% anak kecil mengalami sebahagian masalah demikian.

Gangguan biasa atau masalah tidur pada bayi antaranya ialah sukar untuk tidur, tidak mahu tidur dan tidak sensitif 
pada waktu siang atau malam sehingga 
membuatkannya mengantuk 
waktu siang dan mudah meragam.

Pencegahan dan rawatan perlu dilakukan 
termasuk jadual tidur, rutin waktu tidur 
dan ada kala memerlukan penenang diri untuk tidur. 

Strategi tidur pada bayi

TENTUKAN WAKTU TIDUR DAN MASA REHAT.

Masa tidur terbaik bayi adalah antara 7 petang dan 8.30 malam. Ibu boleh menetapkan waktu rehat bayi dengan cara sama. Rancang waktu khusus setiap hari. 
(pukul 10.oo mlm ok tak? sebab mak nak layan masterchef dulu).

BENTUK RUTIN WAKTU TIDUR.

Bayi terikat dengan cara konsisten. 
Dibuktikan secara klinikal waktu rutin bayi. 
Tiga langkah mudah untuk memperbaiki waktu tidur bayi:

Langkah 1: Mandi air suam
Langkah 2: Urutan lembut 
(nak urut macamana, nak pakai pampers pon bukan main lagi terpaksa main kejar mengejar).
Langkah 3: Tidur dengan senyap 
(bila dah tidor memang la senyap…kan?)

Rutin waktu tidur ini diakhiri dengan aktiviti senyap seperti membaca, mendengar muzik lembut dan membelai.
 Ini adalah cara terbaik untuk membentuk bayi tidur sementara kedua-duanya boleh menikmati 
detik ikatan hubungan yang lebih erat.
(rasanya novya boleh buat ni, 
tapi hanya akan bertahan kurang dari 10 minit.)

Objek sementara – seperti selimut dan alat permainan 
untuk membantu bayi rehat serta menenangkan dirinya.
(kalau novya, ipad la yang dia nak.  
Tapi bukan menenangkan diri, makin menterujakan(?) diri)

Menidurkan bayi ketika mula nampak mengantuk 
tetapi masih terjaga dan terawang-awang. 
Bayi masih belum nyenyak sepenuhnya. 
Tunggu sebentar sehingga pernafasan bayi tenag dan sekata, ototnya rehat sepenuhnya. 
Genggaman tangannya terbuka, 
manakala kaki dan tangannya juga rehat serta ringan. 

nampak macam mudah je nak tidorkan bayi. Tapi kalau pada bayi bernama novya, rasanya agak mencabar nih.  Selalunya mak yang lena dulu.

Jadi, perkara utama yang perlu ibu2 lakukakan adalah bersabar !

so sweet...

Ada kanak-kanak dan remaja yang suka berjaga malam kerana menonton televisyen 
(dalam kes novya, kerana main ipad) dan sebagainya. 
Tidur sehingga lewat malam akan mengganggu ritma tidur dan boleh menyukarkan untuk bangun keesokan hari 
(betul2.  Novya pernah tido pukul 3.30 pg, bangun pukul 2.00 ptg keesokan harinya.  Errr…. Mengerikan.  
Tapi… 13 jam.  Kira standard la kan? 
Sebab bila bangun lewat, novya takkan tido siang).
Ibu bapa perlu menerapkan budaya tidur betul sejak kecil supaya anak anda dapat manfaat ketika kecil dan untuk masa depannya (mak rasa dulu rutin tido novya sangat bagus.  
Tido awal dan bangun awal pagi. 
Tapi… sejak adanya ipad,segala2nya berubah).

Rutin tido yang tak teratur adalah tidak berapa baik.  
Ce bayangkan, macam novya, tido 3.30 pg bangun pukul 2.00 ptg, beliau dah skip waktu makan sarapan dan makan tengahari, yang dibawa ke waktu petang. Bukankah itu tidak baik?  Walaupun beliau menelan susu hampir 3 botol (5 auns/botol) dalam tempoh peniduran itu.  Sebab susu tidak memberikan nutrisi makanan yang sempurna. 
Kan?

walaupon novya mempunyai rutin tido yang tak baik, 
tapi dia masih tetap anak mak yang baik. 
tidak meragam dan mengahda2.
beliau sentiasa ceria bagaikan astro ceria 
(channel pebret novya dan kanak2 malaysia yang lain)

chinta hati ku =)





Tuesday, June 26, 2012

novya & semalam

Seperti biasa, bangun di subuh hari, bersiap ke tempat kerja.

Membawa apa yang patut. Seperti telepon bimbit cap ayam (berkenan nak hupgrade 
kepada samsung galaxy s3, yang pendapatanku tak setarap regenya.), ipad dan.... bil api/letrik( tak berbayar lagi).




Yang tidak patut dibawa pon, aku bawa jugak.  Seperti sapu tangan novya.

Yang diniatkan untuk mengelap hingusan novya dan ditinggalkan di rumah nekma.
novya selsema la pulak...




Setibanya di pejabat, seperti biasa, charge ipad (tumpang api kerajaan ;)). Kerana sah2 ipad abis batri setiap malam dek kerana kerakusan novya mengoteh ipad sebelum tido.

Punca kenapa novya tido lewat - ipad.



Seterusnya aku surf internet dan bukak apa yang patut. Seperti email gomen, email peribodi dan jugak blog.  Kot2 ada entry best dari blogger yang aku follow . 
yang tak patut seperti facebook, laman web gossip dan syosyial memang aku tak bukak.
aku pekerja yang baik ye (sila baca dengan ikhlas).





Jeng..jeng...jeng... 

Makanya agak meneranjatkan aku bila ada 3 entry baru yang dihupdate dalam blog aku.  Walaupun 3, sumenya entry kosong. Pukul 1.30am masih menghupdate blog ? Memang bukan aku la, sebab sah2 aku dan terlena dibuai mimpi masa tu. Suamiku pon sama.  Dah dengkor berlagu genre ballads. Hermmmm.... 
Sah, keje cik novya mak la ni.
Hadeiihhh...



Nampak tak? Betapa mudahnya nak jadi bolgger.  Hupdate jerrr....

Budak umor 19 bulan pon boleh hupdate.  Ko haaddooww ??!



Argghhh.... Bahyo sungguh novya ni, entah hape2 yang dibuat malam2.

jeng... jeng..jeng.. sekali lagi





Satu lagi isu yang meneranjatkan mak, susu novya tumpah dan mengering di atas screen ipad.

Abis berbolop dan agak berlengas ipad nih.
Sangatlah berceluah (comot). sampaikan bos pon perasan dan ditegur, "su tade ke kain untuk sapu screen ipad tu? Guna kain lap cemin mata pon boleh.". 
Terkulat2 kejap.



Novya oh novya.... Macam2 la kamu ni.




* sure2 mak rindu kamu lebih. Next week mak dipaksa pegi kursus ;(

Friday, June 22, 2012

Pink hairband Photoshoot

Model : novya delisha munawwarah
Photo by : novya delisha munawwarah (save budget)
Sponsor : pink hairband by mak
Venue : deli hotel, alaska




Lobang idum pon nak tayang ?

Say cheeeesssssee !!!

Muka bulat macam belon

Say cheeeeessssee again

:P

^___^

:)

Buuuuwwweeekkk !!!

Heeerrmmppphh...

Sengeh seindah novya

Cemmmuulllaattt !!!



* Mak like !!! Supercute ;)

Thursday, June 21, 2012

baiknya yogurt

very da yummmieesss !!!


Yogurt ni kalau bagi sesetengah orang, dorang tak suka. Kerana rasanya yang masam dan macam ala2 basi gitueww… tapi aku suka yogurt. Lagi masam rasanya lagi sedap.

Kenapa aku suka yogurt ? sebab yogurt sedap.

Tapi bukan hanya kerana kesedapan yang membuatkan aku gilakan yogurt. 

Kerana kebaikannya yang buat aku semakin suka yogurt.

Contoh, bila kita tau kebaikan seseorang, semakin kita sukakan orang tu. Betul tak?

Sama la halnya dengan yogurt.  Bagi kamu2 yang kurang sukakan yogurt, ingatlah kebaikannya. Nescaya kamu akan lupakan ketidaksedapannya dan akan mengingati kebaikannya.   Ayat…. Panjang ye.

Ayat ni jugak sesuai dinasihatkan kepada sesiapa yang tak suka makan sayur. Termasuklah AKU. Hiiii….



Tersikit terbanyak sejarah pasal yogurt yang dapat aku simpulkan :
Perkataan yogurt berasal dari bahasa Turki yang bermaksud susu masam. 

Yogurt sebenarnya terhasil secara spontan, hasil dari tindakbalas oleh bakteria liar yang hidup pada bekas kulit kambing/bebiri.  
Pengembala jaman dulu menyimpan susu dalam bekas kulit, dan dengan itu terhasilnya yogurt, hasil tindakbalas tersebut. Tapi macamana dorang boleh simpan bahan cecair dalam bekas kulit ek? Mungkin jaman dulu tade bekas Tupperware atau botol air, kot…..

Teori bahawasanyan yogurt mula digunakan oleh orang-orang turki kuno diceritakan dalam buku Diwan Lughat al-Turk oleh  Mahmud Kashgari dan Kutadgu Bilig oleh Yusuf Has Hajib yang ditulis pada abad ke-11.  (untuk maklumat lanjutan tentang buku tersebut, silalah tuan/puan google sendiri).

Aku pernah tengok dalam rancangan spice route adabi kat TV3.  Ada satu episod dorang wat rakaman di Turki, Chef Sabri ada gitau pasal yogurt.  
Katanya ramai yang anggap yogurt adalah makanan orang barat, dek kerana kepopularannya di Negara barat. Walhal yogurt sebenarnya berasal dari timur tengah, dan dibawa masuk ke barat oleh pedagang2 di jaman dulu kala.

Begitu jugak dengan eskrem, sebenarnya ia pon berasal dari timur tengah uoollsss….

 Mestilah kamu2 tak sabar untuk mengetahui kebaikan yogurt kan? (dalam hati korang berkata : tak pon…)


extra yummiesss!!!

Baiknya yogurt ni :
-        Menghasilkan zat-zat yang diperlukan oleh hati, berguna untuk pencegahan kanser
-        Membantu proses pencernaan  (Lactobacillus bulgaricus)
-       Yogurt memiliki gizi yang lebih tinggi berbanding susu segar. Kandungan lemak lebih rendah
-       Mengandungi kalsium, vitamin A, thiamin/vitamin B1, niasin/vitamin b3 dan riboflavin/vitamin B2 daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
-       Mengurangkan kolesterol
-       Antikanser dan meningkatkan antibodi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagi ibu2, yang bakal mengandung dan sedang mengandung, digalakkan untuk mengambil yogurt sebagai makanan sampingan.



Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, ibu-ibu mengandung digalakkan mengambil pemakanan yang mengandungi probiotik seperti tempe, yogurt, minuman berkultur, miso dan sesetengah minuman jus atau soya.

Antara kebaikannya untuk ibu mengandung adalah :

-       mengekal dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung dan anak yang dikandung kerana lazimnya daya tahan wanita semasa mengandung akan menurun.

-       Mengatasi masalah sembelit (biasa sangat berlaku pada preggy moms, kan?)
-       pedih hulu hati

-       keputihan

-       kencing tidak lawas

“Pengambilan probiotik bukan sahaja memanfaatkan kepada ibu malah ia turut memberi kebaikan kepada anak yang dikandung.

“Secara tidak langsung, kebaikan probiotik yang diambil semasa mengandung akan berterusan sehingga anak yang dilahirkan mencecah 1,500 hari. (drpakar.blogspot.com)


Baik kan yogurt ni? So, silalah berkawan dengan yogurt.  
Tambahkan yogurt dalam senarai makanan kegemaran anda. 


* sila ambil tahu bahawa yogurt jugak mampu mengurangkan tekanan.















Wednesday, June 20, 2012

Saya suka yogurt !

Tahukah anda?
Yogurt berasal dari negara timur tengah iaitu Turki.

alas perut yang lapar dengan yogurt.


Have you had your yogurt today?

Tuesday, June 19, 2012

What Makes You Beautiful (?)

moh kita karox lagu ini. yang didedikasikan untuk kita =)

You're insecure,
Don't know what for,
You're turning heads when you walk through the door,
Don't need make-up,
To cover up,
Being the way that you are is enough,

Everyone else in the room can see it,
Everyone else but you,

Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
If only you saw what I can see,
You'll understand why I want you so desperately,
Right now I'm looking at you and I can't believe,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
Oh oh,
That's what makes you beautiful

So c-come on,
You got it wrong,
To prove I'm right,
I put it in a song,
I don't know why,
You're being shy,
And turn away when I look into your eye eye eyes,

Everyone else in the room can see it,
Everyone else but you,

Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
If only you saw what I can see,
You'll understand why I want you so desperately,
Right now I'm looking at you and I can't believe,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
Oh oh,

That's what makes you beautiful

Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na
Na Na Na Na Na Na [x2]
-gelemer la sape2 nama nana,sokmo namanya disebut2 dalam lagu-

Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,

You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,

Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful, Oh,
If only you saw what I can see,
You'll understand why I want you so desperately, desperately,
Right now I'm looking at you and I can't believe,
You don't know,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
Oh oh,
You don't know you're beautiful,
Oh oh,

That's what makes you beautiful