Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Showing posts with label Collagen Dust. Show all posts
Showing posts with label Collagen Dust. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

refeeding collagen dust - betol2 refeeding

Assalamu'alaikum w.b.t 
insan2 cantik dan segak. 
semoga rahmat dariNya tak pernah putus untuk korang =)

have you had your yogurt today ?
plus pure collagen dust.


dah setahun (betul ke setahun ?) aku beli toujours pure collagen dust
dari hanis zalikha.
dan masih banyak lagi rupanya. 
tak berapa luak.

nak tau rahsianya ?
jangan guna. simpan baik2 dalam bekas,
so tahan lama dan tak cepat habis.
heeehe...

baiklah, 
salah satu faktor kenapa aku tak berapa 
lekat mengambil toujours pure collagen dust, 
adalah kerana aku lupa dan kerana packing nya.

seperti yang korang dah selalu tengok ,
botolnya kan agak besar dan gedabak
berbanding isi dalamnya.

jadi aku cadangkan kak nani atau hanis 
boleh cari bekas yang lebih kecik untuk packing collagen dust ni.

yang penting, 
bila dah kecik, senang nak bawak.
sumbat je dalam beg kecik, hinggakan tidak terasa membawa apa2. 
cewaahh...

gambar di atas adalah berkaitan.
aku cuba menginovasikan dan mengkreatifkan diri 
dengan memikirkan macamana nak memudahkan aku bawak 
collagen dust ni supaya aku boleh amik anytime
bila aku ingat. =p

so, kebetulan aku adalah insan pengumpul, 
jadi ada la bekas esen vanila yang cenonet dan comel yang aku simpan, 
just in case.
dan akhirnya case itu tiba.
berguna jugak beliau untuk aku isi collagen dust.

yang penting boleh bawak kemana2 bersama2.

oleh kerana aku insan yang lemah dengan ingatan,
jadi ada masanya ingat ada masanya tak ingat.
bila ingat aku tambahkan collagen dust dalam makanan/minuman aku.
bila tak ingat memang tak tambah la.
point yang aku nak sampaikan ialah, 
bila benda tu kita bawa bersama2 dengan kita,
bila kita perlu, ia sentiasa ada, jadi ia mudah.

hermmm.. paham tak ?

so, sekarang aku betul2 refeeding toujours pure collagen dust.
semoga istiqamah =)






Wednesday, October 17, 2012

refeeding : collagen dust toujours skin


lepas aku membaca entry kak nani rostam ni, 
baru ku sedar, 
kebaikan collagen dust toujours skin bukan sahaja untuk masa kini, 
malah untuk kesihatan jangka panjang.
di usia muda ni memang tak terasa sangat kot.
bila dah beranak 8 nanti baru tau !
(8 ke ?)

tibe2 terasa bersemangat balik
untuk amalkan collagen dust.

bersemangat balik ?

ye la, walaupon aku dah beli 2 pack (sebab terlalu teruja)
dari kak nani, melalui kek nis,
tapi aku tak amalkan pon.
hoohoo..

rerasanya, 
dah 3 bulan aku stop terus ambil collagen dust.
heeee....

masa awal2 dulu memang aku selalu rajinkan diri
masukkan collagen dust dalam minuman, dalam yogurt, dalam eskrem,
tapi lama2 aku rasa macam leceh,
sebab aku jarang minum minuman manis, jarang makan eskrem.
tapi yogurt selalu. i love yogurt.

walhal 1 pack collagen dust aku simpan kat office.
1 lagi kat rumah. 
supaya boleh diambil bila mana perlu. 

puncanya : MALAS.

che ta (rozita che wan) yang cun pernah berkata,
perlu rajin jika mahu cantik.

tade maknanya jika korang beli produk kecantikan riban2,
supplement 5 6 jenis, 
alat senaman 3 4 jenis tergeletak dalam rumah,
tapi korang peramkan je benda2 ni semua.

pastu cakap, 
huh, tak berkesan pon produk tu, produk ni, 
tak jadi pon supplement cap itik tu, 
tak kurus pon walaupun beli treadmill cap angsa ni,
harga je mahal.
dan lain-lain...







motivasi untuk aku hari ni :
sila rajin jika mahu sihat sepanjang hayat. 


* bila nak start  gi kelas aerobic balik ni ?



Saturday, June 16, 2012

Sambungan cite collagen

Lama betul aku nak siapkan cite sambungan kesah collagen dust si hamis jalikha. Shooting sampai kutub utara, tu yang lama tu. Nak gi sana dah brapa purnama,patah balik ke tanah malaya bape lama pulak. Pegi sana pakai tongkang je. Orrait... Hentika karutan ini.

Rasanya dah 2 bulan aku tak hupdate, dan kesah collagen dust ni pon dah basi.

Tapi, sesuai la aku hupdate di waktu ini, supaya boleh aku bagi review kesan penggunaan collagen dust kan?

F.y.i, collagen dust ke2 telah selamat tiba kat aku 1 minggu selepas aku wat aduan pelanggan ke talian yang diberikan oleh si hanis.

Terus kepada point kita ye puan2, sellepas kurang lebih dua bulan aku menelan collagen dust,apa yang dapat aku rasa, paling sangat2 aku rasa, kulit aku terasa lembut. Berbanding dengan kulit asal aku, yang agak mengering. Lembutnya macam... Tauhu lembut kot. Atau seperti kata arwah sudirman, lembut bagaikan sutera....

Ober nye testimoni aku ni. Hahaha!!! Mesti korang macam rasa ragu2 dek kerana review aku yang tak berapa lojik ni. Ada ke kulit macam tauhu lembut. Sah2 mudah koyak nanti. Hahaa!!!

Surius....

Pertama: kulit terasa gebu dan lembut bila disentuh( ke aku yang perasssan?!)
Kedua. : kukuku memanjang agak cepat dari biasa. Makaku kena merajinkan diri untuk selalu motong kukuku itu,
Ketiga. : rambut rasa lembut.
Keempat. : aku masukkan sedikit collagen dust dalam toner, dan kesannya berbeza. Toner yang mengandungkan collagen dust dengan yang tidak mengandungkan collagen dust. Yang tidak mengandungkan collagen dust tak mampu atasi masalah liang roma aku suka terbuka ni, sebaliknya yang mengandungkan collagen dust mampu mengurangkan liang roma. Dan paling best, sebelum keluar, bersihkan mukaku dengan toner yang mengandungkan collagen dust, tempekkab sedikit bedak compact ( aku pakai brand avon jerrr...) dan hasilnya...

" kulit you nampak berseri la. Make up nampak kemas dan natural", kAta kawanku.

Amacam? Boleh wat iklan radio tak?

Tapi kan.... Sejak aku amalkan collagen dust, kulit aku mudah kecut bila kena air. Terutamanya bila mandi dan cuci pinggan. Kenapa ye?

Sunday, April 1, 2012

mau kulit anjal ? cobalah original collagen dust ! part 3

 
bersambung dari entry yang sebelum ini. (masih hupdate pakai i.)
 
gembiranya hati terima parcel dari si hanis.  dalam tempoh lebih kurang 5 hari menanti. 
namun, bila bukak2, tengok2 yang ada cuma 1 botol  collagen dust dengan isian bersih 70 gm.  
aku order 2  botol dengan berat tiap satu 70 gm. makannya makanya ini bermaksud, aku bayar untuk harga 2 botol tapi hanya terima 1 botol. berdebar hatiku, takut kena tipu, dah la rege mende ni agak mahal (berdasarkan bajet poket aku).  
 
terus aku menalipon si hanis.  berdasarkan nombor h/p yang ada pada resit parcel tu.
ceh, control tone suara, sebab nak cakap ngan hanis yang manis.
 
aku : saya suchi. 
orang di talian : ye. (keluar sore laki2,ala2 sore broery marantika ye. terus aku piki, 
huh, bukan si hanis punya no. phone ni).
aku : saya ada order collagen dust minggu lepas. saya buat bayaran untuk 2 botol 
tapi saya terima 1 botol. 
(terus sembur tak tanya sape di sana. kurang berbudi base betol aku ni. hee...)
orang di talian : boleh cik sms nama ke nombor ni. supaya kita boleh check semula. 
mungkin kami terlepas pandang. 
aku : ok. saya ada bukti bayaran yang saya hantar melalui emel. nak saya forward semula? saya takut kena tipu je. saya bayar untuk 2 botol. rugi la saya.
orang di talian : ishkk... kami tak buat kerja macam tu. 
tak perlu. sms nama je, nanti kami akan check.  
aku : ok, nanti saya sms. terima kasih.
 
ayah si hanis ke yang cakap tu?  sore jantan betol.  
aku terus sms nama, alamat emel untuk dorang check.  dan aku jugak forward balik emel bukti pembayaran yang aku buat.  harap2 dorang amik tindakan asap. 
 
apa pon, aku menggunakan dulu collagen dust yang aku dah terima ni.
malam sebelum tido, aku masukkan sesudu teh collagen dust dalam secawan air soya.
tak rasa pape pon, rasa air soya je. 
 
*sapukan sedikit di bAwaH mata, untuk hilangkan kedut bawah mata.
 

Wednesday, March 28, 2012

mau kulit anjal ? cobalah original collagen dust ! part 2

 
 bersambung dari entry sebelum ini (aku try untuk wat link, tp x menjadi. Sunggoh, x best hupdate blog guna ini i).
 
makanya, si hanis telah membalasi emel aku yang kudus ini, sehari selepas itu.  kira cepatla jugak kan? 
 

Hello, thank you for this email! I will tell you all you need to know about  Collagen Dust!
 
We have just restocked! We would recommend you to purchase more than 1 bottle (to ensure your own future supply). - membaca je ayat ni, terus aku piki nak order untuk 2 terus. gelojohnya aku. 
 
How much per bottle of 70g and how long does it last?

RM170 (including Semenanjung postage) RM180 (including Sabah Sarawak postage). Currently no international shipping.

For my personal use, it can last for up to 2-3months. I use it daily.

Not recommended for Pregnant Woman and Kids Below the age of 7. Breastfeeding mom should be okay, it's just a supplement.

How to purchase?

Step 1: Bank in RM170 to my Maybank 164351101931 (Hanis Zalikha Zainal).

Step 2: Refer the transaction to keknis@yahoo.com + screencapture (if you use Maybank2U). Snap the receipt and email me the image if you use manual transfer.

Step 3: Send your details (Name, Location, Contact Number) to keknis@yahoo.com with the subject:COMPLETED. Reminder: If you use someone else's account, please state the name of account holder.

Step 4: Delivery will be done within 1-2weeks depending on stock. We work on first come first serve basis.

For repeat order, please follow the same steps above. Our stock is frequently updated.

 

Answering frequently asked questions (FAQS)

What is Collagen Dust™?

Collagen Dust™ is actually marine hydrolyzed collagen that is 100% fish protein base product. The results are progressive, it works from within and the longer you stay on the product, the better your results will be. You can say it is an alternative to having collagen and Botox injections.

 Does it work for skin?

Yes, by supplementing internally marine collagen, your skin will improve. Mom been using it for 2years, she’s aging but it doesn’t show (not that fast, at least). Your skin really does get perkier with Collagen Dust™. I believe that my skincare works better thanks to it.

 Does it work for nails and hair?

Yes and yes. Collagen strengthens brittle nails. Hair should also be stronger and more elastic from the result of taking collagen (from ingestion). I use it mainly for hair to be honest, since I am always in and out of the saloon putting chemicals on it T_T. Must. Strengthen. Hair.

 Does it reduce joint and muscle pain?

We have found this to be true. It works for us, my mom the superwoman no longer suffers backache and I no longer find myself lenguh-lenguh lutut at night when I wear my heels for too long during the day.

 Is it HALAL?

Yes, certified. Industry secret: Most beauty products have added some concentrated collagen powder (Collagen Dust™) in their product line. What you’re purchasing is the real deal. Okay lemme copy paste my mom email reply:

“Kolagen yang Kak Nani ambil itu tidak dijual  di pasaran. Kak Nani dapat dari seorang kawan yang supply concentrated marine collagen powder pada syarikat-syarikat kosmetik di Malaysia ni. Contohnya dia supply kat Sendayu Tinggi, product terbaru Chef Wan (Mavellous) dan hampir semua  syarikat product kecantikan di Malaysia ini. Ada status halal. Maklumlah, disupply ke semua syarikat kosmetik orang Melayu di Malaysia ni.

Tetapi penggunaan colegen didalam product mereka sangat sedikit. Manakala yang Kak Nani dapat dari supplier memang pure collagen dan keberkesanannya seratus peratus atau direct.”

 LOL.

 How do I use it?

1-2 teaspoons per day for consumption, highly soluble in cold water (juice/Milo/teh ais), really suitable with liquid food (yoghurt/ice cream etc). DON'T PUT IN HOT WATER. tau kenapa taleh campur ngan hot water?  hanis cakap sebab takut khasiatnya hilang dalam suhu tinggi.  

You can also mix a pinch of Collagen Dust™ with your moisturizer before applying to face. Sprinkle it in your body lotion for perky boobies.

Guna luar dalam for best result. 

 

Beautify and make yourself youthful with Collagen Dust™.

For tips & testimonials, follow Collagen Dust™ on Twitter: @CollagenDust

 

sungguh panjang emel yang beliau hantar.  tak heran pon, copy paste je kan? sebab sama dengan apa yang pernah aku jumpa di blog mereka yang mungkin pernah berhubung dengan si hanis. 
 
seraya menerima emel ini, terus aku order, dan buat bayaran. stok 2 botol ye. hehee... 
mengecek suami untuk memberi wang bayaran, kononnya hadiah hari jadi. sedikit advance. konon... bulan 5 nanti, mintak hadiah lain puiak. kejamnya.
 
dan sekarang, menanti barang itu sampai kepada aku.
 
*"you are beautiful, no matter what they say", kata si christina aguilera.

Tuesday, March 27, 2012

mau kulit anjal ? cobalah original collagen dust !

 


tajuk entry ni dah macam iklan kecantikan pulak.  dah la tu, pakei perkataan indon lagi.
ini adalah entry tidak dibayar.  cuma review dari aku yang sekarang sedang mencoba produk yang diperkenalkan oleh blogger yang cantek manes- si hanis zalikha.
 
macamana aku mengenali collagen dust ni?
bermula apabila aku sedang berjalan2 di blog elia yang berjari runcing.
beliau me'link'kan blog si hanis zalikha dalam entry beliau yang bertajuk ? aku pon lopa tajuk apa.  dengan menggunakan jari aku yang 3/4 runcing ni, aku mengelick ke arah link yang tertera nama hanis zalikha.
 
sungguh aku tertarikh dengan cara beliau (perghh...skimanya) melontarkan kata2 dalam blog beliau.
santai dan aku jatoh chenta.  Rasa macam nak baca semua entry beliau. Buntang mata aku dibuatnya.
sambil aku terus berjalan2 di blog beliau, maka berjumpalah aku dengan entry tentang collagen dust.
 
1 hari dengan ketiadaan bos di pejabat, aku manfaatkan (manfaat la sangat) dengan mencari maklumat tentang collagen dust nih.  en. google sangat memberikan kerjasama.  banyak maklumat tentang collagen ni, dan kalo anda2 rajin, google lah sendiri ye. kahakah !!
 
dan, dengan harapan besar agar aku dapat jadi semanis hanis zalikha, semuda mak si hanis zalikha, maka aku mengambil keputusan untuk memesan collagen dust ni dengan si hanis.
aku emel kat beliau , dengan tidak berharap beliau akan terus reply.  yo la kan ,beliau kan orang yang sibuk, tak menyempat nak belek emel satu2, tidak termasuk lagi dengan spam menjual pil kuat dan ubat untuk disayangi suami, yang masuk ke inbox beliau (ini kata si hanis sendiri).
 
perlu ke aku tunjuk emel yang aku hantar kepada beliau ?
ermm... inilah emel yang aku hantar kat beliau (=`_`=)
 
Hai kakak hanis yang comel.
saya dah baca FAQ tentang collagen dust di blog2, termasuk blog akak, so rasanya tak perlulah diulang citer.
senang citer, saya nak dapatkan maklumat untuk pembelian collagen dust yang akak duk pakai tu.
harap dapat respon dalam masa terdekat.
thanx.
 
* kalau nak explain dengan lebih detail elok jugak.
 
so nantikan pembalasan dari si hanis manis tu ye.
 
* umur si hanis tu berapa sebenarnya? sesuka ati aku panggil dia akak =p