tiba2 terfikir kenapa allah berikan haid kepada wanita.
sebab kadang2 kita sebagai wanita tak berapa suka bila datang bulan/menstrual.
ye la, dengan senggugut, cramp, lenguh pinggang, perut memulas2,
tak selesa, nak2 time bleeding banyak.
dengan emosi yang kadang2 tanak stabil. kan?
tapi, tiap yang allah jadikan, pasti ada hikmahnya. kan ?
macam nyamuk,
ce korang piki, kenapa allah ciptakan nyamuk. kan ?
...... piki la sendiri.
cukuplah ber'kan?'.
|
segak dop ? |
kupasan tentang haid yang agak jelas.
ouh... bertuahnya menjadi wanita.
syukur... alhamdulillah.
aku petik sikit ye info dari page beliau.
meh kita jejak sikit asal usul haid, dari pandangan 2 agama yang berbeza.
ini adalah dari pandangan agama kristian :
Menurut kitab injil Genesis versi King James dalam the Fall of Man, sewaktu berada di syurga (yang dikenali sebagai garden of eden) Adam dan Hawa bebas berkeliaran dan menikmati keseronokan di syurga.
Namun tuhan telah mengenakan satu sahaja larangan iaitu
melarang mereka dari memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan
atau 'tree of knowledge'. Menurut orang Kristian terdapat seekor ular yang besar yang dipanggil 'the serpeant' duduk di situ dan ia merupakan jelmaan syaitan di syurga.
Setiap hari ia menghasut Hawa untuk memakan buah itu.
Hawa yang terpengaruh memakan buah itu
dan seterusnya memujuk dan menghasut nabi Adam a.s.
untuk memakan buah dari pohon tersebut.
Hasilnya mereka berdua memakan buah larangan itu dan
lantas menjadi arif tentang keadaan telanjang mereka
dan timbul rasa malu dengan keadaan mereka itu.
Mereka mengambil daun untuk menutup malu mereka.
Apabila Tuhan mendapat tahu Adam dan Hawa telah melanggar perintah ,
tuhan lantas terus murka dan mengenakan sumpahan.
Dikatakan haid berlaku ketika itu kerana tuhan telah
menyumpah Hawa dengan haid, kehamilan dan beban menanggung anak
lantaran dosa kerana menghasut nabi Adam untuk
memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan.
Setelah itu mereka dibuang ke muka bumi.
Maka lahirlah konsep 'Original Sin' di mana setiap bayi dilahirkan berdosa.
Mereka menanggung dosa moyang mereka ini yang dilakukan sewaktu di syurga.
Kaum Hawa dianggap sebagai punca segala kejahatan atau'The root of all evil'
kerana menghasut nabi Adam a.s.
dari pandangan agama kita, agama islam :
Al-Quran diturunkan untuk membetulkan penyelewengan
yang dilakukan oleh paderi-paderi kristian Rom dalam sejarah nabi-nabi.
Haid seolah-olah dibayangkan sebagai sesuatu yang malang dan hina.
Wanita digambarkan sebagai teman syaitan.
Namun menurut riwayat dalam Islam ceritanya ada
yang berunsur hampir sama tetapi terdapat beberapa perbezaan asas
mengenai konsep original sin serta siapa yang menghasut mereka berdua
serta juga ia menyangkal dakwaan bahawa haid merupakan sumpahan Allah
kepada kaum Hawa.
Menurut riwayatnya di dalam Al-Quran
nabi Adam a.s. serta Hawa hidup di syurga dahulu.
Mereka berpakaian elok dan cantik.
Allah membenarkan nabi Adam a.s. dan Hawa bebas berkeliaran
tetapi hanya melarang mereka memakan buah khuldi
di pohon larangan sahaja dan memperingati mereka bahawa
iblis merupakan musuh mereka yang nyata dan
supaya mereka jangan mendengar hasutan mereka.
Sebelum itu iblis yang dengki dengan kedudukan tinggi yang diberikan nabi Adam a.s.,
setiap hari menghasut mereka untuk memakan dari pohon larangan itu.
Kononnya jika mereka memakan buah itu mereka akan menjadi
malaikat dan juga boleh kekal di dalam syurga.
Nabi Adam a.s. dan Hawa berdua masing-masing akhirnya
terpengaruh dan apabila mereka memakan buah khuldi itu
terus mereka berkeadaan bertelanjangan sehingga mereka lari bertempiaran
mengutip dedaunan dari pohon-pohon di syurga lantaran merasa malu
yang teramat sangat. Apabila Allah mengetahui tentang ini
Allah murka kerana nabi Adam dan Hawa melanggar perintahnya
dan berjumpa dengan mereka. Mereka berdua sangat sedih dan
segera memohon maaf dan bertaubat pada Allah.
Dari peristiwa itu Allah s.w.t telah melantik nabi Adam a.s. sebagai khalifah ke muka
dan menyuruh nabi Adam a.s. dan Hawa duduk di bumi
sehinggalah ke satu masa yang ditetapkan mereka akan dibicarakan
menurut amalan yang mereka lakukan.
apa yang kita perlu faham, allah maha mengetahui.
setiap apa yang dijadikan pasti ada hikmahnya (ayat berbunyi seperti di atas).
dan agama islam sangat memuliakan wanita.
sayangnya allah pada kita sebab tu allah bagi haid kepada kita.
apsal aku cakap gitu ?
meh kita tengok hikmah haid :
Hawa diberi haid untuk menerima tanggungjawab besar sesuai
dengan peranannya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya di bumi kelak.
Allah sudah mengkhususkan tanggungjawab ibu kepada kaum Hawa
maka pendarahan haid yang berlaku selepas memakan pohon larangan
merupakan satu persediaan proses fisiologi biologi wanita sebagai ibu di bumi kelak.
Lebih tepat lagi haid bersifat memberi Kifaraah iaitu meluruhkan dosa-dosa kaum Hawa jika dia pernah melakukan dosa di masa-masa yang lalu. Islam senantiasa mengasihi umatnya dan setiap keuzuran atau kesakitan yang ditimpakan kepada umatnya yang diterima dengan hati yang redha akan menyebabkan dosa mereka yang lampau luruh dan digantikan dengan pahala. Haid bukan satu sumpahan tetapi merupakan rahmat Allah untuk kaum Hawa.
tu belum diambil kira lagi pahala yang kita dapat masa mengandung, melahirkan anak.
taat pulak pada suami, perbuatan baik yang lain2 yang kita buat.
hebatnya wanita.
ishkk... ishk...
pasni aku akan rasa bersyukur sangat bila datang bulan.
hiihi...
jangan nak emo je bila time datang bulan.
bersyukur ye.
jangan jadikan menstrual sebagai alasan untuk kita beremosi
dengan insan2 disekeliling kita.
(cewaaah... nasihat orang pandai.)
Siti Aisyah meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W. bersabda :
“Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan
kifarah bagi dosa2nya yang telah lalu.
Dan pada hari pertama haidhnya membaca
“Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbin”
maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat,
aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya derajat 40 orang syuhada
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. “
"Segala puji bagi Allah atas segala hal dan Ya Allah aku bermohon keampunan kepadamu dari segala dosa²ku".
tu belom lagi jika kita menggoogle dan menggali fakta2 dari sumber2 lain
berkenaan hikmah haid. hikmah tuhan jadikan kaum hawa.
insyaallah ada masa dan peluang kita tambah lagi ilmu yang berguna ye.
supaya kita sentiasa bersyukur dengan rahmatNya.
insyaallah.