Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, January 12, 2015

Novya, Sekolah dan Air Mata

Assalamua'laikum wbt
kekakak kekabang.

semalam dan hari ni adalah hari pendaftaran sekolah untuk sesi 2015.
tahun2 sebelumnya aku tak terlibat secara langsung dalam acara wajib tahunan mak2 ni - hantar anak ke sekolah.
tahun ni aku terlibat secara sangat langsung sebab kak long dah 5 tahun dan memulakan sesi persekolahan.
rasa macam agak lewat kak long didedahkan dengan suasana ke sekolah.
dah 5 tahun baru nak anta ke sekolah.
almaklumlah, lifestyle ibubapa berkerjaya sekarang menghantar anak ke sekolah paling lewat pun umur 4 tahun.

kalau jaman dedulu tak heran sangat kalau kali pertama anak ke sekolah adalah masa darjah 1.
sebab masa dedulu mak2 kerja suri rumah, so kerja mengasuh adalah kerja mak.

aku dulu 1st time ke sekolah masa darjah 6.
masuk tadika PASTI.
aku steady je gi sekolah masa tu. sebab ustazah PASTI tu aku kenal.
orang kampung aku jugak. kawan mak aku jugak.
so tak terasa asing.

berbalik pada cerita novya pulak.
wahai novya, ketahuilah olehmu bahawa awak menangis di hari pertama ke sekolah.

hari pertama 11/1/2015 (ahad)
mak kejut pukul 5.30 pagi.
bangun pagi opkos menangis.
mana taknya tido lewat maka mengantuk la.
malam sebelumnya : dah terlelap awal2 kul 9 malam. tersedar pukul 1 pagi, sempat lagi bangun isap susu, main ipad. terlelap balik pukul 3 pagi kot. mak pun mamai2 masa tu.

bersiap jangok2. dengan eksaited nak ke sekolah.
mak suruh kak long tido dulu sebab awal lagi ni.
dalam kereta pun nanti boleh tido.
maklumlah perjalanan ke sekolah agak lama +- 1 jam.

mungkin kerana teruja amat, tak tertido pulak walaupun bangun awal.
bercerita sepanjang perjalanan. seronak la mak ada teman berbual.

sampai sekolah,ikut mak masuk kelas.
masih ok. tengok2 orang. maklumlah mak kan masih ada di sisi.
tiba masa yang syahdu.
mak hulur tangan nak salam, kak long salam.
mak cakap, ''ok kaklong duduk sini deh. mak nok gi kijo. kakre mak amik kaklong".
terus, iling2 kepala, jebek2 menangis.
huwaaaa !!! sedihnya ati.
walauapapun mak terpaksa tinggalkan kak long kat sekolah.
nak tak nak kaklong kena sekolah jugak.
mak takkan ada sentiasa dengan kaklong.

mungkin kerana semua orang di situ adalah orang asing bagi kaklong, kaklong rasa tak selamat bila mak takde.

2 kali mak pergi balik ke sekolah kaklong.
tapi mak tak masuk.
mak takut nanti kaklong nampak mak, kaklong nak ikut mak pulek.

tiba masa yang dinanti2, pukul 4.45 petang mak tiba di sekolah kaklong.
tersenyum simpul kaklong bila nampak mak.
ye, mak pun rindu kaklong jugak.

nampak mata agak bengkak jugak, mungkin akibat menangis.
teacher cakap kaklong nangis tak kuat. nangis senyap2.

mak tanya esok nok mari sekoloh lagi dok.
dengan tersenyum manis kaklong jawab nok !

makanan tak jamah langsung.
tapi bab makan tu tak heran sangat, kaklong memang jenis tak makan.
tapi ari ni mak bekalkan kek gulung dan honeystar.
kot2 kaklong nak makan.

dalam kereta mak mulakan tugas sebagai wartawan. mengorek cerita sensai dari kaklong.
"teacher suruh kaklong tido tapi kaklong tok tido. kaklong takut mak tok mari amik kaklong''.
kaklong, pernah ke mak tinggalkan kaklong tanpa sebab.
''mak mari la maso kaklong tiok''.
mustahil wahai anak. kalau mak ni ada kuasa magic, boleh la mak muncul tiba2.
tapi kalau ada pun, mak takkan buat macam tu.
tak kerja la jawabnya mak.
" teacher suruh kaklong menulis rama2. tapi kaklong tak tulih. kaklong malas. lambat penuh''.
ok, menulis rama2 tu maknanya mewarna la tu.
''teacher wat air panas susu kaklong. kaklong tok minum''.
teacher bubuh air suam la tu. kaklong memang tak minum susu yang bancuh ngan air suam. bancuh ngan air masak suhu bilik je.
''teacher jirus palo kaklong masa mandi. kaklong teriok''.
kaklong tak dapat menguasai lagi teknik pernafasan masa mandi.
-checked, semua tu mak dah bagitau teacher pagi tadi.

so kesimpulan untuk hari pertama sekolah, kak long suka ke sekolah.
cuma perlukan masa untuk berkawan, berkenalan ngan teacher2.

12/1/2015 (selasa)

bangun pagi pukul 6.
menangis jugak. tapi tidak selama semalam.

lepas mandi2, sauk uniform sekolah.
mak cakap kalu kaklong ngantuk kaklong tido la dulu.
isap2 susu, terlena pulok.
ayah angkat masuk kete.
terlena lelap sampai2 dah sampai sekolah.

mak kejut2, lambat jugak nak bukak mata.

mak sikat2 rambut, pakaikan tudung.
ok, jom mak anta masuk kelas.

drama syahdu bermula. lebih awal dari semalam.
kaklong iling2 kepala.
cabaran lebih sukar di hari ke 2 rupanya.
taknak keluar kereta pulak.

mak tanya kenapa kaklong taknak gi sekolah.
''mak takdok."
~ngeri tak terbayang mata, bonda takkan ada sentiasa.
nanti bila kau buka mata, bonda memujukmu ananda.
lalalalala~~~suara kokping terngiang2 dicuping telinga mak.

ni tak tau la bagus ke tak sebenarnya - tapi lebih kepada menipu.
mak cakap ok meh mak tunggu kaklong.
terus kaklong pakai selipar, ikut mak masuk kelas.

sampai2 depan pintu sekolah, taknak masuk pulak....
lemah hati mak tengok anak mak tak seronok.

pujuk punya pujuk,  dekat setengah jam jugak tak berkesan.
akhirnya teacher cakap, tinggal la kak. nanti kita gayo.
berat ati sebenarnya nak tinggalkan kaklong dalam keadaan hati kaklong tak rela.
tapi apakan daya, mak dah lewat nak gi kerja, dan mak takkan berjaya pujuk kaklong ke sekolah.
so, dengan penuh berat ati mak relakan teacher pegang tangan kaklong dan mak lepaskan genggaman tangan mak.
cewaahhh... ayat dah macam lagu salem la pulek.
sejurus tangan mak dilepaskan, mak cepat2 menuju ke pintu.
sempat mak intai di balik cermin, muka kaklong yang amat sedih, memanggil ''maaaakkkkk !!!!!''
sedih hokkei.
mak memang, emosi lebih sikit. hehee
tapi sape tak sedih tengok anak menangis gitu.

takpe kaklong. demi masa depanmu yang cemerlang gemilang terbilang,
menangislah hari ini dalam kesedihan.
insyaallah kaklong pasti akan menangis kesyukuran kerana mak hantar kaklong gi sekolah.

dijangkakan keadaan ini akan berlarutan dalam masa seminggu ni.

selepas kaklong dah serasi ngan teacher dan kawan,
boleh terima kenyataan yang mak takde sesama ngan kaklong kat sekolah,
kaklong akan ok.
malah kaklong akan bergembira nak ke sekolah nanti.

sikit lagi nak pukul 5.
cant wait to see you bebeh !

iman di rumah steady aje dengan nekma ye.
mak miss you too much !

ya allah,
bukakan pintu hati novya delisha munawwarah untuk seronok ke sekolah.
bukakan pintu hatinya supaya dia mudah belajar, mudah menerima ilmu2 yang diberi oleh guru2,
pandai menjaga diri, menghormati orang lain, yakin pada diri sendiri.
semoga novya delisha munawwarah menjadi anak solehah menjadi hamba yang taat padaMu.
amin....

2 comments:

  1. hihi nk suko pun ado dgr crito novya nih.
    budok2 tadika pat aku kijo pun lbh kurey gitu lah belako ci weh.
    baso dio doh minggu mulo2 nih. Mmg berat hati nk tggal anok hok jerit tp relakan je.
    Insyaallah xdok gapo. Pandai2 lah tecer dio wat gano.
    Hok paling sedih jerit tepi nelo. Huwaaa 'mama tokmari ambik abe'
    budok 4thun pulok tu, nk suko pun ado jgk. Kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih molek siap jerit tepi nelo nah. mace dale drama2. haha
      harap2 ticer2 novya baik supo ticer suzi lah. hihi...

      Delete