Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, June 15, 2014

Novya berambut retro dan kucing comel.

Assalamu'alaikum w.bt.
selamat hari bekerja di hari ahad.

alhamdulillah, hari ni sihat walafiat.
walaupun semalam rasa sangatlah produktif,
kemas satu rumah.
sakit urat tu terasa jugak.
tapi oleh kerana kemas sesama ngan suami,
penat tu tak terasa sangat.
tak tau la kalau2 suami aku yang terlebih rasa penat.
sebab aku kemas bahagian dapur, mop lantai, lap2 pintu tingkap je.
yang lain suami aku buat.
tingkat atas pun aku dah surrender awal2, melepaskan tugas tersebut kepada suami. 
terima kasih ye sayang. 

sejak mengandung,
masuk bulan ke 6 ni baru tergerak nak kemas rumah. 
tu pun sebab rumah bersepah oleh debuan2 simen2 sebab tukang 
buat kerja pemasangan kipas dan tambah fius dalam rumah.

kalau tak kemas, takde gamak nak duduk dengan debu2 itu.
makanya, nak taknak kena la kemas.
alang2 kemas, kita kemas sume, kasi nampak berkemas sikit.

hari ni nak tempek gambar anak sulong yang manja ni.
nanti time bosan2, belek2 blog sendiri, 
baca entry sendiri, dapat tengok gegambar lama.

umur gambar ni lebih kurang umur gambar dalam entry sebelum ni, rasanya.
zaman pipi bulat dan rambut retro.


sejak kecik memang suka kucing.
penyayang la katakan....
hihi...


picit hidung dia !

tarik ekor dia !

gotcha !!!

"eeeyaaawwww...."

tarik lagi ekor dia !
kasi picit2 sikit.

cium, gosok. 

ala idun2....
arwah atok aku pun suka kucing jugak.
arwah selalu wat cani kat kucing.
gosok idung kucing kat idung.
pastu dia akan cakap "idun, idun...".

hamboi, 
sampai masuk bulus2 dalam lubang idung tu.


ala, malu2 pulok dos.

hah, cium lagi.
siap peluk2 lagi. 
jejak kasih sangat.

sayangilah haiwan. 
mereka juga berperasaan dan berkasih sayang.

jangan dimakan kucing itu.


ni pun kucing2 Tun M.

PM kita pun sayang kucing. 


sape tak gewwram kat makhluk berbulu yang comel ni kan ?


Thursday, June 12, 2014

Novya Berpipi Bulat dan Bedak

Assalamu'alaikum w.b.t

hari ni novya ikut ayah anta mak pegi kerja.
tapi, novya tido sepanjang perjalanan.
sampai opis mak terus bukak mata.
"mak nok gi mane?", dalam mamai.
"mak nok gi keje".
cium2, babai babai.

takde hari takde yang tak rindu kat anak.
hari2 rindu.
hari ni bertambah rindu sebab tinggalkan novya 
dalam keadaan dia sedar. 

belek2 gambar dalam PC opis, 
terjumpa gambar2 dalam ipad. 
gambar novya jamang mude remaje. 
pipi masih gebu lagi. 
sekarang dah tak berapa nak gebus gebas sebab 
dah kempis sikit. 

rasa nak gigit2 je pipi tu. 
rambut ala2 retro gituww.
time ni tengah menyibuk tengok ayah cuci kipas.

ini hobi paling digemari.
main bedak.

tengok perut ngan pipi tu,
 gewwraam sangat. 

katil tu kosong tak bertilam.
ni rasanya lepas kejadian novya jatuh katil.


tekun dan sabar menyepahkan bedak.

sapu jangan tak sapu.



17 Jun 2012.
lebih kurang 2 tahun yang lalu.

cara mudah untuk memutih berserikan lantai.


cop tangan noya. 

cop tangan novya dan mak. 

rindu awak. 


Thursday, June 5, 2014

novya, ekspo & kedai sup pebret mak ayah

Assalamualaikum w.b.t

selamat hari khamis
tomorrow is cuti day.
sabetu osso is cuti day.
and sunday is osso sunny day, its cuti day !

kenapa kita suka cuti day ?
sebab tak payah drive kete pegi keje.

beberapa minggu lalu ada sebuah funfair dibukak dekat kawasan rumah aku.
hari2 lalu situ, hari2 novya tengok, teringin nak pergi le teww..
lalu je kawasan tu, opkos cakap "nok tengok eksepo.."
orang kelantam panggil funfair tu eksep/expo.
memula mak ayah meragui kebolehan novya untuk naik mainan2 itu.
novya kan agak takut budaknya. 

dengan bunyi ketapi yang gedegang2 tu, 
mesti cuak nak naik.

tapi untuk memenuhi kemahuan ingin tahu novya merasa pergi funfair, 
mak ayah bawak jugak. 

bukan main heksaited beliau. 

oh ye, tapi sebelum itu, 
kitorang gi makan mee sup kegemaran kami sejak zaman berzaman.
zaman cinta cintun lagi.

sebelum ni dah pernah story mory pasal kedai sup ni.
tapi aku lupa entry yang mana satu. 

kedai sup ni kat kawasan kampung.
lebih tepat namanya jalan padang tembak, kampung landak, pengkalan chepa.

dekat je dengan ibu pejabat polis daerah kota bharu.

kedai ni kedai kampung je.
tapi, makanan sedap.


beriya2 novya wat peace, tapi tak nampak pulok muka beliau.

jugak tak nampak.
saje je ayah sabotaj novya ni.
meja dah rompong dek di kokah oleh novya.
kerana terlalu lapar sementara tunggu order sampai.
ok, itu bukan fakta. 

senarai harga makanan.

pebret aku mihun, suamiku mee.
yang penting sup dia memang seindah rasa. masam2 pedas secukup rasa.
 dan perut lembu tu... perghh...
iye, semasa aku sedang menaip ini, air liur tengah menjejes.


add on yang memang sinonim dengan sup2 di kelantan.
lada jeruk. bukan lada biasa. 
tapi lada yang orang kelantan guna untuk buat solok lada.
setahu aku lada ni biasanya ada kat belah2 siam yang diimport ke sini.
nama saintifiknya aku tak pasti. nama glemernya lada solok la kot.

kalau rerasa nak makan sup perut asli kelantam,
jemputlah ke kedai ni ye. 

sign board kedai sup tersebut.
nama kedainya kedai sup, semata2.

baiklah, lepas kenyang makan sup, gi jalan2 pastu balik. 
sedam molek dah malam terus pergi eksepo. 
eksepo ni bukak malam je. siang2 hari takde eksepo.

budak heksaited nak gi eksepo. 
akhirnya tercapai jugak hajat beliau. 



kebetulan musim cuti sekolah.
kebetulan jugak musim dapat gaji.
maka berpusu2 mak ayah bawak anak2 ke funfair.
kat kelantam takde theme park yang hebat2, 
so sekali sekala ada funfair cani seronok jugak.


token funfair. 
RM 3 sekeping, untuk sorang, untuk 1 game. 
beli 2 je. untuk mak dan novya. 
ayah taknak naik. 
malu kot. 

tadaaaa !!!
ini lah eksepo novya. 
ini adalah eksepo bagi novya.
so naik ni amat bermakna pergi eksepo bagi beliau.
cukup naik je.
jimat duit mak ayah. 
lagipun mainan yang lain2 tu kompim2 novya takut.
sebab kena naik sorang2.

tenyum temewek dapat pergi eksepo.

ferris wheel ni akan bergerak seusai solat isyak di masjid berdekatan.
kitorang sampai seusai solat maghrib, 
so agak berlama jugak menunggu.

macam sama pulak pose dua beranak ni.

akhirnya...
dapat jugak naik. 
peace peace, mata ke lain. 

selfie dalam gelap.

lagi.

dan lagi.

sejauh mata memandang.
mula2 gayat jugak. pastu ok. mak la.
novya ok jew. seronak kemain tengok ke luar.

yang tu ketapi seram.
tapi tak seram mana kot.
3 4 kali round je.
tatau la hantu apa ada kat dalam tu.
tapi aku tengok slumber je akak tu bawak anak dia umur lebih kurang 5 6 bulan naik ketapi seram ni. hebbak betul baby tu.

itu saja perjalanan novya pada hari tersebut.
mekaseh ayah bowok adik gi eksepow.
verangan nak pergi lagi.