Assalamu'alaikum w.b.t cecantik kekacak sekalian.
hari ni aku nak review homestay di kepala batas.
sebenarnya sebelum ni dah buat review homestay ni,
homestay sama.
tapi kerana keterujaan kerana ke'best'an homestay tu,
maka tak salah rasanya aku buat review untuk kali ke2.
atau mungkin jugak motif aku adalah sekodar nak hupdate blog.
hehe...
(otak agak beku sebulan dua ni.)
oleh kerana entry sebelum ni
takde banyak gambar,
maka kali ni aku bubuh gambar banyak sikit.
takde la banyak, cuma banyak dari entry sebelum ni.
atau mungkin motif aku adalah untuk mengurangkan
otak aku dari perlu
berpikir banyak2, "apa la nak tulis ek ?".
kami sampai agak lewat.
lebih kurang kul 10 malam kot.
kesesatan pulak tu.
almaklumlah masa datang hari tu waktu masih siang.
untuk mudah cari umah ni,
korang cari permatang sireh.
kedudukan rumah ni betul2 dekat dengan signboard permatang pasir.
dalam rumah ni ada disediakan alquran.
bagus sangat.
suasana bilik.
bilik satu lagi.
dapur.
ada peti ais, pemanas air, pembakar roti,
pinggan mangkuk cawan.
dapur dan periuk nasi letrik takde.
lupa nak amik gambar toilet.
sebab toilet adalah sesuatu yang penting jugak kan ?
toilet ok.
cuma kerana ada 1 je toilet, jadi agak berebut2 jugak la
diwaktu puncak.
sistem macam kat hotel.
cucuk kad dan masuk api.
api ?
very the kelantam.
dekat dengan masjid.
rumah cantik ni aku tak pasti rumah sape.
tapi masa aku datang tahun lepas,
ruamh ni terbiar.
ni nampak dah cat cantik2.
kot2 coming soon akan jadi homestay jugak.
sekodeng2.
rumah tuan punya homestay ni.
aku tak jumpa dengan tuan homestay ni,
cuma adik dia yang datang amik duit bayaran.
sebab pak aji dan mak hajah tu takde kat rumah.
ayah aku berkata,
"baguslah dio tolong jago umoh kito ni.
kemah molek dio jago".
verangans sangat.
apa yang ada (lebih kurang yang aku ingat):
* 2 bidang toto.
* bantal - lupa nak kira berapa bijik.
* iron dan iron board.
* hanger baju berbatang2.
* telebisen - siaran bukan astro.
* radio.
* meja makan.
* pemanas air.
* pembakar roti.
* peti ais.
* pinggan mangkuk cawan.
* sabun basuh pinggan.
* kopi 3 in 1.
* gula.
* biskut.
* air sejuk dan ais dalam peti.
* pemanas air dalam tandas.
* aircond di semua ruang dalam rumah kecuali
dapur dan tandas.
* parking luas.
* malam agak bising sebab dekat dengan jalanraya.
paling aku suka pasal duk sini kerana
suasana kampung dan rumah kampung.
macam dolu2.
Rumah ni dr luar mmg cntik.. blk kg asyik lalu ja.. teringin nak masuk dlm. Berangan nak buat rumah mcm ni
ReplyDelete