sebenarnya ari ni nak wat entry pasal jenjalan ke penang
masa ari buruh ari tu.
karang2 separuh jalan, eh, gambar belom edit lagi.
bos pulak dengan rajinnya berselebet kat bilik je hari ni.
(bacaan ayat berselebet untuk bos tu dengan maksud menghadap komputer
dan memerah idea berkaitan kerja ke dalam komputer.
bacaan berselebet untuk aku adalah bermalas2an.)
oleh kerana PC aku menghadap pintu bilik bos,
maka sangatlah tak manis untuk aku menjalankan aktiviti edit2 gambar ni.
walaupun gambar2 yang nak diedit tu adalah manis2 belaka.
tak syiok betol.
time ada mood ni line tak clear pulok.
sesambil tu teringat pulok kat anak.
biasa la mak2, kejap2 teringat kat anak.
ayah2 aku tak tahu.
ingat jugak kot. tapi ayah2 ni biasanya tak meluahkan sangat perasaan dorang.
simpan diam2 je.
aktiviti sebelum tidur biasanya bermain2 bersama novya.
alahai, macam2 pesen mainnya.
tengah duk main gurau2 senda, gelak2, boleh pulak dia cakap,
"mak ni macam oyam ya".
"oyam mano pulok ???"
"oyam kawam opis mak".
"????????".
what the...
kawan mana pulak ni.
yang lagi heran, mana pulak dio tau kawan opis mak tu macam mak.
kawan mana entah aku pun tak tau.
macam2 la budak ni.
dengan ngengada nak jadi baby lagi.
masih tak nak jadi kak long.
kesudahannya dia baby nombor 1,adiknya baby nombor 2.
mungkin jugak sebab dia dengar anak buah aku si puteri tu,
mak dia panggil dia baby.
jadi dia pun terliur la jugak nak jadi baby.
mak anak buah aku tu satu hal.
anak sulong panggil adik, anak kedua panggil baby, anak ketiga baby comey.
nampak macam tak de seniority pulak untuk anak yang lebih tua.
sangatlah feeling baby, siap nak pangku2.
sambil2 mak mengaji, dengan ngengada nak duk atas riba.
kita tu dah besar panjang.
terjuntai2 kaki melebihi saiz ribaan mak.
tapi, selagi boleh pangku, boleh dukung, boleh sayang syium2,
buatlah.
mungkin bila anak2 dah dewasa nanti, dorang berjauhan dari kita,
sebulan sekali belum tentu kita dapat peluk2 syium2 anak kita.
2 3 hari sebelum gi penang minggu lepas,
novya duk bising nak gi besut.
maksud dia nak gi besut tu nak gi mandi kolam la tu.
kenangan mandi kolam di demong beach resort menghantui kembali.
hari2 cakap nak gi besut. masa hari nak gi penang tu pun masih bising2 nak gi besut.
mak cakap kita gi penang amik mak uda dulu, pastu kita gi la besut.
baru seronok...
nasib baik termakan jugak dengan kata2 mak.
sampai penang, masih ingat lagi nak gi besut.
ingatkan perjalanan jauh membuatkan novya lupa pasal besut.
rupanya tidak.
sampai balik rumah pun masih tanya bila nak gi besut.
atok cakap, bawak je novya gi mana2, pastu cakap, ni la besut.
haish atok ni. kan ke tak baik tipu2.
untuk mengelakkan novya asik bertanya,
mak ayah bagi alasan, mak ayah kena kerja dulu.
kena cari duit dulu baru boleh gi besut.
semalam dengan berharapnya novya bertanya,
"ayah dah keje nak gi besut ?".
aku syak petang nanti mesti novya tanya lagi.
mungkin sehingga kami betul2 pergi besut.
hhmm...
tudung cantik manis ni beli kat
kualiti puas hati.
kain sejuk tak berat tak rimas.
selesa untuk anak2 dan mak2.
No comments:
Post a Comment