Assalamu'alaikum w.b.t
salam hari senin yang indah berseri diwarnai cahaya pelangi =)
pagi tadi masa on the way nak gi keje,
terserempak ngan cik pelangi.
tetibe pepagi buta takde ujan muncul pelangi.
cantik.
hari bertambah indah bila shuben hantar pergi kerja.
mekaseh ye shuben.
patut dapat MC rehat2 kat rumah je.
tapi dah orang nak hantar,
rejeki yang datang jangan ditolak.
semalam punya citer bersambung hari ni.
untuk ingatan novya bila dewasa nanti ye.
ekoran dari ayah hantar mak pergi kerja,
opkos balik pun ayah jemput.
sesama ngan awak yang memang teruja nak naik lif kat opis mak.
tapi....
jeng... jeng... jeng...
lebih kurang pukul 4 petang lebih sikit,
ayah telepon mak.
suara bunyi semacam je.
nada slow dan permulaan bicara ada er..er...
"dukacita ni", kata ayah.
dalam pikiran mak dah macam2.
kete eksiden ke, jadi apa2 kat noya ke, kat ayah ke.
"bakpo ?"
"noya jatuh di tanggo takdi, teratuk palo".
gitulah lebih kurang statement dari ayah.
masa tu dalam pikiran mak,
aduuuuhhhh.... sakitnya.
dah terbayang2 dalam kepala mak,
kepala noya penuh darah, dan menangis abis suara.
adui... sakit amat.
tetibe je dalam kepala masa tu terkeluar lagu latar arjuna beta.
tetibe. hehe...
"ngeri tak terbayang mata, bonda takkan ada sentiasa..."
ayah kata habis muka dan baju awak pakai
kena darah.
berjejes2 keluar darah.
uih, kalau aku dalam situasi tu opkos lah panic room.
gelabah beb bila tengok banyak darah keluar.
ayah cakap rasa macam nak amik gambar masa kejadian tu,
tapi macam tak rasional pulak anak tengah sakit,
sibuk nak amik2 gambar.
maka takde gambar masa kejadian dan mak perlu
guna imaginasi kejadian tersebut.
tapi lepas ayah cite,
rasa lega sikit.
dah bawak gi klinik, doketor cakap luka luar je.
tapi walaupun luka luar, opkos bengang sampai dalam otak masa terhantuk tu.
doketor pesan kalau ada muntah2 atau demam,
terus bawak pergi sepital.
nasib baik tak payah jahit2.
ayah cakap MA sapu gam je.
tu pun meraung2 noya.
"shuh... shuh..shuh", kata awak pada MA tu
masa MA nak bagi rawatan.
hadoi, tak baik betul awak ni.
mana boleh cakap macam tu kat orang.
nasib baik MA tu baik dan sabar.
jadi semalam noya datang jemput mak dengan kepala berbalut.
kata ayah sepanjang perjalanan awak diam je.
ayah tanya awak tak jawab.
cuak jugak ayah bila awak senyap je.
sampai kena marah ngan polis traffic, sebab lampu merah,
polis suruh gerak, ayah duk mengelamun tak gerak2.
masa nak sampai kat opis mak baru awak bersuara.
memula tengok muka anak mak,
alahai... sedihnya rasa.
mata bengkak sebab kuat sangat nangis.
sayu je muka.
umur 4 tahun, kali ni dapat sakit paling sakit.
tak pernah sampai berdarah2 ke klinik bagai.
paling teruk rasanya masa novya umur bawah setahun,
jatuh katil masa tidur.
selepas kejadian jatuh katil tu,
terus kita tak tido atas katil sayang.
tido ala2 jepun, pakai tilam sajo.
macam biasa, mak kan suka soal noya ala2 wartawan.
satu2 mak tanya, satu jugak novya jawab.
ada respon la jugak.
mak tanya sakit tak.
katanya, "tok sakit doh".
tapi doketor cakap cikit jah ni".
dengan muka confident ala2 tiru gaya doketor.
"masa sakit ingat mak tak ?".
"ingat", katanya.
kemain MA tu balut keliling kepala.
dah macam ninja.
gelak2 awak tengok muka awak kat cermin.
sepanjang perjalanan pulang, diam je, pastu terlelap.
penat menangis.
kepala sakit, tapi tangan tak sakit.
haiped kena ada sokmo, jadi ubat.
kepala bergesel2 dengan bantal, sudahnya
tercabut pulak benda alah yang membalut tu.
habis susu sebotol, habis roti sekeping,
maknanya alhamdulillah keadaan awak stabil.
dah boleh peace yow peace yow tu.
ok le teww... bengkak pun dah surut.
mak tanya rasa sakit tak.
awak kata tak.
yang ni drama air mataku bercucuran bagai hujan dimusim tengkujuh.
ni bukan apa,
mak nak bukak balutan kat kepala tu nak tengok keadaan luka tu.
bukannya sakit pun.
cuma sakit sebab gam salotep tu melekat kat reroma di dahi.
yang sedih lelebih tu sebab takut, tahap kegerunan awak tinggi sangat.
sekali sekali boleh sakit,
barulah dapat tahan sakit.
bak kata pepatah melayu,
alah bisa, tegal biasa.
ape pun, muka mesti kekal manis dengan senyuman ikhlas dari hati.
ni gambar pagi tadi.
semalam sapu ubat luka
kale kuning yang standard klinik kerajaan selalu bagi.
tadi dah beli gel gamat.
harap2 takde la tinggal parut sangat.
kalau tak ala2 harry potter la awak ye.
pengajaran untuk kejadian hari ni,
sila berhati2.
malang sememangnya tidak berbau.
dan ketahuilah, dunia ini penuh dengan kesakitan.
kuatkan hati, kentalkan jiwa.
always be strong bebeh !
nurun adik qaseh ko ni bulih nyakit
ReplyDeletehaha. tu la. saya pun maso tahu noya terhantuk palo, teringat selalu ko qaseh. pakat kali gak set dio.
Deletepah ok dh ko arini.ko sakit lg.rusimla kalu dkt mato.tkt efek rabun.ke kna pakai spek kecik2 lg
ReplyDeletesaya tanyo denyut dok dio kato tok denyut doh.
Deletetahu la, harap2 takdok efek.