Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, May 18, 2014

novya, besut dan megi ketam cherang ruku

ok, 
entry ni sebenarnya nak sekalikan dengan entry sebelum ni.

kekononnya pasal kopitiam kita tu nak
stroy dalam perenggan pendahuluan je.
rerupanya dah jadi satu cerita panjang pulok.

maka kita story asing2 la.
baru tak fenin.

hari jemahat lepas kami memenuhi impian novya
yang dah berkali2 ajak nak gi besut.
nak gi mandi kolam.
seminggu sebelum tu memang tetiap hari tanya mak,
"mak dah keje nak gi besut ?".
sebab mak cakap nanti mak gi keje dulu
pastu baru kita gi besut.

bagi menyokong langkah penjimatan yang 
diwar2kan oleh kerajaan, 
maka kami amik keputusan untuk bawak novya 
mandi pantai je. 
percuma tanpa bayaran.

kitorang menuju ke pantai bisikan bayu.
kemain bahagia budak tu.
motip nak main air je.
tak kesah la kolam ke pantai.
tapi novya komplen,
katanya, "tapi air pata masen".

walaupun komplen, 
tetap main dengan gembira. 
berlari2, berkejar2, berlompat2.
siap tiru aksi boboi boy.
lompat tinggi, terjun dalam air dengan 
kepala lutut landing dulu, bukan tapak kaki.
boboiboy kan selalu wat aksi lompat2.
tanah tinggi, keris petir, satu lagi mak lupa.
sekarang memang suka betul feeling boboi boy.
kalau sebelum tido,
siap lompat tinggi2 atas tilam, pastu terjun kepala lutut dulu.
bergegar2 tilam.

pastu tengah2 malam mengigau.


walaupun cuaca agak panas,
tapi tak terasa sebab seronak sangat main air. 
2 3 kali jugak air masin tu masuk dalam hidung
 dan mulut novya.
dengan pasir habis sampai atas kepala.

siap landing santai di gigi pantai dilambung buih2 ombak. 

hampir sejam lebih berendam air masin,
cukup2 lah. jomlah balik.

dah alang2 sampai pasir puteh, 
ayah ajak try test megi ketam alemy yang 
katanya famos amos tu.
dekat sangatlah dengan pantai bisikan bayu tu.

masa kitorang sampai takde orang lagi.
sebab masa tu kedai baru bukak.
kedai ni bukak pukul 4 petang sampai ke awal pagi.
hanya ada sepasang lelaki dan wanita sedang makan 
disudut kedai tersebut.

kalau korang perasan macam kolam kale puteh tu,
dalam tu la dorang simpan ketam sebelum disemadikan dalam megi.
kiranya ketam presss segar bugar dari dalam air.

ruang kedai agak selesa, luas dan banyak meja.
tapi ada satu yang tak berapa best.
kedai dorang ni hanya menghidangkan megi ketam semata2.
takde makanan atau masakan, selain megi ketam.

dah nama alemy megi ketam,
jual megi ketam je la kekdahnya.

yela,
tapi kalau macam aku yang bawak anak kecik yang
tak makan megi memang agak susah la sikit.
kalau dekat situ pun macam takde je kedai jual masakan panas.
ada satu pun tutup pulak.
mungkin malam baru bukak.
kalau tak boleh la tapau.
kalau ku tahu begitu, ku tapau awal2 dari kedai2 makan 
dekat tok bali tu.

maka, bersabarlah ye novya.
benarkan mak dan ayah merasa megi ketam ni 
barang sesudu dua.

nasib baik minit2 pertama novya steady,
minum milo ngan susu kotak,
dan main2 dengan kucing yang ada kat situ.


hoyeaahhh !!! 
akhirnya sampai jugak ketam dan megi itu.


bersinar2 bercahaya cinta wajahku dek kerana
gumbira dapat makan megi ketam.
yang beriya sangat suami aku sebenarnya.
sampai jugak hajat beliau.

kalau tak nanti menjejes air liur baby lam perut ni.

hokkey, 
jom kita asingkan ketam dari megi dulu.
supaya senang untuk dinikmati.

oh ye, dorang siap bagi pengepit untuk ketuk 
kulit ketam yang keras kekung tu.
tapi tak masuk dalam gambar pulak.
benda alah tu lebih kurang macam playar.

kesian novya yang tak dapat makan.
mak offer makan ketam tapi taknak.
dia tau makan ayam ikan je.

bagi aku, 
ketam tu ok segar. 
isi puteh dan gebus.
tapi,
aku tak dapat rasa kemanisan isi ketam tu.
tak tau la kot2 deria rasa manis
lidah aku tak berfungsi dengan baik.
tapi suami aku pun cakap benda sama gak.
kemanisan isi ketam tu kurang.

dan megi,
bab megi ni agak mengecewakan.
kuah kurang rasa rempah dan kemanisan air ketam.
dan boleh aku katakan agak tawar.
dan dukacita bertambah bila megi tu tak berapa kembang.
masih rasa keras lagi.

dan untuk makluman
megi dorang tu ada telur.
aku agak kureng bila masak megi bubuh telur.

tapi apa pun, 
ia masih boleh ditelan dan habis seperiuk tu kami makan.

kalau review yang aku baca kat google,
sume kata sedap.
aku pun tak pasti kenapa.
mungkin masa tu bukan tuan punya kedai yang masak.
sebab aku intai kat dapur orang perempuan yang masak.
mungkin tokey dia belum sampai lagi.
tapi takkanlah dia takleh tiru resepi bos dia kan?

tetiba rasa macam frust agak menonggeng.
total makan pada hari tu RM 50.
megi ketam tu dalam RM 23/24 seperiuk.
harga rasanya ok, sebab ketam pun banyak.
2 ekor dan besar dan berisi hingga ke hujung jari.

kami terpaksa tapau sebab novya semakin hilang sabar 
bila mak ayah baru je habiskan megi dan 
baru je nak hadap ketam2 yang besar2 itu.

maka aku mintak budak pelayan tu bungkus makan di rumah.
lebih tenang dan nikmat dari makan terkejar2
dengan anak meragam.
kalau nak tinggal gitu je, 
sayang duit ooiii...
bayar RM24 dapat makan megi sajo.

belum sampai 1km kete gerak,
novya dah terlena diulit mimpi di lambung ombak rindu.
penat main air le teww.

ini je baki yang belum dihabiskan.
aku ketuk siap2 pakai lesung,
senang nak makan, kopek je.
isi memang tebal, tapi tu la, kurang manis.
atau mungkin isi ketam nipah memang gitu ?

so, moh le kita pakat2 cuba megi ketam ni.
jemputlah mencoba !

 dan novya,
cukup2lah mintak nak gi besut ye.


2 comments:

  1. aku ajim jugok makey situh, sedakkk, ketam byk tapi aku lg suko megi ketam kat pulut ikan bakar ko gapo eh nm dio. area tu jgk. megi ketam dio bodo gitu je, kuoh dio tu rasa manis ketam. dapnyooo lamo xmakeyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh? tu la aku heran bakpo time aku g tok sedak. kuciwa.
      ouh, kedai tu hok tu rasanya ada perasan. jalan nak gi ke rettok tok bali.

      Delete