celebration ke ?
kami celebrate anak beranak je.
3 beranak.
orang laki2 ni mana suka celebrate birthday.
dorang takut tengok umor dorang yang makin meningkat.
ye dok ?
kerana 6 september 2012 adalah hari jadi suami aku yang terchenta,
maka aku sebagai isteri yang baik hati dengan ikhlas hatinya mengajak suami
makan malam spesel di luar.
eceh... sambil melepaskan diri untuk tidak memasak.
lagipun hari khamis, esoknya tak kerja.
so boleh berjimba2 sikit.
makanya aku mencadangkan dua tempat yang agak spesel.
kenapa spesel ?
kerana tempat makan ni mahal dan sangat jakun bagi kami.
air saje dah 10 hinggit, memang kami jakun sangat dengan harga tu.
haza bistro atau noodle station ?
isteri yang baik hati ni dengan semangat di hati menggoggle review tentang kedua2 tempat ni.
oleh kerana aku pernah makan kat noodle station,
so kami decide untuk pergi ke tempat yang biasa pergi la.
insyaallah gaji nanti kita try haza bistro ye.
(sangat teringin masuk situ, sebab dari luar dah nampak ke'eksklusif'an restoran tu. - sah2 harga mahal kan, sebab nak bayar maintenance sume. nak upah macik2 lap debua2an dan lain2.)
ok, hentikan repekan dan teruskan cerita ini.
lepas maghrib kami keluar rumah,
konon2 this is a special dinner to celebrate my beloved husband's birthday.
konon la kan...
mak ayah dah pesan awal2 kat novya,
behave dan jangan buat perangai ye.
jangan macam hari tu,
makan kat black pepper cafe,
novya meragam tanak duduk.
nak membuaskan diri.
mak ayah nak makan pon tak nikmat.
(sebab tu mak ayah lebih suka tapau).
huhuu..
aku makan kat noodle station kb mall.
aku nak complaint pasal pelayan kat situ.
sorang pelayan pompuan, muka tak berapa cun,
masam mencuka, langsung tade gaya tuk jadi pelayan restoran dengan air berharga 10 hinggit segelas.
dengan yakinnya aku nak compare, pelayan kedai masakan panas thailand lagi bagus dari dia.
andainya dia senyum sikit, aku rasa nampak cun sikit muka tu.
pelayan2 yang lain ok, senyum dan mesra.
aku order chicken chop with black pepper sauce, dan birthday boy order smoked lamb chop atau smoked lamb shoulder. aku pon dah kompius namanya.
chicken chop with black pepper sauce +- RM 14.90 |
smoked lamb chop |
smoked lamb shoulder |
aku dah kompius mana satu yang suami aku makan.
tapi harganya +- RM 23
lamb steak yang sangat sedap.
sangat terasa perapan rempahan dalam daging tu.
berbaloi2 dengan harganya.
compare dengan black pepper cafe,
memang jauh sedap yang noodle station.
memang la kan... harga pon jauh sangat bezanya.
aku nak puji steak je.
sebab chicken chop biasa2 je.
satu lagi nak puji salad.
oleh kerana tade brokoli kot..
dorang hidangkan dengan salad.
sos salad tu yang sedap.
sesedap rasa, sayur segar dan memang sedap.
(banyak sedap, maknanya memang sedap).
so apa yang aku boleh simpulkan western food kat sini sedap.
air pulak aku order ice age dan suami order iced honey peach fruit tea.
ice age RM 9+ |
iced honey peach fruit tea RM ? tah ingat. |
air aku best. campuran berries, vanilla, yogurt dan ice.
memang sedap.
apa yang boleh aku simpulkan makanan kat sini sedap.
(2 kali simpul)
berbaloi dengan harga.
cuma layanan pelayan pompuan tu je yang spoil.
tapi...
aku taleh nak menikmati dengan tenangnya hidangan di atas.
kerana anak mak, novya meragam2 tanak duduk.
digaya2 dengan ipad, telepon dll pon tanak.
mak tau, novya nak jalan2 dan tanak duduk diam2.
kesian suami aku terpaksa makan cepat, nak usaikan rasukan novya.
air mak yang best pon tak sempat habis.
rugi... rugi...
sebelum balik aku belikan 1slice kek tuk birthday boy.
1 slice cukup la...
jaga kesihatan ye.
heehee...
berapa kalori untuk 1 slice cake yang sweet ni ? |
mood masih baik. |
beberapa minit selepas gambar ini diambil,
novya mula meluahkan kebosanannya.
mak punya. |
leftover... cuba untuk habiskan. |
ayah memujuk rayu novya agar tak bermain2 dengan air tersebut. |
* hadiahnya mana ?
jeng... jeng... jeng...
No comments:
Post a Comment