Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, September 24, 2012

bersyukurlah bila datang bulan =)

tiba2 terfikir kenapa allah berikan haid kepada wanita.
sebab kadang2 kita sebagai wanita tak berapa suka bila datang bulan/menstrual.
ye la, dengan senggugut, cramp, lenguh pinggang, perut memulas2, 
tak selesa, nak2 time bleeding banyak. 
dengan emosi yang kadang2 tanak stabil. kan?

tapi, tiap yang allah jadikan, pasti ada hikmahnya. kan ? 

macam nyamuk, 
ce korang piki, kenapa allah ciptakan nyamuk. kan ?
...... piki la sendiri.

cukuplah ber'kan?'.

jom baca page dr. hamid arshat, pakar sakit puan yang agak terkenal kat negara kita. 

segak dop ?

kupasan tentang haid yang agak jelas. 
baca ni pon aku dah rasa macam, 
ouh... bertuahnya menjadi wanita. 
syukur... alhamdulillah. 

aku petik sikit ye info dari page beliau.
meh kita jejak sikit asal usul haid, dari pandangan 2 agama yang berbeza.

ini adalah dari pandangan agama kristian :

Menurut kitab injil Genesis versi King James dalam the Fall of Man, sewaktu berada di syurga (yang dikenali sebagai garden of eden) Adam dan Hawa bebas berkeliaran dan menikmati keseronokan di syurga. 

Namun tuhan telah mengenakan satu sahaja larangan iaitu 
melarang mereka dari memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan 
atau 'tree of knowledge'. Menurut orang Kristian terdapat seekor ular yang besar yang dipanggil 'the serpeant' duduk di situ dan ia merupakan jelmaan syaitan di syurga.  

Setiap hari ia menghasut Hawa untuk memakan buah itu.  
Hawa yang terpengaruh memakan buah itu 
dan seterusnya memujuk dan menghasut nabi Adam a.s. 
untuk memakan buah dari pohon tersebut. 

Hasilnya mereka berdua memakan buah larangan itu dan 
lantas menjadi arif tentang keadaan telanjang mereka 
dan timbul rasa malu dengan keadaan mereka itu. 
Mereka mengambil daun untuk menutup malu mereka. 
 Apabila Tuhan mendapat tahu Adam dan Hawa telah melanggar perintah , 
tuhan lantas terus murka dan mengenakan sumpahan.

Dikatakan haid berlaku ketika itu kerana tuhan telah 
menyumpah Hawa dengan haid, kehamilan dan beban menanggung anak 
lantaran dosa kerana menghasut nabi Adam untuk 
memakan buah dari pohon ilmu pengetahuan. 

Setelah itu mereka dibuang ke muka bumi. 
Maka lahirlah konsep 'Original Sin' di mana setiap bayi dilahirkan berdosa. 
Mereka menanggung dosa moyang mereka ini yang dilakukan sewaktu di syurga. 
Kaum Hawa dianggap sebagai punca segala kejahatan atau'The root of all evil' 
kerana menghasut nabi Adam a.s.

dari pandangan agama kita, agama islam : 

Al-Quran diturunkan untuk membetulkan penyelewengan 
yang dilakukan oleh paderi-paderi kristian Rom dalam sejarah nabi-nabi. 
Haid seolah-olah dibayangkan sebagai sesuatu yang malang dan hina. 
Wanita digambarkan sebagai teman syaitan. 

Namun menurut riwayat dalam Islam ceritanya ada 
yang berunsur hampir sama tetapi terdapat beberapa perbezaan asas 
mengenai konsep original sin serta siapa yang menghasut mereka berdua 
serta juga ia menyangkal dakwaan bahawa haid merupakan sumpahan Allah 
kepada kaum Hawa. 

Menurut riwayatnya di dalam Al-Quran
nabi Adam a.s. serta Hawa hidup di syurga dahulu. 
Mereka berpakaian elok dan cantik. 
Allah membenarkan nabi Adam a.s. dan Hawa bebas berkeliaran 
tetapi hanya melarang mereka memakan buah khuldi 
di pohon larangan sahaja dan memperingati mereka bahawa 
iblis merupakan musuh mereka yang nyata dan 
supaya mereka jangan mendengar hasutan mereka. 
Sebelum itu iblis yang dengki dengan kedudukan tinggi yang diberikan nabi Adam a.s., 
setiap hari menghasut mereka untuk memakan dari pohon larangan itu. 
Kononnya jika mereka memakan buah itu mereka akan menjadi 
malaikat dan juga boleh kekal di dalam syurga. 

Nabi Adam a.s. dan Hawa berdua masing-masing akhirnya 
terpengaruh dan apabila mereka memakan buah khuldi itu 
terus mereka berkeadaan bertelanjangan sehingga mereka lari bertempiaran 
mengutip dedaunan dari pohon-pohon di syurga lantaran merasa malu
 yang teramat sangat. Apabila Allah mengetahui tentang ini 
Allah murka kerana nabi Adam dan Hawa melanggar perintahnya 
dan berjumpa dengan mereka. Mereka berdua sangat sedih dan 
segera memohon maaf dan bertaubat pada Allah. 
Dari peristiwa itu Allah s.w.t telah melantik nabi Adam a.s. sebagai khalifah ke muka
 dan menyuruh nabi Adam a.s. dan Hawa duduk di bumi 
sehinggalah ke satu masa yang ditetapkan mereka akan dibicarakan 
menurut amalan yang mereka lakukan.

apa yang kita perlu faham, allah maha mengetahui. 
setiap apa yang dijadikan pasti ada hikmahnya (ayat berbunyi seperti di atas).
dan agama islam sangat memuliakan wanita.

sayangnya allah pada kita sebab tu allah bagi haid kepada kita.
apsal aku cakap gitu ?
meh kita tengok hikmah haid :

Hawa diberi haid untuk menerima tanggungjawab besar sesuai 
dengan peranannya sebagai seorang ibu kepada anak-anaknya di bumi kelak. 
Allah sudah mengkhususkan tanggungjawab ibu kepada kaum Hawa 
maka pendarahan haid yang berlaku selepas memakan pohon larangan 
merupakan satu persediaan proses fisiologi biologi wanita sebagai ibu di bumi kelak. 
Lebih tepat lagi haid bersifat memberi Kifaraah iaitu meluruhkan dosa-dosa kaum Hawa jika dia pernah melakukan dosa di masa-masa yang lalu. Islam senantiasa mengasihi umatnya dan setiap keuzuran atau kesakitan yang ditimpakan kepada umatnya yang diterima dengan hati yang redha akan menyebabkan dosa mereka yang lampau luruh dan digantikan dengan pahala. Haid bukan satu sumpahan tetapi merupakan rahmat Allah untuk kaum Hawa.

tu belum diambil kira lagi pahala yang kita dapat masa mengandung, melahirkan anak.
taat pulak pada suami, perbuatan baik yang lain2 yang kita buat.
 hebatnya wanita. 

ishkk... ishk... 
pasni aku akan rasa bersyukur sangat bila datang bulan.
hiihi...
jangan nak emo je bila time datang bulan. 
bersyukur ye.
jangan jadikan menstrual sebagai alasan untuk kita beremosi 
dengan insan2 disekeliling kita. 
(cewaaah... nasihat orang pandai.)


Siti Aisyah meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W. bersabda : 
“Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan 
kifarah bagi dosa2nya yang telah lalu. 

Dan pada hari pertama haidhnya membaca 
“Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wa astaghfirullaha min kulli zanbin” 
maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, 
aman dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya derajat 40 orang syuhada 
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. “


"Segala puji bagi Allah atas segala hal dan Ya Allah aku bermohon keampunan kepadamu dari segala dosa²ku".

tu belom lagi jika kita menggoogle dan menggali fakta2 dari sumber2 lain 
berkenaan hikmah haid. hikmah tuhan jadikan kaum hawa. 
insyaallah ada masa dan peluang kita tambah lagi ilmu yang berguna ye. 
supaya kita sentiasa bersyukur dengan rahmatNya.
insyaallah.










2 comments: