Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, September 27, 2012

9 months in my womb


masa prgenant dulu,
mak teringin sangat nak tengok apa yang kamu buat kat dalam perut mak.
sangat2 teringin.
tiap kali check up, 
misi check degupan jantung kamu.
bunyi kuat. 
dupdapduupppduupp !!!
macam bunyi tapak kaki kuda berlari.
sihat =)

pastu Dr scan.
walaupun tak jelas, mak pon bukan reti nak tengok,
tapi Dr explain la ini apa yang ni apa.
mak nampak jelas bentuk tulang belakang kamu, 
jantung kamu berdegup.
Dr cakap dia suka scan sebab boleh pantau kedaan baby dalam macamana.

ada kes urine test positive,
tapi sebenarnya dah abort.
sebab melekat kat dalam.
hermm.. macam2.
mintak jauh benda2 macam ni.
alhamdulillah mak sihat walafiat sepanjang kandungkan kamu.

masa scan nak intai jantina, 
memang mak langsung tak paham.
tapi Dr tu memang terror, sekali tengok,
dia dah tau laki ke pompuan.





kerana sangat berminat nak tau apa yang kamu 
buat kat dalam perut mak,
mak cari kat youtube, dan jumpalah video yang syahdu ni.
excited sangat2 bila tengok video ni.
boleh dikatakan tetiap malam sebelum tido mak layan video ni.

macam kamu 
suka tengok upin ipin sebelom tido.

nanges mak tengok video ni.
lagu pon memang syahdu.
bait2 yang indah.

sekarang pon mak masih tengok video ni.
rindukan kamu duduk dalam perut mak.
tenggelam timbul kaki kamu.
rindu sangat2....

for you my dear...



title : Anakku 
by : Vina Panduwinata

Saat engkau tertidur
Kupandangi wajahmu
(sangat best tengok muka comel kamu tido ngan lena)
Masih ingin kumendekapmu
(tecik2 pon tetap best dipeluk, ketat2)
Masih ingin kumenciummu
(mak suka cium kamu banyak2 kali, beribu2 lemon !)
Tak pernah kusadari
Waktu cepat berlalu
Kini engkau menjadi besar
(masih teringat2 detik kali pertama kita jumpa)
Kini engkaulah harapanku
(yang terbaik untuk kamu)

Tumbuh-tumbuhlah anakku
Raihlah cita-citamu
Jangan pernah engkau ragu, Sayang
Doaku selalu bersamamu
membuat aman dihidupmu
Selamanya…

mak sayang kamu terlalu amat. 

kembang semangkuk muka mak 


kita beraya bertiga 

ayyyang mak !

*video lambat loading =(




No comments:

Post a Comment