Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, September 27, 2012

resepi kek pisang kukus simple

oleh kerana stok pisang agak banyak di rumah 
(pemberian ibu mertuaku),
makanya memikir nak buat apa dengan pisang2 ni.
sebelum lebam dan memburuk.

asik2 buat jemput2 je.
puah jugok.

nak try buat kek pisang, tapi oven tinggal kat umah ummi.
tape, kita cari alternatif lain.
buat kek pisang kukus.

cari kat my resepi.
dan sangatlah bahagia bila dapat resepi yang simple 
dan yang paling penting terus menjadi.
terasa diri ini sangat hebat.
(perahhh~saann!!)

so marilah kita kongsikan resepi mudah dan simple ni.

2 cawan tepung gandum
1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
4 biji telur gred A (aku ada gred B, bantai)
1 cawan pisang dilecek (+- 3-4 biji pisang-
orang kata pisang berangan/pisang kapas yang sedap buat kek)
3/4 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
1 st esen pisang

 1. ayak gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik.

  2. dlm bekas lain, putar telur dgn mixer hingga kembang
(aku guna blender saja.)

 3. kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak.  putar lg sampai sebati

4.  masukkan gandum sedikit demi sedikit. putar lg. akhir sekali tambahkan esen pisang.
(aku kauk balikkan saja tepung itu).

5. kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.

(size +- 22cm).

lopa nak amik gambar. nanti aku hupdate balik ye. 


tips membeli pisang :


jangan terpedaya dengan kulit pisang yang suci dan bersih dan licin mengguda.
sebenarnya lagi banyak bintik lagi bagoss.





1 comment: