Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, September 17, 2012

kenapa blog ni wujud ?

hari ni cari idea nak cite apa dalam blog aku ni.
sampai kering otak memerah.


kenapa la sampai perlu mengeringkan otak mengerah idea 
untuk membebel dalam blog ni?
sebab ni blog aku la, kot.

persoalan utamanya, 
kenapa aku buat blog ni eh?

rajin rupanya aku ni.
nak menghupdate, memerah idea nak masukkan dalam blog ni.
tambah2 sekarang aku semakin kerap menghupdate berbanding dulu.
al maklumla, rumah aku ada streamyx... laju wooo...

aku buat blog ni sebagai medium untuk aku menzahirkan perkataan, 
ayat2 dan idea2 yang berlegar2 di minda cerdikku ini.



idea2 ni biasanya datang bila tengah bersahaja tak berbuat apa, 
masa baca majalah, surat khabar, masa bawak kete, 
masa menghadapi situasi2 mencabar dalam membesarkan anak (anak2 insyaallah),
 masa melihat2 karenah insan2 lain,
masa aku tertanya2 akan sesuatu, masa makan, masa lapar, 
masa tengok tv, masa dan masa yang ada...

kenapa blog ?
supaya satu masa nanti bila aku rasa aku nak mencari semula 
apa yang telah aku fikirkan, 
di sinilah tempatnya...

supaya jika ada entry2 yang bermanfaat, yang boleh aku rujuk, 
di sinilah tempatnya.
contohnya seperti sihat sepanjang hayat, resepi simple
dan lain2 yang ada kat belah kanan tu... 

boleh juga dimanfaatkan kepada insan lain.
itu pun jika ada insan2 yang sudi nak meluangkan masa 
menjengah blog kudusku ini.
kudus dan mulus tak ayat aku ?

yang terutama sebab aku buat blog ni adalah 
untuk tatapan ananda tersayang, 

aku harap nanti bila novya dah pandai membaca, 
dia akan luangkan masa untuk baca semua entry berkaitan dirinya.
supaya sedikit sebanyak dia tahu bahawa hidup dia sangat indah. 
supaya dia menghargai dirinya.
dan paling penting, supaya dia tahu,
mak sayang novya sangat2.

untuk anak2 yang akan datang (insyaallah), 
aku tak janji masih ada kesempatan
atau tidak untuk aku titipkan kesah mereka dalam blog ni.
bukan kerana tak sudi, tapi takut tak berkesempatan.
cehh... macam la sibuk sangat kan. 

apapon, aku akan cuba sedaya upaya untuk menghupdate jugak kesah 
kehidupan anak2 aku yang akan datang. 
kot2 boleh buat blog lain nanti.
satu anak, satu blog.
kelllassss....

so, dalam berblog ni, tiada apa yang aku kejar,
hanya kepuasan diri sendiri, 
dapat membina keyakinan diri, 
meluahkan idea dan rasa dari dalam diri aku sendiri.
(walaupun kadang2 ada jugak idea copy paste, heheee).

kepada yang sudi jadi follower tu, 
time kaseh banyak2.

paling penting, kepada yang membaca, 
terima kaseh lagi banyak. 
kerana masa yang korang luangkan kat sini, 
amatlah berharga.

aku tau...
korang2 ni walaupun tak follow aku, 
tapi korang selalu baca entry yang aku hupdate kan... ?
ala2 silent reader gituww..
(perasssan giles statement aku ni)

sebab aku pun selalu buat. 
just bookmark kat google chrome.
ada masa lapang layan la...

time kaseh banyak2 jugak kat suami.
dinda tahu kanda selalu mengintai dinda kat sini.... 
kan ?

baiklah, itu sajalah bebelan aku untuk petang ni.

nampaknya otak aku dah basah balik. 


terima kaseh berkali2 lagi.











No comments:

Post a Comment