Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, August 2, 2012

roti kering a.k.a roti kok

oleh kerana roti sandwich berlebih pulak kat dapur, 
sebelum ia berkulat dan terbuang, 
baiklah kiranya aku manfaatkan roti tu.

sahur 2 hari lepas dah buat sandwich sardin.
nak buat apa lagi ye...
puding roti ? kurang dapat sambutan. 
lagipun stok telur dah berkurang.

tengah2 malam ni mulut gatal nak mengunyah.
cani la, oleh kerana aku ni spesis manusia "rajin" di dapur, 
aku buat menu paling mudah la. 

roti sandwich 3 keping. (atau ikut suka hati korang).
majerin/mentega
gula pasir



panaskan oven 180c selama 5 minit.

sementara tu, 
sapukan majerin/mentega ke atas roti. 
sapu rata2 ye. 
pastikan sume bahagian terkena. 
taburkan gula pasir  ke atas roti yang bersalut majerin/metega.

potong roti tersebut kepada 6 bahagian.


gambaran kejadian sebelum dibakar

atau andainya korang nak buat size sekeping macam tu je pon boleh.
atau andainya korang kreatip sangat, tekap dengan tekap biskut, 
jadi macam2 bentuk supaya menarik, pon boleh.

aku lebih suka dipotong kecil2. senang nak ngap.
sekali masuk je dalam mulut. 

susun atas dulang pembakar, then masukkan ke dalam oven yang dah dipanaskan.
bakar selama lebih kurang 15 minit.

sekali sekala intai2, bila dah nampak perang2 boleh keluarkan.
sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. 

dalam kes aku semalam ,makan terus la. 
tak payah tunggu sejuk, dah habis. 
gamba pon terlupa nak amik.




No comments:

Post a Comment