Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, August 7, 2012

feeling perantauan

tahun 2007...
ramadhan yang paling syahdu la kot.
baru dapat keje...
lembaga getah malaysia wilayah tengah.
seromban negori semilan.



aku menyewa rumah teres dekat stadium paroi.
dekat sangat.
boleh kata tiap2 hari beli juadah berbuka kat bazar ramadhan stadium paroi.
balik keje naik bus. 
kadang2 ada insan baik ati kat opis yang tumpangkan.



apa yang sedih,
selalunya berbuka sorang2.

sila pahami. sorang2 tade sape2. 
hanya aku dan makanan aku. 
huhu..
(feeling je lebih).

aku duk be2 je.
housemate pulak selalu oustation.
makanya kalau housemate aku tade tinggallah aku keseorangan.
time berbuka pose sorang tu... feeling semacam je.


teringat keluarga di kampung.
meriahnya demo makan beramai2. 
juadah dimasak oleh umi.



begitu jugak tunanganku.
(eh, kejap ! masa tu tak tunang lagi. 
raya ke3 2007 aku ngan suami bertunang).
teradvance pulop. hiihii...



of kos beliau berbuka besama keluarga.
berbuka dengan juadah air tangan ma.



aku? sedey ko...
balik keje singgah bazar ramadhan.
beli juadah berbuka, nasik, air seplastik.
beserta bubur lambok sumbangan company jual kete tepi opis aku 

(bubur lambok yang superb sedap), cukup untuk aku berbuka.
sangatlah ala kadar je.


malam2 terperap dalam bilik je.
(ruang tamu hanya sebagai tempat untuk makan, iron baju 
dan lalu lalang ketika nak keluar dan masuk rumah. lagipun cuak jugak. bimbang kot2 ada manusia jahat datang kacau. sebab tu aku pilih untuk duduk diam2 dalam biliik. alhamdulillah orang sana baik2, kalau yang jahat pon tade terserempak dengan aku) 
main game, sambil sms ngan gewe ;p

televisen takde.
radio takde.
broadband pon tade.
member untuk hang out pon tade.


opismate kebanyakannya terdiri dari mak2 dan bapak2 orang

makanya agak tak sesuwai untuk aku nak menghangout dengan mereka.


akak aku ada tinggal kat kajang, tapi xkan hari2 nak ulang alik dari kajang-seremban.

besesak2 lam komuter.
tak sanggup haku.
kadang2 hari minggu aku bertandang jugak ke rumah dia. 
boleh la request lebih2 -  nak makan apa. ngehee,,,

pernah sekali entah hari ke berapa pose, yang pasti hari ahad.
aku naik komuter dari kajang-seremban, petang.
punya la sesak. budak2 sekolah nak balik asrama, 
budak2 yang kua merewang di hari minggu dan macam2
lagi manusia lain. 
dalam bersesak2 terpaksa berdiri, aku terbau sesuatu yang agak memeningkan - 
ada sorang akak tu tanpa rasa bersalah pakai minyak rambut yang berbau agak la tidak menyenangkan.
kurang udara, bau kurang sedap, perut pulak kurang kenyang (sebab pose).
tiba2 aku rasa gelap je pandangan aku. 
naseb baik la dah nak sampai stesen seremban masa tu. 
terbukak je pintu, terus aku cari port tuk duduk.
puyen gila wa cakap lu.
kalau lambat lagi nak sampai, gamaknya memang aku pitam la.
kepada akak tu, aku harap dia dah bertukar kepada jenama minyak rambut yang lebih wangi dari itu.


kenapa aku tak masak ye???
sebulan bertahan makan juadah dari bazar je. 
bosan jugak.

umah bujang... mana ada peti es,
beli barang basah terus kena masak.
taleh simpan2.
takkan la hari2 aku nak gi pasar.
kete pon tade. tu pun nasib baik upah driver bus hantar pegi keje.

basuh baju pun manual ye.
tade mesen basoh.


nasib baik ada dapur gas.
boleh masak jugak la - maggi.



bila ingat balik memori keje kat seremban,
terasa bersyukur sangat2.
sekarang dapat tinggal dengan keluarga kecil aku.
dapat selalu berkumpul dengan keluarga besar aku.
walaupun sekali sekala terbetik rasa rindu detik untuk berseorangan.

==>  tahun pertama aku bayar zakat fitrah pakai duit gaji aku sendiri  =)



* lagu pebret tahun 2007 - dendang perantau.
    - mengalahkan perantauan di obersi pulok =p


No comments:

Post a Comment