Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, August 9, 2012

kad ucapan hari raya untuk sambutan hari raya

kenal apa tu kad ucapan hari raya a.k.a kad raya?
berdasarkan kepada perkembangan teknologi dan kemajuan sains, 
kebarangkalian anak2 muda di masa hadapan tak akan kenal apa tu kad ucapan hari raya.

andai diimbas pada jaman dulu, 80-90 an,
sape2 yang dapat kad raya memang akan berbangga la.
lobang idun kembang kempis. 
dalam sebulan berpuasa tu, berkali2 posmen datang umah hantar kad raya.

kononnya orang yang dapat banyak kad raya tu ramai peminat la.
macam akak aku, punya la banyak dapat kad.
sebab dia suka berkenal2-kenalan. 
cari member dalam majalah2.
dulu kan ada ruangan berkenalan.
dulu2 berkenalan bukan via online. 
via surat menyurat ye.
entah bapa hinggit abis duit wat beli setem.
nak berkawan punya pasal.

dan bila dah banyak dapat kad raya,
takkan la nak buang. 
sayang pulak kan...
boleh buat deco2 tau dengan kad raya ni.
cari ranting kering, dan gantungkan kad2 raya tu.
letak dalam pasu dan tayanglah kat tetamu.
letak dekat ruang tamu, tangga rumah atau dimana2 yang tetamu boleh nampak.

contoh cadangan hiasan. 

ataupun gantung je kat dinding rumah.
hiaskan bersama lampu lip lap lip lap.
pasti anda akan merasa bangga dengan hasilnya. 

cadangan hiasan untuk gantungan.


tapi... masih relevankah hiasan2 seperti di atas ?
gamaknya kalau buat, nanti orang kata kolot la, jaman perang punya hiasan.
why not ?  sekali sekala mengembalikan nostalgia raya dolu2. 
kan?

sekarang dah jarang orang bersusah payah memilih kad raya 
di pasar malam atau kedai2 buku.
leceh dan membuang masa.
jugak memakan duit dan kos. 
sekeping kad raya biasanya paling2 murah harga 30 sen pon ada.
setem pulak sekarang rasanya kena 60 sen.
nak sampai pulak lambat. 
entah2 dah habis raya kad baru sampai.
kawan pulak ramai, kalau 10 orang dah 6 hinggit.
takkan kawan 10 orang je kot... kan?

so orang sekarang lebih suka sesuatu yang mudah, cepat dan berkesan.
sebab tu sekarang dah jarang sangat orang pos kad.
cukup hanya melalui emel, sms, fb, twitter, youtube dll.
medium yang mudah dan tak makan kos sangat.

aku pon dah lama tak terima kad raya. 
tahun lepas memang tade langsung.
tahun 2010 ada sekeping. 
dari ex-boss aku. 
tu pun aku telepon PA dia, mintak poskan 1 untuk aku.
muwaahaahaa!!!
siap mintak2 lagi. 





keluarga bahagia.  
tapi isteri bos aku tu dah arwah dah, hujung tahun 2010. datin sya yang cantik. 
bos aku baru je kawen baru2 ni, dengan peserta gadis melayu 2 ye...
cun jugak.
yela.. bos aku pon tak kureng hebatnya walaupun umor dah 50.

alamak, 
teringat la pulak kenangan mengepost kad2 raya kepada ahli umno.
2500 ahli umno.
lipat dan tampalkan 
(kad 2 lapis, kena tampal sendiri sebab syarikat percerakan tak sempat siapkan),
boss sign satu2 
(nampak keihlasan dia, 
driver pon tolong sign sikit2.  oppsss... kantoi.)  

type alamat penerima, boss check (kot2 ada yang meninggal ke, keluar parti ke), 
print alamat, gunting satu2, 
tampal satu2, 

masukkan dalam sampul, tampal setem satu2,
gamkan sampul, 
sedia untuk dipos.

buat sorang2 ye, sebab di pejabat penasihat KKLW hanya seorang boss dan seorang PA.
nasib baik kekadang driver ada tolong.

sume tu kenangan.
berbaloi ye...
sebab tahun tu (2009), aku dapat duit raya RM 1,000.00 dari boss. 
aku kayoo !!!
mula2 tak percaya.
siap tanya boss, betul ke ni boss, kot2 tersilap sampul.
boss cakap betul. sume staff kat company dia dan aku dia bagi 1k.
kayosss gilloss. 
tahun tu bermewah la sikit duit raya bagi kat orang tua, adik2 dan anak buah.

masa aku kerja pejabat menteri dulu tade pon banyak macam tu dapat. 
menteri bagi RM 300.00, pegawai khas dia yang baik2 hati bagi jugak.
tapi tak cecah RM 1k. 

tapi tahun tu je la.
tahun seterusnya termasuk tahun ini tiada lagi duit raya dari boss.

tape, 
alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah yang memberi rahmat.


* kad raya vs sms raya vs emel raya vs komen raya vs tweet raya ?








No comments:

Post a Comment