hari ni aku nak kongsi resepi biskut raya paling senang dan sedap.
- aku suka bila resepi yang hanya memerlukan 3 atau 4 bahan sahaja.
aku yang tak pandai masak ni boleh buat,
apatalah lagi korang yang memang dah ada black belt untuk urusan di dapur.
pejam mata pon boleh buat. (pejam sebelah je la).
kita hanya memerlulan 4 bahan utama.
bila dah ada keempat2 bahan ni, sure2 boleh buat.
selain itu, ada juga bahan2 sampingan yang akan menyedapkan dan menyantikkan lagi biskut ni.
malah akan menambah tahap keteliuran insan2 yang akan melihat biskut korang ni nanti.
bahan2nya adalah :
2 cawan cornflakes. (aku nasihatkan korang guna nestle cornflakes je. sebab aku pernah buat guna cornflakes cap tesco dan yang tade cap, memang kurrreng. cap kellogs pon kureng.)
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega/majerin
1 sudu besar madu (aku guna cap tesco ari tu ok).
* tiga2 bahan ni buh dalam sudu dengan agak membukit.
yang ni bahan2 sampingan :
1 sudu kacang tanah (digoreng tanpa minyak. disejukkan dan dikisar kasar)
atau
bijan (digoreng tanpa minyak).
atau
apa2 kekacang yang korang ada.
1 sudu buah2an kering campuran
atau
ceri yang dipotong kecik2 (biasa kedai kek ada jual, yang diguna untuk letak kat semperit tu)
atau
kismis hitam
(biasa cikjah buat bubuh kelapa parut e? aku tak penah try lagi).
mari kita melangkah ke acara membuatnya :
1. letak kuali atas dapur. bukak api perlahan.
2. masukkan mentega/majerin, gula pasir dan madu (A).
3. cairkan bahan2 ni. selalulah mengacau ye sehingga tidak terasa gula tu berpasir lagi.
4. seterusnya masukkan cornflakes ke dalam besen/bekas mengacau. seandainya korang ada bahan2 sampingan yang disebut di atas, bolehlah masukkan sekali. gaul sebati.
5. curahkan bahan (A) ke dalam bekas cornflakes sikit demi sikit.
(gaulkan semasa bahan A masih panas supaya mudah sebati dan sekata).
6. agak2 dah sekata, masukkan ke dalam papercup.
7. bakar dalam 170c selama 10/15 minit (untuk mencairkan karamel dan melekatkan cornflakes tu besama2).
sejukkan dan baru simpan dalam bekas kedap udara.
happy baking =)
No comments:
Post a Comment