Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, August 7, 2012

muka malas datang keje ?

hari ni, pagi2 lagi kena tegur dengan sorang pegawai.

katanya, " bakpo muko lagu tu?".
"lagu mano?" tanya aku balik.
"muko mace malah maghi kijo jah", katanya.

haaiisshhh...

nampak sangat ke ?
tak cukupkah dengan tempelan bedak dan lipbalm bagi mengaburi kesuraman air muka ku?
cewwaahh !

memang aku tak berapa semangat nak datang keje.
bangun pagi pun bermalas2 dan berhegeh2.

mana semangat kerja aku ni?
walhal tok ajib siap bagi bonos raya lagi.
tak reti nak bersyukur ke?

memang aku bersyukur dapat bonos raya.
sape tak besyukur, dapat rezeki terpijak. 

punca kenapa aku malas datang keje ni, 
aku pon tatau la.

muka toye, asyik ngantuk je pagi2.
time driving tayah cakap la.
kalau ikutkan nak tongkat mata ni ngan batang mancis.
supaya tak tertutup.
bila sekali berkelip, memang hampir hanyut ke lautan mimpi yang membahagiakan la.

masa pregnant dulu macam ni la, 
mengantuk yang amat sangat.

muka sebbel taleh blah. masa ni pregnant 8 bulan.
idung kembang semangkuk.

bahaya sebenarnya drive bila jiwa mengantuk dan dalam keadaan separa sedar. 
dalam paper hari ahad kot, ada 1 kes accident, sebab pemandu mengantuk.
sedar2 dia dah ada kat tepi jalan, berlanggar ngan lori tempoyak, kata mangsa. 
nasib baik tak cedera walaupun kereta wiranya remuk redam.
lori tempoyak tu pulak terbalik.

drive time bulan tak pose boleh la jugak makan2.
mamah2 kekacang, kekuih ke. 
walaupun kadang2 tetap jugak mengantuk.

PETUA ELAK MENGANTUK SEMASA MEMANDU - hasil carian google

amalkan baca ayat ni. 

la takkhudzuhu sinatuw wala naum 
maknanya : DIA - Allah tidak mengantuk dan tidak tidur

selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah 
dengan membaca Ayat Qursi 3x
sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan.
ditambah dengan ayat :
'bismillahil ladzi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fissamaa'i 
wahuwassamiun 'aliimm (3x)

insyaAllah mujarab, dengan izinNya 


sape tak tergoda tengok muka tido dengan lena cani ?
sangat menggoda untuk aku join sekali.


No comments:

Post a Comment