Aku sangat suka buahan tempatan. Terutamanya durianssss, manggis (masa kecik2 selalu panjat pokok manggis), dan langsat.
Tapi orang tua2/orang2 tua disekeliling aku selalu cakap :
jangan makan durian banyak, nanti panas, angin.
jangan makan langsat/duku banyak, nanti sakit urat, sejuk.
jangan makan rambutan banyak, nanti batuk.
jangan makan buah salak banyak, nanti sembelit.
banyaknya jangan. tapi kalau buahan mat saleh boleh pulak makan banyak2. macam
epal, baik untuk sesape nak kurus (epal hijau).
malah ada pepatah mat salleh cakap 'an apple a day keeps the doctor away'.
anggur, tinggi vitamin c.
oren, baik untuk penghadaman.
kiwi, penuh dengan serat makanan.
strawberi, baik untuk mata, tekanan darah tinggi, kerosakan fungsi otak dan anti kanser.
tapi janganlah terlalu mengagungkan buahan mat saleh saje. kerana buahan dari kebun muhamad salleh pun banyak jugak khasiatnya. mungkin kita kurang didedahkan dengan fakta tentang khasiat buahan tempatan.
so lets cekidaut !!!
Rambutan
Kajian di Monash University, Australia menyatakan buah yang isinya melekat pada biji ini mengandungi antioksidan tinggi. Kajian di Singapura pula mengatakan ia mengandungi antioksidan yang sangat penting untuk sistem tubuh.
~~~~~~~~~~
Duku
Dengan bentuknya yang mungil (bak bibir yang mungil). duku mengandungi mineral cukup tinggi seperti kalsium, fosfor dan zat besi. Seratnya sangat membantu sistem pencernaan. ia bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah ada yang menjadikannya sebagai campuran untuk puding yang lazat.
~~~~~~~~~~
Belimbing
Bentuknya seperti bintang menyebabkan di juga dikenali sebagai starfruit. manfaatnya juga banyak antaranya mengandungi banyak serat dan vitamin E. kajian di Brazil menemui buah belimbing mempunyai zat yang berguna untuk mengubati antiradang usus pada ekstrak buah ini.
~~~~~~~~~~
Mangga
Penulis Juices and Tonics, Elsa Petersen menyatakan mangga segar sangat bagus untuk kulit dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Pengamal perubatan tradisional di Vietnam menggunakan buah ini untuk melancarkan peredaran darah. namun, berhati-hati jika anda mempunyai masalah gula dalam darah kerana kandungan gula di dalamnya sangat tinggi.
~~~~~~~~~~
Manggis
Journal of Pharmacology menyatakan bahawa xanthones yang terkandung di dalamnya merupakan antioksidan yang sangat baik, antivirus, antiradang dan bermanfaat untuk kesihatan kardivaskular. beberapa kajian juga menunjukkan manggis mampu meredakan keletihan dan cemas.
~~~~~~~~~~
Ciku
Mengandungi vitamin A, B, C, mineral dan serat. setiap 100g ciku mempunyai 14.7mg vitamin C. ia manis dan tinggi karbohidrat kerana 16 hingga 20 peratus ciku mengandungi gula. ciku sangat baik untuk pembuluh darah kerana kandungan potasiumnya yang tinggi tetapi rendah sodium.
~~~~~~~~~~
Salak
Kebarangkalian untuk anda 'terkena' salak yang masam atau kelat berlebihan mungkin rendah kerana teknolgi pertanian yang semakin canggih. ia berkhasit mengurangkan rasa panas pada perut dan mengurangkan cirit birit.
~~~~~~~~~~
Nanas
Enzim bromelain yang terkandung di dalamnya merupakan kandungan paling popular. ia memulihkan aterosklerosis (pembuluh darah menyempit kerana lemak), batuk-batuk dan membantu sistem pencernaan. sangat bagus untuk mereka yang sedang berdiet.
~~~~~~~~~~
*setiap yang Allah ciptakan itu ada kebaikannya, yang mungkin kadang-kadang kita tak nampak.
sumber maklumat dari : Majalah RAPI 15 Jun 2012