Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, June 21, 2012

baiknya yogurt

very da yummmieesss !!!


Yogurt ni kalau bagi sesetengah orang, dorang tak suka. Kerana rasanya yang masam dan macam ala2 basi gitueww… tapi aku suka yogurt. Lagi masam rasanya lagi sedap.

Kenapa aku suka yogurt ? sebab yogurt sedap.

Tapi bukan hanya kerana kesedapan yang membuatkan aku gilakan yogurt. 

Kerana kebaikannya yang buat aku semakin suka yogurt.

Contoh, bila kita tau kebaikan seseorang, semakin kita sukakan orang tu. Betul tak?

Sama la halnya dengan yogurt.  Bagi kamu2 yang kurang sukakan yogurt, ingatlah kebaikannya. Nescaya kamu akan lupakan ketidaksedapannya dan akan mengingati kebaikannya.   Ayat…. Panjang ye.

Ayat ni jugak sesuai dinasihatkan kepada sesiapa yang tak suka makan sayur. Termasuklah AKU. Hiiii….



Tersikit terbanyak sejarah pasal yogurt yang dapat aku simpulkan :
Perkataan yogurt berasal dari bahasa Turki yang bermaksud susu masam. 

Yogurt sebenarnya terhasil secara spontan, hasil dari tindakbalas oleh bakteria liar yang hidup pada bekas kulit kambing/bebiri.  
Pengembala jaman dulu menyimpan susu dalam bekas kulit, dan dengan itu terhasilnya yogurt, hasil tindakbalas tersebut. Tapi macamana dorang boleh simpan bahan cecair dalam bekas kulit ek? Mungkin jaman dulu tade bekas Tupperware atau botol air, kot…..

Teori bahawasanyan yogurt mula digunakan oleh orang-orang turki kuno diceritakan dalam buku Diwan Lughat al-Turk oleh  Mahmud Kashgari dan Kutadgu Bilig oleh Yusuf Has Hajib yang ditulis pada abad ke-11.  (untuk maklumat lanjutan tentang buku tersebut, silalah tuan/puan google sendiri).

Aku pernah tengok dalam rancangan spice route adabi kat TV3.  Ada satu episod dorang wat rakaman di Turki, Chef Sabri ada gitau pasal yogurt.  
Katanya ramai yang anggap yogurt adalah makanan orang barat, dek kerana kepopularannya di Negara barat. Walhal yogurt sebenarnya berasal dari timur tengah, dan dibawa masuk ke barat oleh pedagang2 di jaman dulu kala.

Begitu jugak dengan eskrem, sebenarnya ia pon berasal dari timur tengah uoollsss….

 Mestilah kamu2 tak sabar untuk mengetahui kebaikan yogurt kan? (dalam hati korang berkata : tak pon…)


extra yummiesss!!!

Baiknya yogurt ni :
-        Menghasilkan zat-zat yang diperlukan oleh hati, berguna untuk pencegahan kanser
-        Membantu proses pencernaan  (Lactobacillus bulgaricus)
-       Yogurt memiliki gizi yang lebih tinggi berbanding susu segar. Kandungan lemak lebih rendah
-       Mengandungi kalsium, vitamin A, thiamin/vitamin B1, niasin/vitamin b3 dan riboflavin/vitamin B2 daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
-       Mengurangkan kolesterol
-       Antikanser dan meningkatkan antibodi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagi ibu2, yang bakal mengandung dan sedang mengandung, digalakkan untuk mengambil yogurt sebagai makanan sampingan.



Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, ibu-ibu mengandung digalakkan mengambil pemakanan yang mengandungi probiotik seperti tempe, yogurt, minuman berkultur, miso dan sesetengah minuman jus atau soya.

Antara kebaikannya untuk ibu mengandung adalah :

-       mengekal dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung dan anak yang dikandung kerana lazimnya daya tahan wanita semasa mengandung akan menurun.

-       Mengatasi masalah sembelit (biasa sangat berlaku pada preggy moms, kan?)
-       pedih hulu hati

-       keputihan

-       kencing tidak lawas

“Pengambilan probiotik bukan sahaja memanfaatkan kepada ibu malah ia turut memberi kebaikan kepada anak yang dikandung.

“Secara tidak langsung, kebaikan probiotik yang diambil semasa mengandung akan berterusan sehingga anak yang dilahirkan mencecah 1,500 hari. (drpakar.blogspot.com)


Baik kan yogurt ni? So, silalah berkawan dengan yogurt.  
Tambahkan yogurt dalam senarai makanan kegemaran anda. 


* sila ambil tahu bahawa yogurt jugak mampu mengurangkan tekanan.















No comments:

Post a Comment