dewasa ini, novya semakin sukar ditidurkan.
tiada lagi rutin tidur harian yang teratur.
semuanya dah jadi kube lembe (bahasa kelantan).
bagaimanakah caranya untuk mak hadapi situasi ini?
sangat penat nih |
Sebenarnya jumlah waktu tidur bagi anak kecil berusia satu hingga tiga tahun ialah antara 12 hingga 13 jam sehari.
Ketika mencapai usia 18 bulan, bayi tidak lagi tidur sebentar untuk kali kedua dan didapati, rutin waktu tidur sangat penting.
Age | Nighttime Sleep | Daytime Sleep * | Total Sleep |
1 month | 8 | 8 (inconsistent) | 16 |
3 months | 10 | 5 (3) | 15 |
6 months | 11 | 3 1/4 (2) | 14 1/4 |
9 months | 11 | 3 (2) | 14 |
12 months | 11 1/4 | 2 1/2 (2) | 13 3/4 |
18 months | 11 1/4 | 2 1/4 (1) | 13 1/2 |
2 years | 11 | 2 (1) | 13 |
3 years | 10 1/2 | 1 1/2 (1) | 12 |
*Note: number of naps in parentheses |
info dari baby center
Pada peringkat ini masalah tidur adalah normal yang mana 20%-30% anak kecil mengalami sebahagian masalah demikian.
Gangguan biasa atau masalah tidur pada bayi antaranya ialah sukar untuk tidur, tidak mahu tidur dan tidak sensitif
pada waktu siang atau malam sehingga
membuatkannya mengantuk
waktu siang dan mudah meragam.
Pencegahan dan rawatan perlu dilakukan
termasuk jadual tidur, rutin waktu tidur
dan ada kala memerlukan penenang diri untuk tidur.
Strategi tidur pada bayi
TENTUKAN WAKTU TIDUR DAN MASA REHAT.
Masa tidur terbaik bayi adalah antara 7 petang dan 8.30 malam. Ibu boleh menetapkan waktu rehat bayi dengan cara sama. Rancang waktu khusus setiap hari.
(pukul 10.oo mlm ok tak? sebab mak nak layan masterchef dulu).
BENTUK RUTIN WAKTU TIDUR.
Bayi terikat dengan cara konsisten.
Dibuktikan secara klinikal waktu rutin bayi.
Tiga langkah mudah untuk memperbaiki waktu tidur bayi:
Langkah 1: Mandi air suam
Langkah 2: Urutan lembut
(nak urut macamana, nak pakai pampers pon bukan main lagi terpaksa main kejar mengejar).
Langkah 3: Tidur dengan senyap
(bila dah tidor memang la senyap…kan?)
Rutin waktu tidur ini diakhiri dengan aktiviti senyap seperti membaca, mendengar muzik lembut dan membelai.
Ini adalah cara terbaik untuk membentuk bayi tidur sementara kedua-duanya boleh menikmati
detik ikatan hubungan yang lebih erat.
(rasanya novya boleh buat ni,
tapi hanya akan bertahan kurang dari 10 minit.)
Objek sementara – seperti selimut dan alat permainan
untuk membantu bayi rehat serta menenangkan dirinya.
(kalau novya, ipad la yang dia nak.
Tapi bukan menenangkan diri, makin menterujakan(?) diri)
Menidurkan bayi ketika mula nampak mengantuk
tetapi masih terjaga dan terawang-awang.
Bayi masih belum nyenyak sepenuhnya.
Tunggu sebentar sehingga pernafasan bayi tenag dan sekata, ototnya rehat sepenuhnya.
Genggaman tangannya terbuka,
manakala kaki dan tangannya juga rehat serta ringan.
nampak macam mudah je nak tidorkan bayi. Tapi kalau pada bayi bernama novya, rasanya agak mencabar nih. Selalunya mak yang lena dulu.
Jadi, perkara utama yang perlu ibu2 lakukakan adalah bersabar !
so sweet... |
Ada kanak-kanak dan remaja yang suka berjaga malam kerana menonton televisyen
(dalam kes novya, kerana main ipad) dan sebagainya.
Tidur sehingga lewat malam akan mengganggu ritma tidur dan boleh menyukarkan untuk bangun keesokan hari
(betul2. Novya pernah tido pukul 3.30 pg, bangun pukul 2.00 ptg keesokan harinya. Errr…. Mengerikan.
Tapi… 13 jam. Kira standard la kan?
Sebab bila bangun lewat, novya takkan tido siang).
Ibu bapa perlu menerapkan budaya tidur betul sejak kecil supaya anak anda dapat manfaat ketika kecil dan untuk masa depannya (mak rasa dulu rutin tido novya sangat bagus.
Tido awal dan bangun awal pagi.
Tapi… sejak adanya ipad,segala2nya berubah).
Rutin tido yang tak teratur adalah tidak berapa baik.
Ce bayangkan, macam novya, tido 3.30 pg bangun pukul 2.00 ptg, beliau dah skip waktu makan sarapan dan makan tengahari, yang dibawa ke waktu petang. Bukankah itu tidak baik? Walaupun beliau menelan susu hampir 3 botol (5 auns/botol) dalam tempoh peniduran itu. Sebab susu tidak memberikan nutrisi makanan yang sempurna.
Kan?
walaupon novya mempunyai rutin tido yang tak baik,
tapi dia masih tetap anak mak yang baik.
tidak meragam dan mengahda2.
beliau sentiasa ceria bagaikan astro ceria
(channel pebret novya dan kanak2 malaysia yang lain)
chinta hati ku =) |
No comments:
Post a Comment