Seperti biasa, bangun di subuh hari, bersiap ke tempat kerja.
Membawa apa yang patut. Seperti telepon bimbit cap ayam (berkenan nak hupgrade
kepada samsung galaxy s3, yang pendapatanku tak setarap regenya.), ipad dan.... bil api/letrik( tak berbayar lagi).
Yang tidak patut dibawa pon, aku bawa jugak. Seperti sapu tangan novya.
Yang diniatkan untuk mengelap hingusan novya dan ditinggalkan di rumah nekma.
novya selsema la pulak...
novya selsema la pulak...
Setibanya di pejabat, seperti biasa, charge ipad (tumpang api kerajaan ;)). Kerana sah2 ipad abis batri setiap malam dek kerana kerakusan novya mengoteh ipad sebelum tido.
Punca kenapa novya tido lewat - ipad.
Seterusnya aku surf internet dan bukak apa yang patut. Seperti email gomen, email peribodi dan jugak blog. Kot2 ada entry best dari blogger yang aku follow .
yang tak patut seperti facebook, laman web gossip dan syosyial memang aku tak bukak.
aku pekerja yang baik ye (sila baca dengan ikhlas).
Jeng..jeng...jeng...
Makanya agak meneranjatkan aku bila ada 3 entry baru yang dihupdate dalam blog aku. Walaupun 3, sumenya entry kosong. Pukul 1.30am masih menghupdate blog ? Memang bukan aku la, sebab sah2 aku dan terlena dibuai mimpi masa tu. Suamiku pon sama. Dah dengkor berlagu genre ballads. Hermmmm....
Sah, keje cik novya mak la ni.
Hadeiihhh...
Nampak tak? Betapa mudahnya nak jadi bolgger. Hupdate jerrr....
Budak umor 19 bulan pon boleh hupdate. Ko haaddooww ??!
Argghhh.... Bahyo sungguh novya ni, entah hape2 yang dibuat malam2.
jeng... jeng..jeng.. sekali lagi
Satu lagi isu yang meneranjatkan mak, susu novya tumpah dan mengering di atas screen ipad.
Abis berbolop dan agak berlengas ipad nih.
Sangatlah berceluah (comot). sampaikan bos pon perasan dan ditegur, "su tade ke kain untuk sapu screen ipad tu? Guna kain lap cemin mata pon boleh.".
Terkulat2 kejap.
Novya oh novya.... Macam2 la kamu ni.
* sure2 mak rindu kamu lebih. Next week mak dipaksa pegi kursus ;(
No comments:
Post a Comment