Lama betul aku nak siapkan cite sambungan kesah collagen dust si hamis jalikha. Shooting sampai kutub utara, tu yang lama tu. Nak gi sana dah brapa purnama,patah balik ke tanah malaya bape lama pulak. Pegi sana pakai tongkang je. Orrait... Hentika karutan ini.
Rasanya dah 2 bulan aku tak hupdate, dan kesah collagen dust ni pon dah basi.
Tapi, sesuai la aku hupdate di waktu ini, supaya boleh aku bagi review kesan penggunaan collagen dust kan?
F.y.i, collagen dust ke2 telah selamat tiba kat aku 1 minggu selepas aku wat aduan pelanggan ke talian yang diberikan oleh si hanis.
Terus kepada point kita ye puan2, sellepas kurang lebih dua bulan aku menelan collagen dust,apa yang dapat aku rasa, paling sangat2 aku rasa, kulit aku terasa lembut. Berbanding dengan kulit asal aku, yang agak mengering. Lembutnya macam... Tauhu lembut kot. Atau seperti kata arwah sudirman, lembut bagaikan sutera....
Ober nye testimoni aku ni. Hahaha!!! Mesti korang macam rasa ragu2 dek kerana review aku yang tak berapa lojik ni. Ada ke kulit macam tauhu lembut. Sah2 mudah koyak nanti. Hahaa!!!
Surius....
Pertama: kulit terasa gebu dan lembut bila disentuh( ke aku yang perasssan?!)
Kedua. : kukuku memanjang agak cepat dari biasa. Makaku kena merajinkan diri untuk selalu motong kukuku itu,
Ketiga. : rambut rasa lembut.
Keempat. : aku masukkan sedikit collagen dust dalam toner, dan kesannya berbeza. Toner yang mengandungkan collagen dust dengan yang tidak mengandungkan collagen dust. Yang tidak mengandungkan collagen dust tak mampu atasi masalah liang roma aku suka terbuka ni, sebaliknya yang mengandungkan collagen dust mampu mengurangkan liang roma. Dan paling best, sebelum keluar, bersihkan mukaku dengan toner yang mengandungkan collagen dust, tempekkab sedikit bedak compact ( aku pakai brand avon jerrr...) dan hasilnya...
" kulit you nampak berseri la. Make up nampak kemas dan natural", kAta kawanku.
Amacam? Boleh wat iklan radio tak?
Tapi kan.... Sejak aku amalkan collagen dust, kulit aku mudah kecut bila kena air. Terutamanya bila mandi dan cuci pinggan. Kenapa ye?
defintely will give it a try one fine day.
ReplyDeletep/s : kulit cepat kecut, kata jadi macam tauhu kan..hihihihihii.(lariii).. =p
jangan lupa share your review pulak.
Deletekulit tauhu memang cepat kecut eh ?
p/s : tauhu bakar sedap dimakan walaupun dah kecut.