Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, July 1, 2013

Place Review : My Hotel @ KL Sentral

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari senin =)
senin adalah satu hari selepas hari ahad.
dan tiga hari sebelum tiba hari jumaat.
sekejap sajjo tu. so tayah nak layan monday blues sangat.
yang penting kita ennjoyysss !!!
~~ senyumlah ahhaii cik mek molek...

ok, 
hari ni nak membebel pasal sebuah hotel yang terletak di 
pusat bandaraya kuala lumpur.
sebenarnya hotel ni bukanlah hotel berbintang bergerlipan.
hotel ni adalah hotel bajet.
sesuai untuk insan yang nak jimat atau yang poket tipis macam aku.
so kalau aku komplen atau bagi review,
rasanya tak berbekas sangat kot. 

baiklah,
sebenarnya aku memang geram giles dengan hotel ni.
cakap dorang memang taleh pakai.

cenggini citenye,
aku book hotel ni untuk bos .
( bos memang dah tetapkan untuk book hotel rate bawah RM 180 untuk beliau. 
walaupun, kelayakan beliau adalah unlimited).
 check in 29hb. 
kebetulan pulak hari tu kan final piala FA.
Kelantan lawan JDT.
 (fyi : kelantan menang 1-0).
so hotel memang penuh la. 
puyen aku mencari bilik untuk bos.
kalau hotel yang mahal2 tu, 
memang ada sangatlah. 
tapi, kerana terikat dengan syarat yang diberikan bos,
makanya dengan gigih mencari hotel bajet. 

akhirnya dapat bilik di myhotel@kl sentral.
fyi : myhotel ada banyak cawangan antaranya di 
brickfields, atau korang boleh tengok kat 

oleh kerana flight bos dari Kota Bharu pukul 8 malam.
maka bos akan sampai di hotel lebih kurang 10 malam.

masalah mula timbul bila pihak hotel kenakan bayaran deposit.
biasa lah, 
kalau check in selepas pukul 6 petang kebiasaannya memang pihak 
hotel akan mintak deposit kan ?

tade hal, 
aku bayar je la. 
nasib baik dorang terima fund transfer.
so aku bayar via cimbclicks je la.
tak payah susah2 nak mintak details credit card bos.

bayaran dah setel, 
aku siap faks dan emel bukti bayaran. 
katanya nanti papehal bahagian akaun &  jualan akan contact.

aku dengan senang hati dan bahagia balik kerja.
berbahagia untuk melalui ujung minggu yang damai.

tiba2, 
di petang sabtu yang hening.
bos sms aku.
katanya pihak hotel telefon memaklumkan, 
dorang terpaksa cancel booking sebab tak terima bayaran.

haddooiii...
what the hal ni.
aku ingat dah setel la. 
dorang pon tade telefon balik lepas kejadian setel bayaran hari khamis tu.

aku sms bos dan maklumkan akan check balik dengan hotel.
nasib baik bos aku spesis yang cool.
katanya ok, nanti maklumkan keputusannya.
lega sikit...

dengan hati bengkek,
aku dial nombor telefon hotel tu.
nak menambahkan kebengkekan hatiku, 
line internet kat rumah wat hal dari hari jumaat lagi,
dengan line telefon sekali down.
kalau tak boleh la aku guna line telefon rumah, 
jimat kredit =p
nasib baik aku ada catit nombor telefon hotel tu.
dengan baki kredit RM 3, aku call pihak hotel yang what the haiikk ni.

aku memang cam sangat suara yang jawab telefon tu.
memang aku berurusan dengan dia la hari khamis ari tu.

dengan perasaan bengkek membuak2 di dada aku tanya, 
" saya berurusan dengan awak hari khamis hari tu kan ?"
dengan lurus bendul dia jawab,
"ye saya puan".

apa lagi, 
aku pong pang pong pang sound la dia.
terkedu beliau, dan akhirnya dia cakap, 
"saya tak boleh buat apa2.
saya sambungkan puan kepada manager ok."

sambung pulak cakap dengan manager.

yang aku tambah bengkek,
manager pon sama dengan anak buah.
aku pong pang pong pang,
boleh pulak dia cakap,
"theres nothing i can do madam. kita memang tak terima bukti bayaran,
so we have to cancel your booking".

apa jenis jawapan ni.

telefon pulak terputus tiba2, sebab kredit abis.
nasib ada backup singer - suami.

telefon pulak sekali lagi.
dengan bengkek tahap tiga,
aku marah dia. 
memang betul2 marah la.
bos nak check in hari ni.
bos sampai malam, hotel pulak tade.
bayangkan.

kalau ye pon nak cancel booking aku tu, 
sepatutnya dia double check dulu dengan aku. 
kan ?
telefon la aku dulu. 
tanya balik betul ke aku dah emel, dah faks.
ni tak, terus call bos cakap terpaksa cancel booking.
memang what the @@*)! la.

dia tanya pulak, 
cik berurusan dengan sape khamis hari tu.
terus aku cakap budak yang jawab telefon tadi. 
yang mula2 saya call tadi.
"hold on ya madam".
- pot pet pot pet aku dengar dia cakap dengan anak buah dia.

di akhir kata aku cakap, 
macamana sekalipun saya tetap nak bilik untuk bos saya.
dan saya memang dah bayar. 

mungkin dia malas nak gaduh dengan aku,
atau mungkin nak hentam anak buah dia pulak,
dia janji nak call selepas 10 minit.

sementara menunggu 10 minit berlalu,
dengan rajin tapi hati bengkek,
aku buat agar2 cocktail.
first time dalam hidup buat agar2 sendiri.
(terasa mundur sangat. hahaa)

selepas 30 minit berlalu,
en.manager myhotel tak talipon2 pon.
hadoii... 
cakap memang banyak belit la dorang ni.

sabar je la, bak kata abang salleh.
aku amik keputusan untuk telefon balik.
apakah ini, 
en. manager yang cakap belit2 tu pergi meeting pulak....
memang sangat berbelit2 la dorang ni.

"tadi manager you janji nak call saya balik selepas 10 minit.
ni dah setengah jam. saya pulak yang terpaksa call balik.
alih2 dia pergi meeting pulak. cakap memang berbelit2 la.
kot ye pun nak gi meeting, setel la dulu hal saya ni.
kalau tak dapat nak setel lepas 10 minit, jangan janji nak call after 10 mins.
susah la macam ni. "
pong pang pong pang aku membebel.

budak yang jawab tepon tu dah mati kutu.
akhirnya buat janji lagi.
dia akan mintak manager dia yang cakap2 belit2 tu 
untuk call aku balik bila dia dah siap meeting.

baik, 
aku masih menunggu, 
sehingga sekarang (semasa entry ni ditaip),
aku masih belum menerima apa2 panggilan dari myhotel @ kl sentral.

dan aku tak pasti adakah benar dorang akan refund duit bayaran deposit yang 
aku buat hari tu.

untuk waktu sekarang, 
aku malllas nak cakap dengan manusia2 yang keje kat myhotel@klsentral.
tengok la besok2, bila aku rasa aku nak cakap.
walau apa pun, aku tak halal duit aku tu kalau doran amik gitu je.
kejam tak ?
muwaahhaahaaahaha !!!
memang aku kejam.
muwahaahhaa!!
(gelak kejam) 


- bos aku sms pada petang sabtu jam 6.30 ptg,
menyatakan dorang akan sediakan bilik untuk bos.
tapi, bos kena bayar sekali lagi masa check in sebab bos 
tak bawak slip bayaran yang aku buat hari khamis ari tu,
dan dorang akan refund duit aku.


untuk myhotel@klsentral memang aku blacklist.




2 comments:

  1. wah sangat berapi puansumbim.make megi kari kuat dooh ni gamoknyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha !!! sekali sekalo sero nok jadi bekeng.

      Delete