Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, July 25, 2013

My Hotel @ KL Sentral yang sangat teruk

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat tersenyum kepada kakitangan awam yang
dapat gaji hari ni, dapat 1 tangga kenaikan gaji dan 
bakal dapat bonos raya nanti.
syukur alhamdulillah dengan rezeki yang diberi.

dapat ke tak dapat, banyak ke sikit,
semuanya rezeki dari Allah.
rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, harta kekayaan.  
kebahagiaan, keselesaan dalam hidup, anak yang baik, 
pasangan hidup yang membahagiakan juga 
termasuk dalam rezeki yang patut kita syukuri.

ok, 
nampaknya tajuk entry sangat tak cantik.
ini terdorong oleh rasa menyampah tahap dewa kat hotel cakap berbelit ni.
episod pertama drama hotel teruk ni boleh baca kat bawah :
place review : my hotel @ kl sentral

episod kedua drama hotel teruk aku citekan di sini :
walaupun tajuk macam tak berkaitan,
tapi sememangnya ia berkaitan.

selepas tamat episod 2 di mana aku dah emel bukti bayaran,
dan manager cakap berbelit tu nak refund, 
aku menunggu dengan penuh kesabaran bilakah duit tu akan masuk.

episod ketiga drama hotel teruk bersambung hari ni.
dalam minggu ni (21 julai - 25 julai 2013),
lebih kurang 4 kali aku telepon hotel ni.

kali ni aku terus gitau nak cakap dengan en. siva.
- rupanya nama manager tu en. siva.
berdasarkan alamat emel yang dia bagi kat aku untuk 
aku emelkan bukti bayaran .


emel ni adalah bukti yang beliau dah terima bukti bayaran aku.
dan dia pon memang dah call aku dan bagitau akan proses 
bayaran balik ni dan akan maklumkan kepada aku.
tarikh emel tu adalah pada 9 julai 2013.
hari ni dah 25 julai 2013.
sejak dari tarikh tu sampai sekarang tak pernah2 dia call aku.

berbalik kepada scene dimana aku 
berusaha menalipon hotel hampeh ni dalam minggu ni,
kali pertama aku telefon katanya en. siva tu tengah ada meeting.
aku dah muak dengar alasan tu.
kali kedua telepon katanya en. siva keluar. 
kali ketiga telefon katanya en. siva sibuk ada perbincangan dengan bos.
urrgghhh   !!!!
aku dah agak, dorang sebenarnya dah boikot aku.
elok la tu, anak buah dengan bos berpakat nak tipu customer.
asal aku telefon mesti manager hampeh tu tade.

lagipun dorang dah boleh agak kot,
siapa lagi yang mencari2 manager hampeh selain dari aku.

hari ni aku call katanya manager hampeh tu pergi imigresen.
imigresen pullookk....
apahal pergi imigresen pulok.
ke nak larikan diri dari bayar hutang.
tapi aku tak cakap la kat budak yang jawab panggilan aku tu.
marah marah jugak.
budi bahasa kena jaga. kan ?
tapi memang aku marah sangat hari ni. 
sebab dah berkali2 telefon macam2 alasan dorang bagi.

aku dah malas nak telefon untuk hari ni.
aku pesan kat budak yang jawab telefon tu,
suh manager yang hampeh tu telefon aku balik.
untuk hari ni, rasanya dah kali ke patbelas ribu aku bagi no.h/phone aku.
huhhhh !!!

takpe la. 
kalau dorang nak lindungi sangat manager dorang yang hampeh tu,
silakan.
aku tahu allah maha adil.

duit aku yang rm120 tu kalau dorang tanak bayar takpe.
amik la kalau nak sangat duit aku tu. 
nak kata aku redhoowww, sebenarnya belum lagi.

apa yang aku kesal dan menyampah dan geram 
adalah bila dorang cakap berbelit2.

akhir kata penyudah bicara,
sabar je la...


4 comments:

  1. kesian kat sumbim.jom kito g sana.kecek depe2 br sedak bim.dio dlm telepom branila

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk sudi ko nok bertemban saya ? tu la, saya kalu dey ado depe mato nok tawar nappar selalu ajatnyo ( koya berani)

      Delete
  2. haha.tengok2 royat xpola..gaya zawiyah..

    ReplyDelete
  3. hahaha ! sekali set dio ado geng doh. sellak kita.

    ReplyDelete