Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, January 13, 2014

rindu serindu rindunya.

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari senin yang barokah.

eh, terrajin pulok hupdate blog.
tapi jaga-jaga... ada mata yang merhati (baca macam kiah propa).
deme kate leni orang mampu duk merati orang gomen 
layan web apa time keje.

seremm... kang tak pepasal blog aku ni jadi laman terlarang.

berkebetulan sebenarnya ni.
bos takde, kerja pun tak banyak sangat.
so ada masa sikit2 untuk hupdate blog kesayangan hamba ni.
blog untuk anak kesayangan mak, nobiya delita munawayah.

entah kenapa asik teringat je kat budak kecik ni.
asik rindu je.
mungkin kerana Allah anugerahkan anak kecil keletah yang manis,
tu yang buatkan mak2 bapak2 asik teringat kat anak, bila anak takde depan mata.

perasaan ni susah nak diceritakan, sehinggalah anda dianugerahkan anak sendiri.
alhamdulillah aku diberi peluang merasa nikmat ini.

semoga anak2 kita sentiasa dalam lindungan Allah,
dijauhkan dari perkara2 yang tidak baik.


pesen sama je. asik buat peace je.

naik kete tak reti duk diam. 
siap main gelongsor.

kalau diam pun bila dengar cd zikir terapi hafiz hamidun.
tapi tak diam jugak. 
sebab novya join karox sekali.
dengan mak sekali, ayah juga.

aku memang highly rekemen cd zikir terapi ni untuk halwa telinga,
dalam kete ke dalam pejabat ke. mana2 la.
untuk halwa telinga anak2 kecil jugak.


mak cakap, "kesian adik idung kepek".
novya, "huhu...". (konon2 sedeh)





pose senggeng kepala ala che ta.


selalu ada perasaan nak balik keje cepat2 dengan selamat,
nak peluk cium budak ommei ni banyak2.
nak dengar cerita dia, nak tanya itu ini kat dia. 

oh my, oh my,
i'm so in love with you.

No comments:

Post a Comment