Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, January 20, 2014

product review : toilet training seat with ladder

Assalamu'alaikum w.b.t
salam kasih sayang untuk korang. 
dah lama tak bagi salam kasih sayang ni.

lately, ter-acap rajin menghupdate blog.
kekangan masa yang agak tak terkekang memberikan aku ruang 
untuk bercerita di sini.
bila masa amat mengekang, sebulan sekali belum tentu dapat hupdate.

selalulah kita ingat 5 perkara, sebelum hadirnya 5 perkara.
in sha Allah.

hari ni nak bagi review tentang satu produk.
fanas2 lagi baru semalam sampai.
kalau diikutkan belum sesuai lagi untuk dibuat review.

namun atas jolokan keterujaan yang amat dari dalam dada,
maka dengan beria2 aku buat review.

ari tu aku ada cite pasal beli potty train toilet. 
macam gini kurang lebih rupanya.


beli kat tesco RM13.45.
check harga di One Baby World RM 9.41.

guna benda alah ni lebih memudahkan noya untuk buang air di tandas.
mengurangkan penjejesan air kencing budak ommei tu.
yang penting noya lebih teruja untuk ke tandas.
kadang2, tak kuar pun air keciknya,
saje2 nak duduk atas tu.
hadeeehh...

selang sehari selepas membeli potty train toilet tu,
saja2 aku menggoogle harga potty train toilet yang aku beli kat tesco tu,
yang mana membuatkan aku terjumpa harga yang berbeda di One Baby World. 

sambil2 menggoogle, terkeluar gambar potty train toilet yang ni :


tandas budak2, siap ada tangga, pemegang lagi.
haish...
terberkenan la pulok.
selain comel,
nampak macam praktikal dan selamat je.

makanya, 
mengecek suamiku sayang dan memohon kelulusan peruntukan dari beliau.

makanya sekali lagi, suami aku pun berkenan, 
makanya untuk kesekian kalinya,
aku survey harga.

cari punya cari, 
jumpa dalam mudah.my.
rasanya harga yang diorang tawarkan lebih murah berbanding dengan yang lain.
aku cuba cari link yang aku jumpa ari tu, 
malangnya dah tak jumpa. 
tapi jika korang berminat, 
boleh hubungi nombor ni : 016-2096760 - andi.
RM 44, harga semasa aku beli.

lebih kurang 5 hari selepas bayaran dibuat,
akhirnya tibalah barang yang dinanti2.
sampai agak lewat berkebetulan dengan cuti umum dan cuti ujung minggu.

teruja yang amat semasa membukanya,
hingga terlupa nak amik gambar sebelum pemasangan dibuat.

tadddaaa !!!
(sambil muka teruja dan depa tangan).

tempang satu kaki.
kerana satu tapak je ada dalam kotak tu.
satu lagi memang tade. 
cari2 memang tade.
missing in action ke apa.

mujurlah diorang cakap diorang akan hantar part yang tade tu.
nyampah jugak rasanya bila asik dapat barang yang tak complete je bila membeli.

contohnya, 
masa beli collagen dust, aku order 2 pack, tapi yang diterima satu je.
terpaksa menunggu untuk pack yang ke2 tu.
sopping kat zalora, 
barang pertama tiba 1 minggu selepas bayaran,
manakala barang ke2 yang dibayar pada masa yang sama diterima sebulan selepas itu.
beli tali pinggang suami tapi bila balik lubang tak cukup, 
terpaksa tebuk pakai pisau sajo.
sangatlah tak smart jadinya tali pinggang itu.

nasib badan...


mak selalu cakap, "rambut adik macam kak limah je.."

yang kuning nut dan bolt untuk dipasang pada toilet tu.
yang kale pink macam bunga tu, kunci skru.
yang putih tu, tapak kaki toilet.

cara pasang.
gambar blur sebab tangan mak dilanggar novya,
sebab novya sibuk minta talipon nak amik gambar jugak.
"meh adik amik", katanya.

sama seperti di atas.

kak limah teruja dapat toilet tomei.

peace yoww !




hasil tangkapan novya.
pandai sangat novya amik gambar.
nampak kaki je.

sejak menggunakan benda alah ni semalam,
aku rasa lebih memudahkan dan praktikal untuk novya buang air.
lebih selamat dan selesa, bahagia dan ceria.
mak dah tak perlu pegang novya semasa novya buang air. 
benda ni kita letak je kat atas mangkuk tandas kat umah kita tu,
pastikan untuk tandas duduk sahaja ye.
bila tak mahu digunakan atau orang dewasa nak guna tandas,
angkatkan saja benda alah ni dan sandarkan saja di tepi dinding.
bila anak2 nak guna, letakkan saja.
tak perlu skru, size dia memang muat2 untuk mangkuk tandas duduk.
size standard iso 2002. heee...

sekian terima kasih.



2 comments:

  1. noya x uk uk dalam pampers dh ko loni

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni uk uk dale pampers agi. semale oyat nok uk uk dale tandas, duduk 5 minit, tok tubik2 pun.

      Delete