Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, January 12, 2014

Kesopanan dan Kesusilaan Novya

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat petang ahad. 

ni cerita fresh 2 hari lalu.
bukan cite basi macam entry sebelum ni.
hiii...

adalah disahkan bahawa novya delisha munawwarah hishamudin adalah potty trained 
dan tidak lagi menyarung pampers untuk buang air. 
opss... tapi buang air kecil sajo. 
air besar masih perlu sauk pampers.
tapi itu dikira satu pencapaian yang baik bagi tahun 2014.

hari khamis lalu, mak belikan potty untuk kekanak kat tesco dengan harga RM13.90. (terbelek kedai one baby world tadi, barang sama yang berharga RM 9.90 sajo).
Saja nak bagi semangat sikit untuk awak ke tandas. 

malam jumaat lalu, mak tertinggal potty awak dalam tandas kat tingkat bawah.
tengah sedap2 mak landing sambil berbusy body terjah instagram, tiba2 pulak awak nak terkucil. 
dengan memalas mak berkata, "ala, tandah adik tinggal bowoh la...".
dengan sopan santun novya berkata, "adik pinjam tandas mak sekejap ye..."

hadoi...
jurusnya anak dara mak ni. 
dengan baik ati mak berkata, "boleh2".

semoga awak membesar sebagai insan yang sentiasa bertatasusilaan dan berkesopanan.
amin...

nikmatilah gambar yang dah basi ni.
(bosan jugak entry takde gambar).


gambar hujung tahun lepas.
semasa novya dan ayah menemani mak menjadi kurusetia untuk pelan tindakan
di demong beach resort.


ayah berjaya meluangkan masa berkualiti bersama novya.
belah malam main kejar2 dalam bilik dengan novya.
sambil novya bertanya, "ayah, mana mak ?".
sambil ayah menjawab, "mak gi amik bantal dalam kete (mak bertugas).
"lamanya mak gi amik bantal". 
mau tak lama, dari pukul 8.00mlm hingga 10.30 mlm.
maafkan mak kerana mak kelentong awak.
tapi memang mak tak kelentong pun,
mak betul2 gi amik bantal, sambil2 gi bertugas(macam polis pulak guna perkataan betugas).
belah pagi gi berendam dalam kolam. 
belah petang lepas mak abis keje,
saja bawak novya jalan2 tengok pantai.
pantai air tawar, besut.


mula2 tengok2 je. pastu kejar2 ombak.
pastu basah berjeruk mak ayah dan novya.


bercanda di pasiran pantai, kita bersama lalala... lalala...

indah ciptaan Allah.

gambar di bawah adalah gambar beberapa minggu yang lalu.
menjengah kedai sup ni untuk kesekian kalinya.

akhir2 ni telah menjadi keterbiasaan, tetiap minggu gi makan mee sup kat sini.
terpergi.









































sedap yang amat.
sehingga tak mampu membuka mata.
nikmat yang amat. 
alhamdulillah.
time kaseh suami =)


2 comments: