Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, July 1, 2012

bersenam tapi tak berpeluh ?

sejak lebih kurang sepurnama yang lalu, aku join kelas aerobik.  
hewaahhh...hewwahhh... dan macam kak mah ko!  
kak mah pon suka kelas aerobik.  kadang2 abg jib pon join sama kan?  bagus abg jib. 


abg sham aku jangan mimpilah nak join. katanya nak kurus tapi senaman tak buat. 
cano nak kurus? ye dak? maleh la nak pakso2. 

kembali kepada kesah kelas aerobik aku.  aku join sekali seminggu je.  hujung minggu bila pulang ke teratak bonda, aku pegi la.  saja suka2.  kalau nak harapkan diri sendiri buat senaman kat rumah, gamaknya sampai kapan pon tak jadi.  
kalau setakat naik tangga turun tangga tu, aku rasa tak padan la.  
senaman ni kena wat secara konsisten, baru la betul. kan? 
hewwaahh...hewaahh.. dah macam pakar senaman anda kan?

"berpoluh den"
kenapa aku buat tajuk entry macam yang di atas? 
kerana, dalam tempoh sejam aku beraerobik, minit ke 40-50 baru aku berpeluh. 
berbanding dengan orang lain, yang lencun bermandi peluh.  makanya aku naik hairan.  kenapa aku tak berpeluh macam dorang? peluh2 manja je.  
agaknya aku tak buat betul2. tapi rasanya, aku dah buat dengan sungguh2 dan berdedikasi.  

kalau  kurang berpeluh, maknanya senaman kita tak berkesan?  
maknanya lemak aku gagal dibakar? 
ouhh... sia2 saja aku berlelah, tapi tade hasilnya.  

tapi, aku tak mudah berputus unser, aku cari maklumat tentang peluh dan senaman, makanya ini yang aku jumpa.  
copy paste je la ye =p

"Adakah berpeluh itu tanda senaman yang baik? tanda membakar lemak? Jika kita lihat hari ini, kebanyakan gym komersial menggunakan penyaman udara dan ramai yang mengadu tidak berpeluh, tidak puas bersenam sehingga sanggup cari gym yang umpama duduk di dalam oven. Kononnya untuk membakar lemak.

-jika korang tak mampu beli treadmill yang rege beriban 2, 
apa kata korang cuba jam hebat ni. 
hanya pakai, joging dan korang akan tahu berapa kalori yang berjaya dibakar. 
bagus jugak ni. baru ada semangat nak bersenam. -
Tidak cukup dengan itu, ada yang memakai sweater atau baju yang menyerupai baju hujan utuk bersenam di gym atau berjoging. Saya rasa ramai pernah melihatnya, berlari di atas treadmill dengan memakai baju seolah baju hujan. Adakah ianya membantu? Pertama dan terpenting, perkara terpenting dalam senaman bukannya berpeluh, terutama jika bersenam dalam cuaca yang panas. Kehilangan haba memerlukan tenaga. Tenaga ini berasal dari aktiviti di kelenjar peluh. Bila terlalu banyak tenaga ditumpukan pada berpeluh, badan kekurangan tenaga untuk fungsi-fungsi lain. Disebabkan itu, badan akan berdepan dengan bahaya strok panas (heat stroke).
Kehilangan lain ketika pemanasan adalah menerusi sistem kardiovaskular. Bila berlaku pemanasan di kulit, pembuluh periferi menuju ke arah kulit. Darah akan berkumpul di kulit berbanding di otot yang memerlukan ketika itu. Jantung akan bekerja lebih keras untuk memastikan ada darah ke kulit dan ke otot yang memerlukan. Bayangkan seseorang dengan sweater menutupi seluruh badan. Terdapat kes-kes kematian mengejut disebabkan jantung bekerja terlalu kuat.
Kenapa sesetengah orang memilih untuk berlatih di tempat yang panas? Sehingga ada yang marah jika membuka kipas. Sebenarnya disebabkan faktor psikologi. Mereka merasakan jika tidak berpeluh sehingga lencun, maka latihan mereka tidak berhasil. Sebenarnya tiada masalah untuk berlatih di tempat yang memasang penyaman udara. Berpeluh tidak boleh dijadikan penanda yang latihan itu berkesan. Jika semata-mata ingin berpeluh, duduk dalam kereta tengahari buta, tutup tingkap, tutup penyaman udara, berpeluh juga. 
Apakah pakaian yang sesuai untuk bersenam? Carilah pakaian sukan yang sesuai dengan aktiviti senaman hari itu. Sesuatu yang ringkas dan membenarkan pengaliran udara masuk. Jika boleh cari yang berwarna terang kerana warna terang memainkan peranan dalam merangsang mood kita. Janganlah seksa badan dengan pakai baju hujan pergi joging. "(sumber yang baik ini dari : zakikhan.net.)
Katakan anda juga bersenam sama seperti rakan anda yang berpeluh banyak,tidak perlu risau sangat.. Anda dan dia sama-sama berjaya membakar jumlah lemak yang lebih kurang sama...So,jangan berhenti bersenam walaupun sikit je peluh yang keluar, ok!

Kata orang2 tua/orang tua2, peluh yang mengalir jangan di lap dengan tuala, sebab peluh tu akan menutup rongga2 pada kulit, 
boleh sebabkan sakit2 badan, biarkn ia kering sendiri, untuk kesihatan kulit. 
tapa incase terpaksa, or kes hygene, elok lap, semacam plak org pandang 
nanti bila peluh terlalu banyak.

kan? so, tak perlulah aku bersusah hati bila peluh aku tak semeriah orang lain.

exercising makes you happy =)


 



No comments:

Post a Comment