Monday, July 30, 2012

buttermilk ?

apa benda buttermilk nih?

ari jumaat lepas, nonton AFC.
bulan2 pose ni nonton AFC.
saje je nak menguji tahap keteliuran.
dapat tengok makanan  pon dah rasa kenyang.
haha...

tengok cik anna olson masak.
dapurnya yang chantek,
barang2 dapurnya yang berkilat,
sume bahan ada dalam rumah dia.
dah macam kedai runcit.
aku pun nak macam tu.

dia masak simple je.
yang memikat selera aku
ayam goreng dan puding roti.

ayam goreng memang penah goreng la kan.
tapi yang dia buat ni spesel sikit.
ayam gorang buttermilk, macam ayam goreng keepci.

puding roti pon pernah buat.
tapi dia buat puding roti mentega kacang dan jem.
nampak sedap.

aku dengan gatal rajinnya teringin la nak makan ayam goreng buttermilk yang macam dia buat tu.
entah rasa apa entah buttermilk aku pon tatau.
aku hagak rasanya masam.
walaupun aku tengok tekstur macam susu je.

esok harinya, dengan gagah aku mintak bantuan penyelamat :
 MR. muscle !!!. hoohoo (gelak macam papazola).
google la.

makanya..
buttermilk nih boleh buat sendiri di rumah ye.
hooohoo... dalam peti ada lagi saki baki susu kotak.
so apa kata aku coba buat. kan?

tapi...
macam kompius jap.
ada yang kata pakai fresh milk, ada kata pakai full cream milk pon boleh,
yang pakai heavy cream pon ada.
aku keliru... makin keliru... aku makin keliru... (nurul & ajai).

aku menepikan rasa ragu2 dan terus mencoba.
jangan takut mencuba.
betol la orang2 tua/orang tua2 cakap,
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

menuju ke peti dan....
   gini caranya aku buat buttermilk. cik jah boleh la try buat sendiri kat rumah ye.
1 cawan susu (suhu bilik,  tapi aku terlepas baca yang ni, jadinya suhu peti sojuk la susu aku tu).
1 sudu besar jus lemon atau cuka (aku gunakan cuka je. kalau umah cikjah ada beribu2 lemon boleh la pakai lemon. lebih semulajadi gitu...)

kacau dan biarkan selama 15 minit.
dah boleh digunakan.

dan aku dengan rajinnya dan beraninya (konon. kalau tak jadi malusnya)

memerap beberapa potongan ayam dengan
  2 ulas bawang puteh
 1 cm halia,
 1 sk serbuk kari ayam/daging
 1sk garam (tapi aku rasa macam tak perlu kot...)
 secubit serbuk kunyit
sedikit lada hitam
sedikit ketumbar

tumbuk manje dan gaul bersama ayam.
curahkan buttermilk tadi dengan penuh kasih sayang.
perap selama 6 jam.
6 jam cikjah...

tapi ayam aku tu dah lebih dari 6 jam terperap dalam peti tu.
macamana kaedahnya tu?
nampak gaya petang nanti kena goreng ayam tu la buat berbuka.
isunya... jadi ke tak ayam goreng buttermilk aku tu nanti,
kalau tak jadi, kena ada lauk backup la. kaedahnya...

masa nak goreng tu, cikjah kena gaulkan
2 cawan tepung gandum (bergantung kepada kuantiti ayam)
1sb serbuk penaik - tips untuk merangupkan gorengan.
1sb serbuk kari

kalau ada rempah ratus yang beratus2 boleh cikjah tambah.
kalau keepci ada 11 rempah ratus rahsia, cikjah lawan dia.
buh 31 rempah ratus rahsia.
Silap2 nanti cikjah bolhe kayo dan glemeres macam pak cik keepci tu.

gaul mesra, panaskan minyak.
pastikan minyak betul2 panas.
celupkan ayam dalam tepung tadi
dan goreng. deep frying ye.
so digalakkan guna periuk.

goreng sampai kekuningan.
(macam la tak biasa gorang ayam).

tips untuk lebih sedap dan rangup :
sebelum cikjah masukkan ayam yang telah bersalut tepung tu ke dalam minyak,
amatlah bagus jika cikjah biarkan ayam tu sekejap dalam pinggan/bekas kering
bagi memberi ruang kepada ayam dan tepung tu untuk mengering sedikit.

waahh... macam dah pandai.
siap bagi tips lagi kat cikjah.

harap2 akan menjadi la ayam buttermilk aku dalam peti tuh.

Ganbar kejadian :



No comments:

Post a Comment