Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, July 18, 2012

berita gembira untuk kita

akhir2nya ni tak putus2 aku dapat berita kegembiraan. 
berita kawan2 mengandung. 
ada yang anak sulong yang dah bertahun2 berusaha akhirnya Allah bagi juga (yang ni memang happy sangat2 la kan. aku sendiri pon jadi semacam bila dapat tau berita ni, ase kembang kempis dadaku, sebaknya didada.),
anak sulong yang menanti hanya selama 2 3 bulan.  bunting pelamin orang kata, kan?
 anak kedua selepas anak sulong dah berumor 1 atau 2 tahun, yang memang dah sesuai untuk tambah anak lagi, 
anak kedua selepas yang kedua sebelum ni gugur, 
anak ke5 yang tiba2 terjadi dan tak disangka2 akan ada lagi (yang ni memang agak mengejutkan la dan pastinya menggembirakan jugak). 

kat opis aku ni belum putus2 lagi orang mengandung. 
bersambung2 je staff pompuan cuti bersalin. 
apa nak heran, dah bapaknya ada, mestilah jadi anaknya. kan? heee...

macam2 kesah orang mengandung ni. 
soalan paling top yang akan ditanya bila kita tau orang tu mengandung adalah :  

ada alahan ke tak ?

sampai muntah hijau ko !

kebiasaannya ibu2 mengandung akan merasa perbezaan pada hormon dia. 
rasa macam nak demam, penat.
pagi2 akan rasa loya, dan mengantuk. 

alhamdulillah masa aku pregnant dulu tade la alahan sangat pon. 
muntah memang tade langsung.
cuma ada sekali laki aku muntah dan demam kure2.
yang aku perasan, di awal kemengandungan tu, aku tak lalu makan pagi.
tanak makan kat kedai, rasa macam kotor je sume kedai tu.
pastu bangun pagi nak gi keje terasa sangatlah malas. mengantuk yang amat.
time driving lagi mencabar, entah macam mana perasaan mengantuk tu melampau2.
sampaikan aku rasa macam nak pejam je mata sambil kete bergerak.
nasibku agak tak bertuah. 
suamiku kerja hala ke hulu, aku ke hilir.
so tak dapat la mintak laki aku hantar gi keje. 
aku pon tanak menyusahkan beliau.
maka ku gagahkan hatiku memandu dalam keadaan mengantuk.
bahaya woo!! 
pernah aku hampir terbabas.
entah macamana boleh terlelap, sekejap je.
bila aku bukak mata, kete dah menuju ke bahu jalan. nasib baik tade kete dan jalan lengang.
nasib baik jugak aku tangkas dan pantas. ceewwaaahhh !

untuk makluman ye, masa mengandung, perasaan wanita tersebut akan menjadi lebih sensitip.
kepada sume suami2, sila fahami situasi ini.
bukan bini anda nak mengahda-ngahda, tapi memang gitu lumrahnya.
jangan sampai isteri tuan2 rasa berbekas di hati dengan tindakan tuan2.  
ia melibatkan perkembangan otak anak anda.

sebenarnya pemikiran ibu masa mengandung sangat berkait dengan otak bayi dalam kandungan.
aku pernah terbaca satu info. untuk membantu otak bayi dalam perut berkembang dengan baik, antara yang boleh dilakukan adalah buat latihan matematik. 
otak mak yang berfikir sesuatu yang baik amat memberi kesan yang baik kepada bayi dalam perut. 

hah, boleh ko setelkan??? 
tapi masa aku pregnant tade pulak aku buat latihan math.  
main word search ada la.  tengok transformers, tengok jamie oliver (buat aku terliur). 
laki aku yang rajin wat latihan.
sebab beliau tengah study masa tu.
harap2 berjangkit jugak la kepintaran tu kepada novya. hee...

sebenarnya banyak amalan2 yang boleh dilakukan semasa pregnant bagi membantu membentuk janin yang baik.
korang google je. 
haaaahaa!!!

pengalaman mengandung aku tade la teruk sangat. 
tade alahan dan berat badan naik dengan ok je.
cuma kandungan gula dalam darah je naik.
2 kali dipaksa minum air glukos yang agak meloyakan tu.
untuk kali ke2, aku buang air tu dalam sinki, minum sikit je. 
jahat tak ? heee...

rindu sangat nak merasa mengandung lagi. 
insyaallah akan ada rezeki untuk aku nanti.
amin...


* novya dah bersedia ke nak jadi kak long ???







No comments:

Post a Comment